MEMANJAKAN DIRI DI HARI TUA


posted by Martinelli Hashim

1 comment

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Episod 1
Melayan luahan hati seorang tua yg ditinggalkan anak2
"'Cantiknya gelang Datin. Baru beli ke?" Tanya saya kepada seorang kenalan semasa makan tengahari di sebuah hotel dalam satu seminar baru2 ini. Di sebelahnya ada sebuah beg Habeeb Jewel sebagai tanda beliau baru singgah di kedai barang kemas berhampiran hotel kami.

"Saya baru beli kejap tadi. Saya suka membeli barang kemas ni bukan apa. Selama ini saya dah puas bekerja cari duit. Sekarang inilah terasa nak memanjakan diri. Beli barang kemas, trip ke overseas.....sementara menunggu pencen." Jawabnya sambil menyuruh saya meneka harga gelang itu tetapi saya gagal kerana saya sendiri tidak biasa membeli barang kemas.

Episod 2
"You ni dah berumur. Kerja ala kadar cukuplah. Ambillah masa pergi spa, buat facial, mandi lulur ke. Biar suami sayang." Kata seorang lagi teman sebaya. Saya hanya tersenyum, bersyukur kerana sayang suami masih seperti dulu tanpa lulur dan spa.

Episod 3
"Saya datang sekolah ni sekadar nak menjengok kot2 ada perlu dibuat. Kita dah nak pencen ni tak perlulah ligat sangat buat kerja. Dah bertahun2 bekerja, sekaranglah masa kita nak memanjakan diri." Kata seorang gurubesar sebuah sekolah rendah yang datang sejam lewat dari waktu sepatutnya dia merasmikan sebuah program sekolah tanpa rasa bersalah.

Wah, cemburunya saya melihat mereka yang punya begitu banyak masa dan wang untuk memanjakan diri, sedangkan kita tercungap2 mengejar masa.

Keadaan begini boleh terjadi kepada sesiapa saja apabila berada di usia mendekati waktu bersara. Ia berlaku sekiranya sejak muda kita tidak meletakkan 'bearing' yang betul kenapa dan untuk siapa kita bekerja. Ia sangat kerap berlaku terutama di kalangan mereka yang melalui perjalanan kerjaya yang senang sejak awal dan memegang jawatan tinggi terlalu muda.

Golongan yang biasa susah akan sentiasa memperbetulkan 'bearing' kehidupannya apabila menyedari dirinya agak tersasar. Saya merasa amat terguris melihat pegawai2 muda yang hilang adab tidak menghormati orang lain semata2 kerana orang itu berpangkat rendah.

Disiplin diri yang tinggi, amanah dan bersifat belas ihsan terhadap orang bawahan hanya akan tertanam di dalam diri mereka yang pernah berada di bawah dan melalui liku2 kerjaya yang sangat sukar.

Rupanya cabaran di usia tua ini di antaranya adalah hasutan rakan2 yang sudah hidup mewah. Kata orang kalau umur sudah memasuki 40 sekiranya masih tidak mendekatkan diri dengan aktiviti agama maka akan berteruskanlah aktiviti dunia sampai ke penghujung usia. Memanjakan diri yang masih sehat dengan limpahan kemewahan akan menjauhkan kita dar kebahagian sebenar.

Saya teruja membaca kisah Mother Theresa yang pada usia yang sudah sangat tua masih berjalan terbongkok2 membantu kanak2 yang kelaparan di tepi jalan di India. Orang seperti Mother Theresa ini sudah meletakkan 'bearing' yang betul dan tidak pernah terfikir untuk memanjakan usia tuanya dengan sia2.

Kepada mereka yang masih muda, jangan mengeluh sekiranya melalui kerjaya yang sukar dan mencabar. Usah kecewa sekiranya lambat mendapat kenaikan pangkat. Teruskan bekerja dengan memastikan 'bearing' atau haluan hidup kita berada dalam landasan yang benar dan yakinlah lambat laun Allah akan memberi anugerah2 yang istimewa yang tidak diduga. Usah manjakan diri kerana manja yang tidak bertempat tidak akan membawa kita kemana2 kecuali kepad kemusnahan diri dan ummat..
Fahami perasaan orang lain sebelum orang lain dapat memahami kita. Jangan menyakiti orang lain kerana balasan Allah atas perbuatan kita itu tidak tertanggung sakitnya.

1 comment

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai