Guru agama vs guru matematik


posted by Martinelli Hashim

No comments

Perbualan saya baru2 ini dengan seorang ustaz UIAM membuat saya terharu . Dia mengatakan sekarang orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Kalau mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.

Ada ustaz yang tinggal di Gombak, mengajar di Kelang dengan menaiki motor 3 kali seminggu hanya dibayar RM30 sebulan. Ada juga yang dibayar dengan sehelai kain pelekat saja.

Seorang guru tiusyen yang mengajar subjek matematik ke rumah diberikan antara RM20 hingga RM50 sejam. Ini rate student UIA yang membuat tiusyen secara sambilan.

Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.

Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.

Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.

Saya katakan kepada pelajar UIA, di sinilah letaknya tanggungjawab mereka untuk berada dalam barisan hadapan dalam profession apa saja dan mengubah budaya masyarakat agar agama diletakkan pada tangga teratas.

Kepada ustaz2 yang punya budi yang sangat tinggi sehingga tidak mahu menerima bayaran, saya memberikan sejuta sanjungan.

Menantu saya yang mengajar tahfiz berkata, "Saya kalau boleh tidak mahu membiayai hidup dengan upah mengajar ini. Samada orang bayar atau tidak saya akan mengajar juga selagi ada orang yang mahu belajar, itu lebih penting dari upah."

Pernah suatu ketika dia cukup gelisah kerana tidak selesa kerana menerima upah yang agak lebih tinggi dari biasa oleh seorang bapa yang meminta beliau mengajar2 anaknya2. Dia risau kalau2 bapa tersebut menyangka dia mengharapkan bayaran lebih.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai