بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Seharian berhadapan dengan anak2 muda yg aktif melaksanakan projek2 daawah. Mereka menyerahkan diri dan tenaga untuk dilatih. Mereka merancang, menggerakkan dan menganalisa setipa projek yg dijalankan. Mereka masih bergelar mahasiswa yg terpaksa bergelut dengan kuliyah, tugasan dan peperiksaan.
Mereka manusia biasa yg juga punya hati untuk berhibur seperti mahasiswa lain di panggung2 wayang atau berpeleseran pada hujung minggu. Tetapi nilai juang yg tertanam dihati mereka untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar menjadikan mereka manusia luar biasa. Mereka memerah tenaga dan minda untuk menjayakan projek daawah CENSERVE melalui kelab masing2 demi untuk ummah.
Saya mengkagumi anak2 muda ini yang mampu meletakkan kepentingan orang lain dari diri sendiri.
Sudah lebih 20 tahun saya berada di gelanngang ini. Mereka adalah anak2 didik saya yang punya hati dan budi yang luar biasa. Mereka datang dan pergi dan saya masih di sini selagi diizinkan. Yang pergi akan meneruskan perjuangan di arena masing2 dan yang datang akan menyambung tugas yang ditinggalkan dengan langkah penuh tekad.
Kini perjuangan mereka semakin mencabar. Misi untuk membantu meyelamatkan remaja seagama dari hanyut dalam maksiat. Maka terancanglah sebuah projek dipanggil PROJEK RESILIA …..remaja suci dari zina, mulia dalam agama. Mereka akan turun ke sekolah2 mendekati remaja dengan menggunakan kaedah yang interaktif dari remaja kepada remaja. Remaja sekolah akan diterangkan apa itu zina dan kesannya dan bagaimana mengelakkannya.
Sebuah misi yang besar yang hanya mampu dijayakan oleh anak2 muda yang berjiwa besar.
Kepada anak2 muda ini yang gigih menggerakkan CENSERVE, teruskan perjuangan kalian. Dikatakan:
Pada waktu seluruh manusia berkeluh kesah di padang masyar akan ada sekumpulan yang tidak merasa apa-apa kesusahan. Mereka itu adalah yang pada masa hidupnya sibuk bekerja menyelamatkan agama Allah sedangkan orang lain sibuk melayan nafsu mereka.
Alangkah bahagianya sekiranya apa yang kita lakukan ini dapat melayakkan kita untuk dimasukkan ke dalam golongan itu
Buat semua ahli yang menjadikan CENSERVE wadah perjuangan, moga usaha kalian terus diberkati Allah.
Buat mereka yang sudah meninggalkan CENSERVE dan berjuang di pentas yang lebih luas, moga semangat yang dibina di CENSERVE dahulu masih berkobar. Waktu melihat langit yang tinggi jangan lupa rumput di bumi. Kita tidak akan mampu berdiri tanpa ada bumi yang teguh.
Buat Jali, Izudin dan Akmal yang saban waktu berada di pejabat CENSERVE ….antara pelajar pelik kerana tak pernah jemu dengan ibu walaupun ibu selalu menyusahkan mereka, terima kasih, sayang.