posted by Martinelli Hashim
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(Pengalaman penulis menyaksikan nilai kemanusiaan)
Buat kali kedua memijak tanah Itali, inilah pertama kali saya dapat meneroka pelusuk bandar2 yg sebelum ini hanya didengar dan dilihat di kaca tv. Keindahan pemandangan anugerah Ilahi yang tidak disyukuri oleh penduduknya. Berjalan dalam cuaca sejuk dibawah 0 darjah celcius mungkin bukan untuk orang Malaysia bernama Martinelli walaupun nama itu milik orang Itali..... Eh, di sinilah terjumpa kembar-kembar senama saya.
Dari Rome ke Florence menaiki keretapi sama dengan pengalaman menaiki komuter KTM tetapi gerabaknya lebih usang di sini. Orang Itali memiliki wajah ‘tak nak kawan’ yang memang sangat ketara apabila kita berusan di kaunter…..tidak ada ‘customer service’.... Kata orang lelaki Itali sangat romantik….. Yang nampak disana-sini hanyalah manusia-manusia yg tidak tahu malu menunjukkan aksi-aksi ghairah pasangan muda yg sudah runtuh budaya kemanusiaannya.
Pisa kota pelancongan terkenal dg menara condong tetapi rasanya tidaklah sehebat manapun.
Dua malam di Venice menguja ingatan saya semasa membawa misi kemanusiaan ke Tasik Tonle Sap. Dua tempat yang dicipta Allah tetapi keadaannya teramat jauh berbeza.
Menyusuri bukit-bukau dari Florence ke Venice udaranya nyaman dan sesekali dilitupi kabus sejuk. Khabarnya sehari selepas kami tinggalkan venice menuju ke Rome, Venice dilimpahi salji tebal. Sepanjang jalan dipenuhi kebun buahan2 dan sayuran yang sangat luas milik tuan ladang yang kaya-raya. Di tengah2 kebun sayup2 kelihatan rumah tuan ladang dan kandang kuda. Kereta mewah meluncur satu demi satu melintasi van kami tanpa kedengaran horn walau sekalipun..
Perjalanan dari Siem Reap ke Tasik Tonle Sap hanyalah tanah pamah. Di kiri-kanan sawah terbentang luas tapi rakyat masih kebuluran. Jalan dipenuhi debu kuning dan suhunya panas. Di sepanjang jalan akan kelihatan bas, lori dan motor yg diubahsuai jadi gerabak yang sendat dengan penumpang. Bunyi horn kenderaan tidak putus2. Topeng muka tidak boleh terlepas bagi mengelak debu masuk ke hidung. Sepanjang jalan rumah orang miskin berderetan dengan keadaan yang sangat daif, lebih daif dari kandang ayam orang kampung Malaysia.
Untuk sampai ke Venice perlu menaiki bot. Untuk sampai ke kampung air di Tonle Sap juga naik bot tetapi bot kita akan diikuti oleh bot2 kecil milik penjaja yang menggunakan kanak2 kecil yang melompat dari satu bot ke satu bot yang sedang bergerak laju untuk memujuk pengunjung membeli barang mereka. Hasilnya entah berapa sen sehari.
Seluruh tanah Venice dipenuhi rumah batu antara 3 hingga 5 tingkat yang kebanyakannya adalah hotel atau rumah tumpangan. Pintu rumah terus bertemu bibir air. Tingkap2 rumah dihiasi indah dengan bunga2. Rumah2 di Tonle Sap hanya sampan2 yang terapung2 mengikut arus, Tiada apa2 hiasan kecuali wajah syahdu penghuni yang hidup penuh keperitan.
Venice atau Venezia penuh dg kemegahan tempat orang2 kaya berehat. Setiap jam akan ada cruise2 mewah melintasi Grand Canal membawa si kaya berhibur. Kampung air di Tonle Sap hanyalah kampung nelayan miskin yang hiburannya hanya deru gelombang dari tasik. Pelancong yang datang hanyalah mereka yang ingin menyaksikan sendiri penderitaan mereka yang mungkin hanya dapat makan nasi sekali dalam 2 hari. Tiada cruise mewah, tiada gondola untuk pasangan memadu kasih seperti di Venice.
Cuma….. di Tasik Tonle Sap ada azan berkumandang dari masjid terapung walaupun penduduk Islam hanyalah minoriti kecil. Di Venice ada orang Islam tapi azan tidak mungkin dibenarkan. Di Tonle Sap air mata kita jatuh penuh keinsafan….Di Venice pandangan mata perlu selalu dikalihkan dan mulut sentiasa beristighfar.
Orang kafir di Venice sangat menjaga kebersihan sehingga kalau anjing yang dibawa berjalan, apabila mencicirkan najis di tengah jalan tuannya akan mengambil kertas tisu dan membersihkannya sehingga tidak berbekas. Tetapi orang Islam samada di Tonle Sap hatta hingga ke masjidil haram Mekah sekali pun bab kebersihan masih dipertikaikan cara mereka menjaganya.
Subhanallah…..maha suci Allah yang mencipta semua ini untuk dijadikan i’tibar buat mendekatkan diri padaNya.