Rasa Kasihan Dalam Diri Anak-anak


posted by Martinelli Hashim

No comments




Photo
Adik sayang ummi

Dua perkara yang saya takut hilang dari hati anak-anak  ialah rasa bertuhan dan rasa kasihan kepada orang lain. Rasa bertuhan membuat mereka tahu mereka dilindungi dan diperhati. 
Rasa belas kasihan membuat mereka tahu mereka perlu melindungi dan tidak menyakiti.Pengalaman membesarkan 6 orang anak saya akui, bahawa selain bacaan ayat-ayat suci, lakonan drama pura-pura menangis apabila si kecil nakal, amat berjaya membantu melembutkan hati mereka berbanding leteran panjang. 


Apabila melihat ibu sedih mereka akan datang memeluk, tetapi apabila dileteri mereka akan menjauh dan kadangkala perang dingin mengambil tempat. 

Ibu mana yang tidak bahagia apabila si kecil menyebut,"Syian ibu. Ibu jangan nangisy. Adik syayang ibu syangat. Adik tak buat lagi, ok?"

Anak yang merasa dilindungi akan belajar melindungi. Anak yang merasa dikasihani akan belajar mengasihani dan begitulah sebaliknya.
..... kasih sayang itu mendamaikan dunia.

Perasaan kasihan seorang anak, akan membuat ia tidak sanggup membiarkan orang tua menanggung derita di hari tua, di waktu  mata sudah semakin rabun, ingatan semakin berkurangan dan telinga semakin tidak mampu mendengar. Rasa bertuhan membuat mereka melakukanya untuk mencapai redha ilahi.

Jangan berhenti menyerapkan dalam jiwa anak-anak rasa bertuhan dan rasa kasihan kepada orang lain atau makhluk Allah yang lain. Itu adalah ciri utama sebagai khalifah di bumi Allah.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai