Muhammad Al Fateh


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Sejuk yang menikam ke tulang terus terlupa setelah berada di depan Masjid Hagia Sophia di kota Istanbul. Saya hampir tidak percaya yang saya sedang berada di sebuah kota hebat yang pernah disebut dalam hadith Rasulullah saw. Istanbul yang dahulunya dipanggil constantinople pusat pemerintahan empayar Byzantine.
Sdr. Murad pemandu kami yang fasih berbahasa Melayu terus bercerita sambil berjalan menunjukkan kehebatan peninggalan sejarah kota constantinople yang diubah nama kepada Islambol (rumah Islam) dan kemudian ditukar pula Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul.
Saya terpegun dengan cerita tentang Sultan Murad II yang memerintah kerajaan Uthmaniah waktu itu. Seorang yang warak dan yang ingin melerealisasikan hadith Rasulullah saw “Constatinople akan ditakluki oleh orang Islam. Raja yang menaklukinya adalah sebaik2 raja dan tentera mereka adalah sebaik2 tentera. ”
Sejak zaman Rasullullah SAW lagi setiap khalifah mempunyai cita2 sedemikian. Namun siapalah yang mampu melakukannya kerana perbandingan Constatinople dan Mekah waktu itu seolah perbandingan antara Malaysia dan Amerika ketika ini. Abu Ayub Al Ansari yang juga mempunyai cita2 sedemikian hanya mampu berwasiat agar kalau beliau meninggal dapat dikuburkan di bawah kota itu supaya rohnya nanti dapat mendengar tapak kaki kuda tentera Islam yang berperang menawan kota itu.
Impian Sultan Murad II meleset kerana apabila ulama yang menjadi penasihat agamanya membawanya ke pasar dia melihat sendiri keadaan rakyat yang banyak melakukan penipuan dalam jualbeli. Baginda sedar baginda bukanlah sebaik2 raja dan tidak layak menjadi penakluk kota itu.
Namun baginda memasang tekad agar baginda mempunyai anak lelaki yang mampu mencapai impiannya. Harapannya cerah apabila isterinya memberitahu yang dia sedang hamil.
Berdoalah sang raja siang dan malam agar anak yang bakal lahir itu seorang lelaki yang bakal menjadi orang disebutkan dalam hadith. Bukan sekadar berdoa, baginda terus melakukan perancang untuk si anak itu.
1. Anak itu perlu diberi nama yang baik, maka disediakan nama Muhammad
2. Anak itu perlu dididik dengan ilmu agama, maka seorang pakar agama sudah disediakan
3. Anak akan diajar pelbagai ilmu, maka disediakan guru sains dan matematik
4. Anak akan diajar ilmu peperangan, maka dia diajar memanah dan menunggang kuda dengan orang yang pakar.
5. Anak itu akan dibesarkan dalam suasana yang memberangsangkan jiwanya menjadi seorang yang hebat.
Si anak lahir dan disambut dengan segala persiapan untuk menjadikannya bakal seorang Raja dan panglima perang yang akan menakluki Constatinople. Ketika usia anak yang tengah nakal, sampailah masanya ia terpaksa diserahkan kepada guru untuk diasuh dan keluar dari kemewahan istana. Siibu hanya mampu menyapu air mata melepaskan anak kesayangan.
Guru meletakkan syarat, ia akan mengasuhnya sebaik mungkin dengan syarat sang raja tidak campur tangan dalam apa saja yang dilakukannya kepada si anak. Maka anak itu dipukul apabila bersalah tanpa membezakannya dengan layanan kepada kanak2 rakyat biasa. Kenakalannya yang luar biasa, sebagai seorang putera raja sudah tentu memerlukan proses yang luar biasa kerana guru terpaksa memukul dan memukul bagi menjinakkannya.
Si anak yang memang sudah sedia bijak akhirnya akur dengan disiplin sang guru. Dia cepat menerima setiap ilmu yang diajar. Dalam usia yang kecil dia sudah hafaz Al-Quran, menguasai ilmu sains dan matematik dan sangat hebat dengan kemahiran memanah dan menunggang kuda. Pada usia 9 tahun ia dibawa kemedan perang dan belajar teknik2 peperangan dari panglima2 perang ayahnya.
Setiap hari perbualannya hanyalah berkitar tentang citanya2 untuk menakluki kota impian, Constatinople. Si ayah tersenyum syukur, anak yang diasuh sudah hampir mendekati impiannya.
Si ayah tiba2 mangkat sebelum sempat melihat impiannya tercapai. Muhammad yang masih muda mengambilalih takhta menjadi Sultan kerajaan Uthmaniah yang agung itu.
Suatu hari baginda pergi meninjau keadaan rakyatnya di pasar2 bersama gurunya. Baginda amat puas hati dengan keadaan rakyatnya. Gurunya berkata, rakyat baginda dalam keadaan baik kerana baginda adalah seorang pemerintah yang baik.
Baginda memeriksa keadaan tenteranya2. Baginda dapati mereka adalah tentera yang warak. Mereka bertahajud waktu malam dan berlatih dengan hebat waktu siang. Mereka sangat kuat.
Guru mengatakan bahawa sudah tiba masanya apa yang disebutkan oleh Rasulullah akan kemunculan “Raja yang hebat dan tentera yang hebat”. Bagindalah orangnya.
Dalam usia 21 tahun langkah mengatur strategi penaklukan dimulakan dengan membina tembok besar untuk menghalang luar kepada musuh apabila mereka hendak menyerang kota itu. Strategi yang sangat bijak dan mengkagumkan.
Serangan dimulakan dengan hebatnya menyebabkan seluruh negara yang berhampiran kecut perut mendengar gemuruhnya bunyi bedilan tentera Islam. Dikatakan tentera Islam seramai 20 ribu orang berjaya membawa meriam seberat 700 tan ke darat. Secara logiknya tidak mungkin ia boleh dilakukan kalau bukan dengan kehebatan tekad tentera2 itu dan bantuan dari Allah.
Panglima yang membawa bendera Islam sempat mencacakkan bendera itu disebuah bukit. Sejurus setelah bendera itu tercacak, sebatang panah musuh tiba2 menikam dada tentera itu dan beliau syahid dengan serta merta.
Constatinople akhirnya ditawan oleh Sultan Muhammad. Kerajaan Byzantine yang angkuh itu buat pertama kalinya runtuh.
Laungan suara “MasyaAllah……MasyaAllah!!!” bergema di kota itudan baginda solat syukur dengan teneteranya2. Sebelum mendirikan solat baginda bertanya kepada gurunya siapakah yang akan menjadi imam. Gurunya berkata, “Pilih imam di kalangan kamu, iaitu orang yang paling warak di antara semua tentera.”
Baginda bertanya,”Bagaimana untuk menentukan siapakah yang paling warak.”
Sang guru menjawab,”Suruhlah semua tentera berdiri dan tanyalah amalan2 mereka.”
Baginda mengikut arahan guru lalu berkata. “Wahai tenteraku, siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat, silakan duduk.” Tiada seorangpun yang duduk.
Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajud, sila duduk” Sebahagian tenteranya duduk.
Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk” Semua tenteranya duduk dan baginda seorang yang berdiri kerana baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib dalam hidupnya.
Maka guru baginda berkata,”Tuankulah yang paling layak mengimamkan solat ini.
Baginda mengimamkan solat penuh syukur berjaya mencapaikan bukan saja impian ayahnya tetapi Ummat Islam keseluruhannya selepas 800 tahun Rasullulah menyebutnya. Muhammad Raja yang hebat dengan tentera yang hebat dengan ilmu, pribadi dan ketaqwaan akhirnya menukarkan Constantinople kepada Islambol (rumah orang Islam).
Baginda kemudian diberi gelaran Muhammad Al Fateh (Pembuka)
Kemudian baginda pergi ke gerja Hagia Sophia dan melihat rakyat yang menangis ketakutan. Baginda menenangkan mereka dan berjanji untuk menjaga keselamatan mereka.
Maka ramailah rakyat Islambol memeluk Islam kerana tertarik dengan kepribadian yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Al Fateh serta orangnya2. Akhirnya gereja Hagia Sophia yang gah itu ditukar menjadi masjid hinggalah ke hari ini.
Cerita ini membuat saya merenung kembali cita2 saya sejak muda untuk menjadi ibu kepada anak2 yang hebat. Semua orang mempunyai cita2 sedemikian. Tapi mungkin saya tidak punya strategi sehebat Sultan Murad yang amat fokus dengan cita2 untuk menjadikan anaknya penakluk Constantinople, sehingga fokus itu menjadi fokus si anak juga. Sultan Murad berjaya menjadikan si anak begitu berazam dengan meletakkan cita2 itu perkara utama dalam kehidupan seharian. Itulah satunya2 cita2 Muhammad yang masih muda tanpa ada cita2 yang lain dalam kepalanya kecuali menjadi hamba Allah yang taat.
Impian tidak bererti kalau tidak ditukarkan kepada cita2 dan cita2 tidak bererti tanpa dirancang dengan teliti dan rancangan tidak akan bererti tanpa tindakan yang sempurna dengan penuh bijaksana. Segalanya2 tidak beerti jika tidak disandarkan kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Masya Allah…….!!!!
Credit kepada sdr Ahmad Azam yang mengingatkan kembali cerita ini dalam tazkirah beliau di surau kami.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai