Semasa anak bujang saya berumur 15 tahun dia bertanya bagaimana kalau dia 'suka' pada seseorang itu. Dari nada suaranya saya dapat faham yang anak remaja saya sudah jatuh hati. Seperti ibu-ibu lain, saya memang sangat-sangatcemas. Rasa serba salah, dimakan mati emak, ditelan mati ayah. Kalau dibenarkan, takut dia tidak dapat mengelak dari terdedah pada dosa. Kalau dilarang, dia akan tetap ada perasaan malah akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini di belakang kita tanpa bimbingan.
Walaupun sebelum ini saya sudah melalui situasi yang sama dengan anak pertama dan kedua, namun setiap anak perlu cara dan pendekatan yang berbeza kerana sensitiviti mereka tidak sama.
Dalam hati ingin ingin saja supaya mereka tidak punya perasaan itu selagi masih belum cukup dewasa. Ngeri yang amat ngeri dan takut yang amat takut..... bagaimanalah nanti mereka berjuang mempertahankan nilai-nilai agama dalam diri apabila perasaan cinta sudah wujud.
Bagi menutup rasa cemas, saya pura2 bertanya,"Ye ke? Dia tu lelaki ke perempuan?"
"Ler, ibu ni, mestilah perempuan." Jawabnya yang juga nampak agak cuak walaupun dia tahu kakak dan abangnya selalu bercerita perkara2 begini dengan ibu tanpa perlu disorok2.
"Alhamdulillah. Dah besar anak ibu." Saya cuba untuk 'cover' perasaan lagi. Dalam kepala ligat mencari bagaimana cara terbaik untuk berdepan dengan situasi begini yang seperti menarik rambut dalam tepung, Rambut tak putus dan tepung tak berserak. Anak tidak tersasar dan dalam masa yang sama kepercayaannya pada ibu tidak terhakis. Walaupun sejak kecil sampai ke sekolah menengah dia dididik di sekolah agama, itu semua belum boleh menjamin imannya tidak akan tergugat. Didikan ibubapa masih diperlukan. Tetapi bukan mudah untuk meyakinkan anak remaja agar berkongsi cerita dengan kita apalagi untuk menghalang aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan rakan2 seusia mereka.
Setiap anak berbeza wataknya dan perlu ada cara yang tersendiri untuk mendepaninya.
Si adik yang baru 13 yang duduk di sebelah terus bersuara,"Ibu ni peliklah. Kenapa ibu kata alhamduLillah. Kenapa ibu tak marah2 anak ibu ada awek?"
Saya menjawab, "Ibu sebut alhamduLillah sebab ibu bersyukur abang kata dia suka kat perempuan. Kalau dia kata dia suka kat lelaki, macam mana?" Jawapan yang direka sementara menyejukkan keadaan supaya sekurangnya2 mereka terus yakin untuk tidak berselindung tentang perasaan mereka dan yakin ibu adalah orang utama yang patut dirujuk. Si adik ketawa gelihati mendengar jawapan saya.
"Semua remaja secara fitrahnya ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi orang lain yang berlawanan jantina. Manusia sonsang saja yang tak ada perasaan itu. Tetapi apa yang paling penting ialah macam mana kita mengendalikan perasaan itu supaya dalam kita melayani fitrah manusia kita mampu melawan keinginan nafsu yang boleh merosakkan fitrah itu. Fitrah kita akan sempurna kalau kita mengikut disiplin yang sudah ditentukan.
Masa ibu remaja dulu ibu guna moto 'no dating, no touching'. Ibu mahu orang hormat ibu sebagai wanita. Perempuan murah saja yang rela diri dia dibawa kesana kemari sebelum kahwin. Kalau ibu terjatuhpun dan ada orang lelaki hulur tangan untuk tolong ibu, ibu masih tak sanggup dia pegang tangan ibu sebab ibu reserve semuanya untuk lelaki yang jadi suami ibu. Abah bertuah dapat ibu, kan?
Remaja bermakna golongan manusia yang perasaan dan keinginan macam orang dewasa, tetapi kemampan berfikir belum cukup sempurna untuk membuat keputusan dalam hal2 berkaitan kehidupan.
Remaja adalah kanak2 yang terperangkap dalam badan orang dewasa. Sebab itu mereka memerlukan bimbingan ibubapa dalam banyak urusan. Urusan yang paling kritikal ialah macam mana mengendalikan perasaan cinta. Tanpa kawalan ia akan menjadi punca kehancuran hidup seorang remaja. Itu yang dikatakan cinta terlarang." Saya mula membuat huraian yang agak panjang supaya dia faham mesej saya.
"Betul ke bercinta tu haram, bu?" Tanya lagi.
"Memilih seorang perempuan yang kita rasakan cukup solehah untuk menjadi bakal pasangan hidup itu adalah tindakan yang baik. Itu adalah dituntut kerana di antara hak bakal zuriat kita ialah memilihkan ibu yang solehah untuk mereka. Tetapi membayangkan wanita sebagai objek 'pramusyahwat' itu adalah haram. Itu zina hati namanya. Ia akan diikuti oleh zina telinga dan zina mata selepas itu. Itulah yang paling sukar untuk dilakukan oleh seorang remaja. Waktu itulah syaitan akan masuk dari setiap penjuru untuk melalaikan kita sampai terjerumus ke dalam zina sebenar." Jawab saya.
Semasa Syakirah berumur 10 tahun dia pernah bertanya,"Kalau 12 tahun tu dah remaja ke ibu?"
"Belum sepenuhnya......itu baru awal remaja. Dah sekolah menengah nanti baru remaja," Jawab saya.
"Kalau dah remaja nanti syakirah dah boleh bercinta ke?" Tanyanya lagi.
"Orang lain mungkin boleh. Tapi syakirah tak boleh....?"
"Kenapa pulak syakirah tak boleh?" Tanya anak yang memang terkenal lurus selurus pembaris ini.
"Sebab.......ibu nak syakirah terus jadi baby ibu, tak payah besar, " Jawab saya sambil memeluknya yang mula bersuara untuk protes.
Peristiwa ini berlaku 7 tahun yang lalu. Sejak itu, sebagaimana yang dilakukan kakak dan abangnya, dia tidak perlu berselindung bercerita dan saya melayannya dengan harapan dan doa mereka akan tetap berada dalam landasan yang benar memegang batas2 shariah sebaik mungkin.
Sebagai penghargaan atas mengikuti nasihat ibu, saya mengatakan padanya, "Ibu bangga anak bujang ibu dapat menahan perasaan dari bercouple di luar batas shariah. Barang yang mahal biasanya kita simpan dan jaga dengan baik. Kalau kita tak jaga perbuatan kita sebelum kahwin, nanti lepas kahwin Allah tarik nikmat sebenar."
Si adik yang lurus selurus pembaris itupun sudah remaja, baru selesai peperiksaan SPM. Saya terpaksa menyediakan diri setiap masa, entah apa pula isu yang bakal dibawa.
Saya akui bukan mudah menjaga anak perempuan. Cabarannya terlalu besar. Walau sehebat mana pun kita mendidik dan menjaganya, perlu diakui disekelilingnya penuh syaitan yang rakus untuk merosakkannya. Saat dia berada di depan mata kita adalah terlalu pendek.
Amat sukar bagi ibu untuk membina hubungan yang rapat antara ibu dan anak dalam dunia sekarang apalagi untuk membina keyakinan anak terhadap ibunya untuk bercerita apa saja yang terlintas dalam kepala. Namun kita tidak punya pilihan lain. Dengan kehidupan mereka yang terdedah kepada informasi negatif dari berbagai media biarlah kita berkorban sedikit memberikan telinga kita untuk mendengar cerita mereka dengan penuh perhatian sebelum mereka memilih telinga kawan2 mereka sebagai alternatif.
Mencari jalan untuk sama2 berada dalam dunia mereka kadang2 membuat kita semput. Semasa mereka ketagih ber'IRC'', ber'friendster', ber myspace, ber'ym' dan ber'facebook' saya sendiri menjadi rimas. Apa tidaknya, masa mereka terbuang di depan komputer siang malam tanpa aktiviti yang lebih bernilai. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengikut mereka dalam dunia maya itu. Bukan takut ketinggalan zaman tetapi takut tercicir dari mengikuti perkembangan anak2. Saya sendiri tidak pernah terbayang sebelum ini menggunakan facebook untuk menghubungi anak2. Meninjau kegiatan mereka melalui facebook sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu apabila masing2 sibuk dengan tugas.
Dalam hati kecemasan masih tidak padam. bimbang anak2 hilang pertimbangan akal apabila digoda nafsu. Inilah cabaran yang paling besar dalam hidup saya membesarkan anak2 seramai 6 orang ini. Saya mengambil kesimpulan,
1. Usaha ibubapa memberikan pendidikan yang sebaiknya2 adalah amat penting.
2. Tidak ada satu formula yang boleh dipakai untuk semua situasi kepada semua anak2.
3. Adalah tidak adil kalau melayan semua anak dengan cara yang sama kerana setiap anak adalah individu yang berbeza.
4. Guru hanyalah sekadar membantu mendidik anak dan ibubapalah pemain peranan yang utama
5. Pengaruh kawan2 anak adalah pembawa pengaruh terbesar sekiranya komunikasi anatara ibu dan anak mula terputus.
6. Adalah suatu tragedi apabila anak2 lebih mudah bercerita dengan orang lain lebi dari ibunya. Ia berlaku kerana rakannya2 menyediakan telinga mereka untuk mendengar sedangkan kita tidak.
7. Kita mungkin boleh putus asa dalm perkara lain, tetapi tidak dalam urusan anak2. Sekali kita putus asa akan semakin buruklah kesannya.
8. Sekuat manapun kita berusaha.....akhirnya kita akui "Hanya rahmat Allah saja yang menyebabkan anak2 kita selamat. Kalau anak2 berjaya itu adalah rahmNya dan sekiranya selepas puas kita mendidik tetapi masih gagal, itu adalah ujian dari Allah kepada kita"
Rahmat Allah jualah yang menyelamatkan mereka.
anak-anak puan beruntung ada ibu macam puan. Tak ramai ibu bapa yang ingin masuk ke alam anak-anak mereka untuk faham jiwa anak-anak mereka sendiri. :)
Puan...anak dara sy 13 thn tgh asyik dgn rakan sek dia brusia 15 thn..setakat ni masih trkawal sbb sy mmg pantau setiap prgerakan dia..mrk x pernah dating pun cuma trserempak di sek dan chatting di fb..fb dia sy mmg dpt akses..sy dh pesan brkali2 spy jaga diri dan brkawan saje dulu..risau jugak sy..budak lelaki tu sy kenal,budaknya baik.mcm mana sy nk buat ye
Puan, gembiralah puan ada anak perempuan kerana Rasulullah saw mengatakan syurga buat mereka yang memiliki anak perempuan dan mendidiknya dengan baik. Namun syurga yang dijanjikan itu ada syaratnya..... mendidiknya dengan baik. Mendidik dan mangawal anak perempuan tidak semudah yang dijangkakan. Cemasnya hati kita berganda-ganda apabila dia memasuki alam remaja. Tiada satu formula yang boleh dipakai untuk semua anak.
Dari pengalaman saya, antara yang sangat membantu ialah dengan menyediakan ruang seluas-luasnya untuk mereka bahawa mereka ada ibu yang sedia mendengar apa saja. Ada ruang untuk mereka apabila berbuat salah untuk belajar dari kesalahan dengan bantuan dari ibunya.
Saya yakin dengan hakikat bahawa apabila anak tidak merasa kasih sayang kita dia akan mencari kasih sayang dari orang lain. Apabila kita tidak sering memeluk mereka, mereka akan mencari pelukan dari orang lain. Apabila kita tidak menyediakan telinga kita untuk mendengar luahan mereka, mereka akan mencari orang lain yang sedia mendengar.
Mengakses fb mereka adakalanya membuat mereka terganggu dan bukan susah bagi mereka membuat fb lain yang tidak kita ketahui.
Berpesan berkali-kali supaya jaga diri juga agak sukar diterjemahkan dalam minda anak seusia 13 tahun. Mungkin puan jelaskan apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan dan kenapa ia tidak boleh dilakukan akan membuat anak puan lebih memahami. Berceritalah secara santai sehingga dia dapat merasa puanlah rujukan utamanya tetapi bertegaslah yang puan memang mahu dia melaksanakannya.
Tidak salah sekiranya puan berbual dengan temannya itu tetapi jangan terlalu 'direct' sehingga menjatuhkan air mukanya. Anggaplah dia juga anak kita yang masih memerlukan panduan dalam pergaulan. Selamat mendidik anak.
Terima kasih puan atas nasihat..
Kini..mrk brdua makin rapat.sy tahu x mungkin sy dpt pisahkan mrk..so sy ambik pendekatan..."if we cannot beat them..join them"..
Anak sy tunggal..kehilangan kasih bapa sejak 2 thn..budak lelaki tu(A)kurang kasih ibu sejak kecik.skarang duduk dgn abg2 dia.mrk brdua mmg nampak serasi..
Psl fb..anak sy sendiri setuju kalau sy nk baca..malah sy selalu brhubung dgn A dan nasihatkan dia spy jaga batas dan jaga anak sy..A sgt berhemah.dia selalu nasihat anak sy spy dgr cakap ibu..tlg ibu dsb.
Dulu anak sy agak mmberontak dan lebihkan kwn tp sejak A hadir..dia sentiasa brcerita dgn saya ttg A.malah tiada rahsia antara kami.setiap kali slps mrk berhubung..anak sy akan hulurkan hp dia(hp hanya dipakai waktu weekend) dan suruh sy baca mesej2 mrk brdua.kdg2 kami brbual panjang ttg cinta dan lelaki..byk nasihat sy beri..
Trbaru sy ajak A sama2 ke mall utk mkn2 dan tgk wayang..sejak itu..mrk nk brjumpa..sy akan bwk dan pantau brsama..sy mmg x benarkan anak sy keluar tanpa sy..
Salah kah tindakan sy?seolah2 sy galakkan mrk berdating walhal niat saya...nk tahu pergerakan mrk..sbb kalau sy x benarkan..mrk ttp akan buat..
Lagi satu...si A dah panggil saya mama...sy anggap dia mcm anak sendiri.apa je sy nasihat dia akan terima
Hati sy pun dh jatuh sayang pd dia
Begitu,sekali...
Remaja sekarang punya penangan...
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.saya juga ibu yang ada ank remaja perempuan.13tahun.pengaruh kawan sgt kuat.insyallah sy follow cara puan.tq