IIUM IS AN ISLAMIC TERRITORY, NO DATING!!!!


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Saya tidak menyangka kain rentang atau 'banting' yang bertulis "IIUM is an Islamic Territory, NO Dating. Allah is watching us" menjadi isu sensasi dalam akhbar The STAR hari Ahad baru2 ini termasuk The STAR Singapore. Ia kemudian diikuti dengan komentar hangat dalam beberapa buah laman web dengan tajuk
"International Islamic University Malaysia becomes nation's first "no dating place"!

Ada yang menentang, ada yang menyokong dan ramai juga yang memperolok-olokkanya. Penulis2 komentar itu terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang saya yakin kebanyakannya tidak pernah pun memijakkan kaki di UIA. Ada yang mengatakan kita kolot dan masih terkebelakang. Ada yang mengaitkannya dengan hak asasi manusia. Isy... apa yang mereka tahu tentang UIA?
Sebenarnya ia merupakan kempen dakwah anjuran Ma'aruf Club untuk mengingatkan masyarakat UIAM terutama pelajar untuk berhati2 supaya tidak melanggar ajaran Islam. Saya sendiri yang mencadangkan ayat itu supaya nampak 'catchy'. Sebelum itu ahli2 kelab itu membawa beberapa sampel banting dengan ayat2 biasa yang agak mendatar bunyinya ke pejabat saya dan saya meminta mereka menukar dengan ayat baru itu. Apabila banting itu siap dan diletakkan di depan pintu masjid saya sendiri merasakan ia cukup menarik dan patut diperbanyakkan lagi.
Ada beberapa buah banting lain yang diletakkan, tetapi yang satu itu yang menjadi sensasi. Ada juga yang bertulis "COVER YOUR AURAH BEFORE YOU ARE BEING COVERED BY KAFFAN".
Sebelum inipun sudah banyak kain rentang dan poster 'no coupling' di merata tempat di UIA tetapi tiada orang memasukkan ke dalam surat khabar. Mungkin istilah 'coupling' bukan istilah biasa untuk fahaman umum, maka tiada siapa yang memberi perhatian.
Seorang pelawat dari Afrika Selatan memberi komen, "I saw a bunting near the mosque saying 'This is an Islaimic Territory. No Dating'. It is great. I like the campaign."
Walau apa pun kata orang, kita sebagai masyarakat UIA tidak merasakan itu sesuatu yang patut disensasikan. Itu adalah sebagai usaha kecil sebuah kelab pelajar yang saya selalu nasihatkan supaya aktivitinya lebih fokus kepada menyebarkan daawah. Sekurangnya2 masyarakat UIA diingatkan aktiviti ber'dating' atau berduan2 di tempat sunyi adalah berdosa.
Nama UIA adalah amanah besar bagi kita kerana ia membawa tanggungjawab berat untuk memartabatkan agama. The 'deIslamization process' yang dilakukan oleh sebahagian kecil pelajar2 nakal yang tidak mahu mematuhi hukum bergaul dan berpakaian dalam Islam perlu didepani dengan menggiatkan kembali usaha2 daawah begini.
Kalaulah kita punya kuasa kita akan letakkan amaran2 seperti itu di seluruh permukaan bumi Allah ini bagi menyelamatkan bumi dari dicemari maksiat dan kemurkaan Allah.
Firman Allah:

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang-orang yang melampaui batas dengan kemewahan supaya mereka taat kepada Allah, tetapi mereka menderhaka dan melakukan maksiat; maka negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(al-Israk: 16)



Mereka yang mentertawakan itu tertawa kerana mereka merasa bumi ini milik mereka dan Islam itu tempatnya hanya dipinggiran. Misi IIICE (Triple ICE) mesti dietruskan. Orang lain mungkin suka, orang lain mungkin benci. Kita harus tetap dengan misi suci ini bagi memartabatkan ummah.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai