Kepantasan masa berlari boleh saja membuat kita mencungap2 melaksanakan tugas. Walaupun setiap malam kita menyusun apa yang patut dilaksanakan esoknya, namun jarang sekali dipenghujung hari kita dapat menyelesaikan semua yang sudah dirancangkan.
Cemburu juga rasanya, apabila melihat mereka yang punya banyak masa untuk menonton tv, shopping dan berpesta-pestaan.
Masa oh masa!!!!.....kalaulah masa itu boleh berbicara mungkin dia akan berkata kepada manusia yang suka menunggu masa,
"Wahai manusia yang bodoh, aku memang diciptakan untuk berlari ke depan dan tidak ada gear reverse. Alangkah bodohnya kamu kalau kamu menunggu2 aku sedangkan aku terus berlari laju dan tidak akan sekali-kali ,menunggu kamu."Tugas berat bukan alasan untuk meninggalkan membaca. Said Nursi Badiuzzaman, pejuang Islam Turkey, masih mampu mencari masa untuk menulis walaupun sedang berperang. Dia menulis sambil bersembunyi di balik tembok sewaktu menanti musuh bagi menyelesaikan karya agungnya, Risalatunnur, yang sangat terkenal itu.
Mencari kaedah2 dan teknik2 pengurusan berkesan mungkin boleh membantu menjimatkan masa. Baru2 ini saya membaca buku bertajuk Eat That Frog. Buku kecil tetapi ada banyak tips yang menarik. Kenali perkara2 yang mencuri masa anda yang anda tidak sedari. Kemudian saya sambung pula dengan membaca buku 60 Quick Tips for Getting Organized oleh Jeff Davidson. ....juga membantu.
Saya cuba buang tabiat2 buruk yang boleh menyebabkan masa terbuang seperti yang dianjurkan dalam buku itu.
"Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul, " kata2 Adibah Amin yang selalu menguja saya. Tetapi kata orang merubah sesuatu kebiasaan itu seolah2 menolak sebuah bukit.
Saya masih tercari2 masa untuk menghabiskan buku2 lain yang saya target untuk membacanya. Buku2 yang saya beli di Kemboja masih belum habis. Buku yang saya minta student tolong pinjamkan dari IIUM Library perlu dihabiskan dahulu. Majalah2 yang dilanggan ada yang masih belum dibuka bungkusannya. Isy, semakin dicari masa, semakin jauh dia hilang......apa lagi yang harus saya lakukan.
Baru2 ini saya bertemu dengan satu teknik dipanggil DEAR iaitu Drop Everything And Read.......Lepaskan segalanya2 dan bacalah. Bila-bila saja kita boleh berhenti seketika melakukan tugas, buka buku dan baca.
Penggunaan Online Alarm Clock membantu saya untuk melaksanakan DEAR..... yes, this is practical.