Perancangan bermusafir bersama anak anak, menantu, cucu dan ibu saudara untuk melakukan jejak kasih ke Bukittinggi, Sumatera akhirnya terpaksa dibatalkan. Kami mendapat tahu kejadian tanah runtuh di kawasan Air Mancur Lubuk Anau, Padang menghalang jalan antara Padang-Bukittinggi. Batu-batu besar yang berjatuhan menyebabkan jembatan roboh dan batu2 itu tidak boleh dialihkan kecuali menggunakan bom untuk memecahkan batu2 itu. Sekiranya batu besar itu dibom akan menyebabkan runtuhan lain yang lebih memudharatkan. Itu maklumat yang saya dapat dari kenalan dari Padang.
Masih ada jalan alternatif melalui Maninjau yang agak jauh tetapi dari maklumat yang diterima tiada jaminan jalan itu bakal selamat dari tanah runtuh yang bila2 saja boleh berlaku. Tiba2 dapat berita satu lagi tanah longsor berlaku di Maninjau menghancurkan lebih 30 rumah dan hampir 500 orang terkorban.
Allahu akbar. Besarnya dugaan yang diterima oleh saudara serumpun ini.
Masih terbayang poster mereka yang bertulis. "YA ALLAH, SESUDAH ENGKAU HANCURKAN NEGERI KAMI JANGANLAH KAU HANCURKAN PULA IMAN KAMI."
Tiket Air Asia ntuk 5 orang yang sudah dibeli hangus begitu saja.
Kami membuat keputusan meneruskan rancangan melalui jalan laut.
Kami menaiki feri dari Port Dicjkson menuju Dumai. Perjalanan ini mengingatkan saya kenangan menaiki bot polis menempuh Selat Melaka bersama pelajar2 UIA di lokasi yang sama pada saat berlakunya tsunami besar pada tahun 2006. Ratusan ribu orang sedang bertarung nyawa beberapa ratus kilometer dari tempat bot kami sedang berlayar. Allah mentakdirkan kami selamat d itengah laut.
Sekarang sekali lagi Allah mentakdirkan saya selamat dari terperangkap oleh tanah runtuh. Alhamdulillah...besarnya nikmat yang ALLAH berikan.
Malam pertama di hotel sederhana di Dumai. Bilik kami diketuk beberapa kali oleh 'pramusyahwat' (pelacur) yang tersalah "kamar". Sebelumnya sepupu saya sudah memaklumkan agar berhati2 apabila ada orang datang mengetuk pintu kerana kegiatan pramusyahwat ini giat mencari mangsa di kawasan itu.
"Maaf buk, tadi kelihatannya ada bapak2 di kamar ini." Suara pramusyahwat yang terdeak mencari mangsa.
"Oh ya...bapak2 itu tadinya cuma nolongin angkat kopor ke sini. Mereka sudah pergi." Jawab saya.
Jam 2 pagi bilik diketuk lagi. Kedengaran suara lelaki pula. Saya tidak memberi apa2 respon. Selepas itu saya tidak dapat tidur hingga ke subuh kerana diselubungi rasa cemas.
Anak saya mula bersungut dengan keputusan saya menyewa hotel begini.
"Tak apalah kita sewa hotel mahal sikit asalkan kita selamat, bu. Tak sanggup kak long duduk macam ini." Rungutnya. Dia tidak biasa dengan suasana seperti ini.
"Ini semua pengalaman hidup yang patut kita renungkan. Ada manusia yang hanya nampak jalan salah itu saja untuk menyara hidup. Mereka bukan tidak tahu berapa ramai saudara mereka yang mati akibat tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Malangnya hati mereka tertutup untuk melihat itu sebagai amaran dari Allah. Yang pentingnya Allah menunjukkan semua ini kepada kita supaya kita berfikir dan bersyukur dengan rezeki dan nikmat iman yang kita terima. "
Perjalanan kami terhenti di Dumai kerana tidak sanggup membawa cucu saya yang baru berumur setahun yang ikut bersama meneruskan perjalanan melalui jalan darat melintasi Bukit Barisan ke Bukittinggi.
Pulang ke Malaysia menaiki feri ke Pelabuhan Kelang. Penumpang sangat ramai yang kebanyakannya adalah TKI.
Dalam hati saya berkata, "Alangkah bagusnya kalau kakitangan pelabuhan dan kakitangan imegrisyen di sini menunjukkan wajah ramah kepada pelanggan sebagaimana di lapangan terbang. Tidak ada untungnya bersikap kasar kepada sesiapapun di tempat sebegini. Mereka yang menaiki feri kurang berduit dari mereka yang menaiki kapalterbang bukanlah alasan untuk memberikan layanan berkualiti rendah kepada penumpang feri."