Berdaawah di sini ketika ini.


posted by Martinelli Hashim on

2 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

"Ibu, kita nak ke Kemboja lagi ke tahun ni?" Tanya seorang pelajar kepada saya. 


"Entahlah...... cuba perhatikan sekeliling kita. Terlalu banyak perlu kita tangani. Ibu rasa seolah2 berada di medan perang sekarang. Ibu rasa  tanggungjawab di sini lebih berat dari berjuang di tempat lain. Tengoklah...kalau ada bajet dan keadaan memerlukan, kita akan pergi. Tapi tumpuan kita sekarang adalah di sini, di medan jihad sosial. Bangsa kita semakin parah, ummah semakin lemah.  " Jawab saya yang sedang merasa sayu membaca kes-kes kehancuran moral remaja Melayu.

Kita perlu berdakwah di sini dan ketika ini. 

Sembang santai dengan remaja Aceh yg hebat
Memang benar, kita sedang berhadapan situasi yang sangat berat. Pada masa Amerika berjaya menurunkan statistik remaja aktif seks dari 66% kepada 60%, moral remaja Malaysia semakin hancur. Seramai lebih 17 ribu   anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009 dan rata 47 anak hasil zina mengisi bumi Malaysia setiap hari bukanlah isu ringan. Anak-anak itu dilahirkan sebahagiannya oleh ibu-ibu yang rela disetubuhi oleh lelaki penzina. Yang lahir adalah zuriat milik ibubapa penzina. Bagaimana mungkin manusia penzina mampu mendidik anak menjadi soleh kecuali mereka taubat nasoha dan melalui proses hukuman yang ditetapkan oleh agama. Mana ada manusia yang begini di Malaysia.
Bagaimana mungkin kita boleh merasa tenteram bergelak ketawa sedangkan saban tahun ribuan kes penagih dadah baru muncul.

Bagaimana mungkin kita tidak merasa apa-apa apabila setiap hari kes-kes anak remaja lari dari rumah  dilaporkan.

Dalam kita terpegun membaca senarai pelajar-pelajar cemerlang mendapat keputusan 'straight A's', Ribuan ibubapa menitiskan airmata melihat anak-anak mereka yang tercicir bertukar menjadi liar.

Sebahagiannya adalah kesalahan ibubapa, kesalahan pemimpin, kesalahan masyarakat, kesalahan pendidik, kesalahan media dan sebahagiannya adalah kesalahan kita juga yang ada kemampuan untuk melakukan sesuatu tetapi kita hanya berpeluk tubuh.

Kita ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar. Jangan lupa kita ada hati untuk menjiwai dan ada akal untuk berfikir dan merancang. Jangan berhenti di situ kerana kita punya jari jemari untuk melakar perencanaan dan ada kaki untuk melangkah jauh. Lebih dari itu kita ada Allah yang mengadili.

Amerika negara kafir, tetapi para aktivist masyarakat dan NGO mereka aktif dan profesional. Malaysia negara Islam tetapi kita saling bercakaran dan bekerja sambil lewa.

CENSERVE mempunyai ahli lebih 2000 orang yang masih berada di UIA. Kalau setiap ahli menginfakkan masa mereka 2 jam seminggu untuk kerja2 daawah dengan penuh ikhlas dan profesional, InsyaAllah kita mampu membawa perubahan yang besar untuk ummah.

CENSERVE telah melahirkan ribuan graduan, dan jika setiap seorang menginfakkan wang sebanyak RM1 sebulan untuk membantu projek Daawah CENSERVE, kita tidak perlu lagi meminta sedekah dari orang luar untuk bergerak.

Gereja-gereja di Barat kaya dan tidak memerlukan sumbangan dari pemerintah. Badan-badan kebajikan mereka aktif bergerak. Dalam kita mengutuk kehidupan mereka, kita patut merasa cemburu dengan kedermawanan mereka.

Saya kagum apabila Roger Ferderer berkata dalam satu interview, pada awal penglibatannya dalam tenis, ibunya berpesan kalau dia menang, sumbangkan sebahagian wangnya kepada badan kebajikan di Afrika Selatan. Dia menang dan melakukan apa yang disuruh ibunya. Dan mula dari hari itu ia tidak pernah lupa melakukannya setiap kali menerima hadiah kemenangan. Maka terbinalah Yayasan Roger Ferderer membantu anak-anak Afrika yang tidak punya peluang untuk belajar. Federer berkata 

I am very glad to be able to make a difference by means of my Foundation.

Malangnya di CENSERVE kita kadang-kadang merintih kerana tidak semua punya semangat gigih. Kita masih menunggu  bantuan dana yang masih belum kunjung tiba.

2 comments

  1. marhamah MISI Club

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai