MEMBACA DI KALANGAN ORANG ISLAM


posted by Martinelli Hashim

No comments


Suatu ketika Monshe Dayan, bekas perdana menteri Israel pernah ditanya oleh pemberita apakah ia tidak risau orang Islam akan marah dengan kritikannya yang terlalu berterus-terang. Dia menjawab,”Saya tidak perlu risau kerana mereka tidak pandai membaca. Kalau pandai membaca pun mereka tidak suka membaca. Kalau mereka baca pun mereka tak faham apa mereka baca. Kalau faham pun mereka tak kan buat apa2.” Itu adalah kenyataan lebih 30 tahun yang lalu. Dalam abad ke 21 ini sikap tidak suka membaca di kalangan kita sudahkah berubah?
Saya agak terkedu bila dikatakan Barrack Obama yang begitu sibuk tetapi mampu membaca 95 buah buku tahun lepas. Bush yang dikatakan tidak suka membaca pun membaca sebanyak 50 buah buku setahun, separuh dari Obama. Kata Obama setiap hari dia akan pergi ke pejabat antara jam 8.30 hingga 9, balik jam 6.30 ptg dan terus bermain dg anak2. Jam 8.30 tidurkan mereka. Seterusnya membaca ‘summerised news’ dan dokumen2 yg disediakan untuknya. Kemudian dia akan membaca buku sehingga 12.30 malam atau lebih lewat lagi. Setiap kali dia menyebut nama buku yang dia baca kepada pemberita, buku itu akan laris mendadak. . Dia tidak membaca satu buku demi satu buku tetapi 3 atau 4 buku sekali. Dia tidak menonton berita tv. Katanya “I don’t read cable news at all
Anthony Robbins penulis buku Awaken the Giant In You yang banyak memberi pengaruh kepada ribuan pembaca di seluruh dunia membaca berpuluh buku2 sebulan. Bila membaca karya2 Stephen Covey, kita dapat rasakan dia tentu membaca buku2 Islam.
Anwar Ibrahim adalah orang sangat kuat membaca. Dr. Mahathir pula membawa pengaruhnya melalui Malay Dilema yang ditulisnya sehingga buku itu diharamkan satu ketika dahulu.
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni memukau masyarakat Islam dengan bukunya La Tahzan (Jangan Bersedih). Dr. Yusuf Al-Qardhawi dikatakan orang paling berpengaruh di dunia pada masa ini ceramah dan tulisannya2.
Dr. Muhammad Al-Ghazali dalam bukunya Berinteraksi Dengan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Batubara ada menyebut bahwa jatuhnya pemerintahan Islam ialah apabila penguasa lebih menumpukan pada kuasa sehingga mengenepikan kepentingan ilmu. Sibuk berperang sehingga perkembangan ilmu menjadi terbantut dan terpinggir.
Satu persamaan yang ada pada mereka ialah tidak lain dari “MEMBACA” dan “MEMBACA”.
Kehebatan dan keterampilan seseorang ditentukan oleh kehebatannya membaca.
Betapa kerdilnya masyarakat kita dalam bab membaca. Jangankan membaca sebuah buku sebelum tidur, membaca doa tidur pun belum tentu.
Makna yang mendalam apabila malaikat Jibril menyebut Iqra' kepada Rasullullah saw bukan sekadar "Bacalah" tetapi juga "Membacalah"
Kemudahan internet adalah rahmat jika digunakan sebaiknya. Sudah ada buku yang tidak perlu dibeli kerana boleh dibaca sepenuhnya hanya melalui internet. Saya mengakagumi penulis Turkey, Harun Yahya yang menulis beratus2 buku dan artikel yang tidak meletakkan copyright dalam mana2 karya kerana baginya menulis semata2 untuk berdaawah. Malah ia pernah ditangkap kerana tulisannya. Semua orang bebas menyalin semula, menukar bahasa, dan dia tidak pun jadi miskin walaupun karyanya diciplak orang.
Minat membaca mungkin meningkat apabila kita dapat membaca dengan pantas. Namun kebanyakan kita tidak pun berusaha untuk mencari kemahiran membaca pantas. Kelas2 speed reading yang dianjrukan tidak mendapat sambutan di Malaysia. Saya mencari buku2 speed reading di perpustakaan UIA, dan bertemulah beberapa buah termasuk karya lama oleh Mortmer J. Adler (1940) yg sudah diterjemahkan pada tahun 1989 oleh Rustam A.Sani. Sebuah buku yang nipis tetapi sangat baik yang diberi kata pengantar oleh Anwar Ibrahim. Saya rasa tidak siapa yang pernah meminjam buku ini sebagaimana2 juga ribuan buku2 lain di IIUM Library kita yang serba canggih itu. Alangkah ruginya masyarakat UIAM. Sudah berapa kali IIUM Library mendapat anugerah cemerlang, tetapi masih tidak dapat menarik pengunjung untuk membaca, kecuali pengunjung budak sekolah yang datang membuat lawatan.
ANAK2 UIAM YANG SUKA MEMBACA
Terasa rindunya saya kepada bekas2 pelajar UIA dulu yang tinggi semangat membaca mereka, yang selalu bercerita tentang buku apabila datang ke pejabat saya. Eeqbal, Rizal, Anuar Mansor, Muhtar Suhaili, Naim Jaafar, Raziq Jalaluddin, Faris, Fahmi, Farid, Ashraf Latif, Firdaus Arif adalah model pelajar yang mencintai ilmu secara serius. Empat dari mereka adalah penulis buku dan majalah yang aktif. Mereka menulis untuk berdakwah.
Naim dikatakan dapat menghasilkan 8 buku motivasi dalam tempoh yang singkat. Kini menjadi peguam dan training consultant yang berjaya. Raziq bekas presiden SRC menulis buku motivasi remaja, Muhtar penymbang tulisan di akhbar2 dan penulis blog yang popular. Firdaus penulis novel fiction kebanggaan PTS publication. Syarikat penerbitan buku yang sekarang berada di puncak kejayaan ini dibangunkan bersama oleh pelajar2 UIA yang aktif dalam CENSERVE seperti Nazrul Shamizan, Faris Hasbullah, Rozita, Yusliza Abdul Rahman dll sewaktu ia mula ditubuhkan sehinggalah sekarang.

Saya ingin sekali mereka ini dan yang lain2 termasuk penulis2 blog yang kandungannya blognya berkualiti tinggi menubuhkan kelab penulis graduan UIAM.
MEMBACA UNTUK ANAK
Enam tahun yang lalu, anak ke 5 saya, Syakirah yang ketika itu baru berumur 10 tahun, tiba2 menarik tangan saya ke bilik sambil berkata “Syakirah nak bercakap terus-terang dengan ibu”
Jam sudah pukul 10.30 malam, saya baru pulang dari UIA kerana memberi latihan untuk pelajar.Agak suspen juga mendengar kata2 anak yang memang petah bercakap ini.
Dia menyambung, “Ibu tahu, tak, apa makna gejala sosial di kalangan ramaja? Sekarang kita tengah dilanda masalah sosial. Ibu yang balik lambat adalah punca anak-anak jadi bermasalah.”
Rupanya siang tadi dia membaca artikel tentang gejala sosial dalam akhbar. Setelah saya selesai berhujah dan memberi penjelasan sambil meminta maaf, seperti biasa dia memeluk saya erat2,”I love you so much, ibu.”
Saya menutupnya dengan kata2 “Anak yang suka membaca macam Syakirah, InsyaAllah akan terhindar dari gejala sosial, dengan syarat teruskan hobi membaca.”
Seminggu yang lalu dalam usia dia 16 tahun dia memeluk saya lagi sambil terisak2 kerana kalah dalam pertandingan debat Piala Perdana Menteri. Saya katakan padanya,”Sayang, janganlah putus asa, tempat Syakirah, InsyaAllah di UN, bukan pentas sekolah. Ibu nampak Syakirah berdebat di pentas Bangsa2 Bersatu satu hari nanti mempertahankan kebenaran yang hakiki. Teruskan hobi membaca.”
Mungkin benar teori yang mengatakan anak yang selalu dibacakan cerita sebelum tidur akan lebih minat membaca bila besar nanti. Anak yang diberi banyak peluang bercakap waktu kecil akan berpeluang membuka minda lebih luas.
Selain melatihnya membaca ayat2 suci sebelum tidur, membacakannya cerita juga sangat menyeronokkan. Cerita kegemarannya waktu kecil ialah Ah Soy Jalan Kedok2 mengejar adiknya Ah Moy. Saya akan bercerita dengan irama tersendiri…”Dia jalan kedok2, kedok kedok kedooook kedok…….” sampailah Syakirah terlelap .
“Bila Ah Soy nak dapat tangkap adiknya, bu”
“Bila Syakirah dah tidur, dia dapatlah tangkap”
Cerita itu hanya akan berhenti apabila Syakirah tertidur dalam pelukan ibu.
Kenangan indah dengan anak2 yang tak mungkin dilupakan.
Seorang professor dari Jepun mengatakan untuk merangsang positif dalam diri anak, katakanlah kata2 positif sewaktu dia hamper tertidur kerana kata2 itu akan tersimpan dalam ‘sub-conscious mind’ dan ia akan diingat semula apabila dia bangun pagi.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai