GUGURNYA SEORANG PAHALAWAN CENSERVE


posted by Martinelli Hashim

4 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Ikhwan mendidik jiwa bertuhan
Tidak dapat digambarkan rasa terkejut saya menerima khabar dari Izuddin, sahabat baik Ikhwan yang mengatakan Ikhwan sudah berpulang ke rahmatullah jam 2 pagi kerana kemalangan jalanraya. Beliau dalam perjalanan balik sekembali dari menemui rakan2 alumni Kelab AKHI yang pernah diterajuinya satu ketika dahulu.

Ikhwan salah seorang bintang dalam CENSERVE yang sangat banyak meninggalkan jasa untuk CENSERVE dan ummah. Ikhwan yg sentiasa senyum dalam apa saja keadaan, yang berjiwa besar dan sangat prihatin, kini tiba2 hilang pada masa adiknya2 masih memerlukan baktinya. Ikhwan yang sangat baik, pemegang ijazah Ilmu Wahyu dari UIA yang sepanjang hari berfikir bagaimana untuk membantu orang lain..

CENSERVE, pentas perjuangan anak2 muda UIA membantu mereka yang memerlukan menebarkan daawah kepada masyarakat tidak mungkin berjaya tanpa adanya insan-insan seperti Ikhwan. Insan-insan ini tidak lokek dengan tenaga, masa dan wang ringgit kerana satu misi....memartabatkan ummah!

Ikhwan sangat komited dengan kerjanya dan sentiasa mencari dan mencari untuk meningkatkan diri sendiri dan orang lain. Program motivasinya meninggalkan bekas pada setiap peserta yang menghadirinya.

Cita-citanya sebagai trainer dan motivator sudah tercapai tetapi dia pergi begitu cepat. Beliau tidak lokek ilmu. Semua yang ada dallam kepalanya dikongsi dengan orang lain. Beliau tidak lokek tenaga, dalam segala kesibukannya beliau masih membantu ahli2 AKHI merancang program bagi meningkatkan keberkesanan kelab.

Baru 3 minggu lepas beliau datang ke bengkel projek RESILIA dan memberi pelbagai cadangan. Baru beberapa lama saya menasihatkannya supaya hati2 membawa kereta kerana beliau terlalu aktif menjalankan program.

Pemergian Ikhwan ditangisi rakan2 yang memenuhi Hospital Ampang pagi tadi. Pentas CENSERVE kehilangan seorang penggerak yang sangat aktif.

Moga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh mereka yang soleh...Amiiiiin.

Buat Ikmal, kuatkan semangat meneruskan perjuangan Ikhwan kerana misi ummah masih belum tercapai. Kami mengharapkan Ikmal sebagai pengganti Ikhwan.......!!!!

4 comments

  1. ahmedrowin
  2. Anonymous

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai