MINDA YANG TERKUNCI


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Pernah saya bertanya seorang pelajar tentang rahsia kejayaannya tersenarai dalam 'Dean's List' setiap kali mendapat keputusan semester walapun dia sangat aktif dalam persatuan. Katanya, "Saya selalu mendoakan guru2 saya walau macam mana pun sikap guru itu pada saya."

Semasa menjadi AJK SRC, pelajar ini yang bernama Nurul Husna sering meminta nasihat dan sangat disayangi oleh kakitangan S-DEV termasuk Timbalan Rektor. Beliau tidak pernah memburukkan sesiapapun. Selepas tamat UIA dengan kelas pertama dan mendapat anugerah universiti,beliau melanjutkan pelajaran ke Oxford dan kini pulang ke UIA menjadi pensyarah.
Tips yang sangat berkesan untuk berjaya ialah jangan sekali2 menghina orang yang pernah mengajar kita sekalipun dia menyakiti kita. Sentiasalah berdoa untuk guru kerana doa akan menambah barakahnya ilmu yang diterima.
Apabila kita berdoa untuk guru, hati guru akan menjadi lembut dan akan mengajar dengan sempurna. Percayalah apabila guru menyayangi kita, pelajaran akan mudah hadam dan dapat dihayati dengan baik. Pelajaran yang sempurna dihayati sudah tentu mudah dihadapi semasa peperiksaan. Apabila guru menyangi murid sudah tentu dia akan memberi keutamaan kepada murid yang disayanginya untuk dibantu.

Nasihat ini saya sampaikan kepada anak2 saya yang kadang2 bersungut tidak puas hati dengan sikap pensyarah mereka yang selalu tidak datang kelas atau mengajar sambil lewa atau pilih kasih dalam memberi markah. Saya katakan, "Tanggungjawab yang tidak ditunaikan oleh guru itu adalah urusannya dengan Allah. Pelajar jangan sekali2 menghina guru. Doakan saja mereka"
Sekeras mana sekalipun hati seorang guru itu, atau segarang mana sekali pun guru itu, apabila berdepan dengan murid yang baik dan hormat padanya, InsyaAllah, hatinya akan menjadi lembut untuk menyayangi murid tersebut. Pokoknya, doakanlah guru2 kita kerana berdoa untuk orang lain itu adalah lebih mustajab disamping kita mendapat habuan yang sama dengan orang yang kita doakan. Apalagi yang kita doakan itu adalah guru kita.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai