Benci Malaysia ? Siri 1: Tercalarnya Ukhwah Antara Dua Bangsa Serumpun


posted by Martinelli Hashim

3 comments


Kesal yang tidak terhingga melihat media Indonesia menghasut rakyat membenci Malaysia. Malang sekali mereka yang berpelajaran tinggi juga turut terhasut. Setiap hari tv dan akhbar tidak henti-hentinya memprovokasi rakyat dengan cerita-cerita sensasi yang mengapi-apikan perasaan . Tidak ada siapa yang  muncul memberikan fakta sebenar. Berita-berita berat sebelah yang tidak memberi  peluang langsung untuk mengajak minda rakyat agar berfikir secara rasional. Kesemuanya dikatakan atas semangat patriotik.

Kalaulah Pak Hamka masih hidup
Usah ditanya penghinaan kata cerca di dalam blog, facebook dan laman sosial yang lain. Kalau rakyat Malaysia ikut emosional, Allah saja yang tahu apa akan terjadi.




Perlukah sebenarnya kita saling membenci?
Siapakah yang kita benci itu? Siapa lagi kalau bukan saudara seagama, serumpun yang wajib disayangi. Allah Maha Penyayang, siapa kita untuk membenci makhlukNya?


Siapa yang menghasut kita menjadi benci? Siapa lagi kalau bukan  musuh agama yang tidak mahu orang Islam itu aman damai.


Apakah yang membuat kita jadi benci? Isunya adalah isu terpinggir yang dilakukan individu bukan dilakukan oleh seluruh masyarakat atau wakil mereka. Bencilah individu itu kenapa semua yang perlu kita benci?


Kerana apa kita membenci? Tidak lain kerana fikiran kita dimanupulasi dan jiwa kita dikotori oleh iblis laknatullah.


Apakah kesan dari kebencian kita itu? Ummah akan hancur dan kita diselubungi dosa yang amat besar. Di mana akan kita letakkan generasi pewaris kita nantinya apabila tidak ada lagi tempat yang selamat untuk mereka.  
.
Amat dikesalkan apabila para budayawan, cendikiawan dan pendakwah Indonesia yang hebat-hebat hanya membisu dari menyatakan fakta sebenar. Mereka tenang saja melihat orang awam terus dihasut sehingga semangat kebencian semakin berapi-api atas  nama patriotisma. Di manakah  mereka untuk menyuruh ummah mengingat kembali ajaran agama bahawa saudara seIslam itu adalah satu badan. Kalau satu anggota sakit, seluruh badan akan merasa sakitnya. Kenapakah mereka tidak berusaha untuk melakukan sesuatu bagi menghalang dua bangsa serumpun ini hancur? 


Amat mudah membakar semangat kebencian menggunakan sentimen bangsa atau negara tetapi terlalu sukar memperbaikinya apabila sudah hancur.


Siapakah yang untung apabila keduanya berantakkan kalau bukan orang kafir yang mahu kita berpecah.


Kalaulah Buya Hamka masih hidup sudah tentu beliau akan menangis melihat kita begini.

Sebagai rakyat biasa siapa yang tidak sayangkan negaranya.  Namun sayang kepada negara tidak harus mendahului sayang kepada agama dan saudara seIslam. Kita sebangsa yang hanya dipisahkan oleh geopolitik tetapi masih terikat dengan kalimah Lailahaillah. Kalimah suci ini seharusnya mengingatkan kita agar sentiasa berpegang di tali Allah. Kalimah ini juga yang membantu kita agar berhati-hati dengan hasutan iblis yang mahu kita bermusuhan sesama sendiri.


pengalaman saya di Jakarta dan Bandung di mana saja akan ada suara yang begitu lantang mencerca Malaysia. Kalau mereka yang sudah matang juga ikut terhasut apalagi anak muda yang berdarah panas. Bagaimana mungkin rakyat biasa tidak termakan dengan hasutan kalau setiap detik ia dimainkan di tv, radio dan akhbar. Secara psikologinya dikatakan sebuah cerita bohong akan saja dipercayai benar apabila ia diulang-ulang lebih 10 kali. Ini bukan lagi 10 kali tetapi beratus-ratus kali sehari. 


Tanyalah diri kita begitu rapuhkah iman kita sehingga menerima saja fitnah yang ditaburkan agar kita bertelingkah?


Kalau anda ke Indonesia anda akan melihat sendiri bagaimana jahatnya tindakan media-media ini. Setiap kali membuka tv  akan ada provokasi benci Malaysia melalui sentimen seperti pembantu rumah didera, lagu dicuri, tarian dicuri, pulau dicuri dan segala cerita yang tidak masuk akal saya sebagai orang yang sudah hidup lebih 40 tahun di Malaysia. Malangnya semua itu masuk ke dalam fikiran rakyat Indonesia yang rata-rata tertipu dengan media yang begitu jahat dan tidak beretika. Provokasi sebegini tidak pernah ada di tv Malaysia.


Perang Iran Iraq...inikah yang kita mahu?


Kebebasan bersuara disalahgunakan. Media mungkin bebas tetapi fikiran rakyat menjadi tidak bebas untuk berfikir secara rasional. Minda mereka dikuasai oleh media yang tidak beretika.


Buat mereka yang masih ada sedikit pertimbangan,tanyalah diri anda  secara jujur apakah kebencian yang cuba ditanamkan oleh musuh ummah itu harus anda terima semuanya? 

Syukur Alhamdulillah, rakyat Malaysia rata-rata masih bertahan bersabar dengan segala penghinaan yang dilakukan ke atas negara tecinta.  Syukur Alhamdulillah media Malaysia tidak pernah mengapi-apikan minda rakyat Malaysia bagi menyerang balas. Bayangkanlah sekiranya sekali saja  bendera Indonesia dibakar atau lagu Indonesia Raya dicerca seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap bendera Malaysia dan lagu Negaraku, apakah yang akan dilakukan oleh rakyat Indonesia?


Rakyat Malaysia amat yakin bahawa rakyat Indonesia tidak bersalah dan yang bersalah adalah media tali barut Yahudi yang mahu menghancurkan kita.


Bayangkanlah pada saat kedutaan Malaysia di Jakarta dilempari najis pada bulan Ramadhan, lebih sejuta rakyat Indonesia menikmati kehidupan yang aman mencari rezeki di Malaysia dan mereka sama-sama dengan rakyat Malaysia solat tarawih di masjid-masjid di negara yang dituduh jahat ini. Tiada lemparan balas najis oleh mana-mana rakyat Malaysia ke atas kedutaan Indonesia. Tiada Sang Saka Merah Putih yang dibakar. Tiada sweeping Indonesia. Tiada satu pun media Malaysia yang memburukkan Indonesia. Orang Malaysia hanya menggelengkan kepala dan paling kuat pun sekadar melepaskan perasaan dalam media sosial. Sayangnya suasana begini dan kesabaran orang Malaysia tidak diketahui oleh mereka di sana.


Tuduhan orang Malaysia angkuh, sombong, maling itu saja yang diulang-ulang. Soalnya orang Malaysia yang mana yang angkuh, sombong dan maling itu. Kalau ada itu adalah invidual dan sifat itu ada pada semua bangsa di dunia. Masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia.


Berapa bilion ringgit yang mengalir dari Malaysia ke Indonesia saban tahun? Berapa ramaikah rakyat Indonesia yang berpeluang menjadi orang kaya di Malaysia? Pokoknya kita saling memenuhi. Indonesia ada tenaga kerja yang bagus dan Malaysia ada peluang kerja untuk diisi. Indonesia ada kepakaran dalam berbagai bidang tertentu dan Malaysia ada kepakaran dalam bidang tertentu yang lain. Musuh yang mana bisa senang dengan keadaan ini...maka mereka terus meniupkan kebencian sesama kita.

Kita dapat merasakan adanya  agenda jahat musuh yang mahukan kedua negara seagama bersengketa seperti yang mereka lakukan terhadap Iran dan Iraq, seperti Sudan Utara dan Sudan Selatan dan negara-negara Islam yang lain yang akhirnya hancur sehancur-hancurnya. Indonesia negara Islam terbesar dan perkembangan dakwahnya semakin rancak. Malaysia negara jiran yang paling rapat dari segi sosio-budaya serta ekonomi. Mereka adalah saudara sebudaya yang saling bantu-membantu. Keutuhan perpaduan mereka akan menghalang agenda jahat musuh Islam.


Mana mungkin Yahudi boleh membiarkan saja keharmonian ini.


Bersatulah kerana kita saling memerlukan.

BERSAMBUNG DI ARTIKEL YANG AKAN DATANG.....

3 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai