MINDA YANG TERKUNCI


posted by Martinelli Hashim

3 comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Hanif perlu bebaskan minda
Anak bongsu saya, Hanif, seperti biasa akan mengulang2 membilang jumlah perkataan dalam karangan yang disuruh cikgu. Itulah yang berlaku setiap kali dia menulis essei “Cikgu kata perenggan pertama kena buat pengenalan. Kena ada 3 ayat, tak boleh kurang, tak boleh lebih……. Kena ada 6 perenggan. Kalau tidak nanti cikgu potong markah. Tiap2 perenggan…bla bla bla.” Kata-kata anak yang terlalu takut dengan arahan guru.

Hampir empat puluh tahun yang lalu pun saya melakukan perkara yang sama seperti anak saya. Bermakna sudah lebih 40 tahun kaedah cikgu mengajar menulis karangan masih tidak berubah. Sangat ‘structured’, terkongkong dengan pelbagai peraturan ketat. Sedangkan apabila mereka membaca buku cerita peraturan itu tidak pula diikuti oleh penulis.

Murid, guru dan kita semua sebenarnya sama saja. Kita amat  terikat dengan peraturan yang kadang2 sebenarnya tidak wujudpun.

Dalam setiap urusan, kita seolah2 berada dalam situasi yang dikawal rapi oleh seorang pengawal bengis dengan rotan di ditangan memaksa kita mengikut kebiasaan orang2 yang terdahulu. Tidak ada peluang untuk memberanikan diri untuk melakukan perubahan walaupun hanya perubahan kecil.

Dalam masa proses membesar pula, anak2 kita sangat banyak mendengar perkataan”JANGAN”  yang dijeritkan kepada mereka berbanding dengan perkataan “SILAKAN” yang diucapkan dengan lembut.

Tidak cukup di sekolah, di universiti pun pelajar kadang2 dipaksa mengikuti struktur pembelajaran yang mengongkong perkembangan minda. Ia disebabkan ada pensyarah amat taksub dengan cara pensyarah mereka dahulu meggunakan kaedah yang sama kepada mereka. Akhirnya terbantutlah inovasi dan kreativiti dan akhirnya daya fikir graduan pun semakin lama semakin lemah.

Terfikir dalam kepala kita satu persoalan “ Are we teaching them for THEIR TOMORROW, or are we teaching them for OUR PAST?“….mengajar mereka untuk masa depan mereka atau untuk masa silam kita.

Saya amat mengkagumi 2 tokoh yang enggan memberi markah dalam peperiksaan sekiranya pelajar memberi jawapan sama dengan nota kuliah yang diberinya. Mereka mahu jawapan yang di luar dari nota bagi menunjukkan pelajar itu membaca buku dan menggunakan daya fikir. Mereka adalah Prof Ungku Aziz yang pernah mengajar saya subjek Falsafah semasa di UM dulu dan seorang lagi ialah Prof. Razali Nawawi yang saya dengar dari bekas pelajar2 beliau.

Konsep  ”critical thinking” atau pemikiran kreatif yang sebenar hanya difahami oleh sebahagian pelajar sahaja yang cukup bernasib mendapat pendedahan pembelajaran yang betul. Sedangkan sebahagian pelajar kita di IPT memahami konsep ‘critical thinking’ bermaksud berani mengkritik orang lain. Kalau mereka hendak mengkritik, mereka akan lakukan dengan penuh semangat dalam majlis menentang lawan ketika berada dalam kelompok yang ramai penyokong dan akan merasa hebat apabila yang dikritik tidak boleh menjawab. Tetapi apabila diajak berbincang secara peribadi mereka gagal berhujah secara berkesan.

Mereka yang kurang berani bersuara secara terbuka akan melakukannya dalam bentuk surat layang. Ini adalah kesan gagalnya kita menghasilkan‘the thinking graduates‘ melalui sistem pengajaran kita.

PERTEMBUNGAN GENERASI
Para penganalisa pengurusan sibuk mengetengahkan isu pertembungan generasi x ,generasi y dan z Ianya sudah tentu tidak lari dari isu cara dan gaya pemikiran kesemua generasi tersebut. Generasi x dikatakan mereka yang lahir antara 1958 hingga 1980 dan generasi y antara 1981 hingga 1995 (ada sedikit perbezaan dalam penentuan tahun mengikut pentafsiran masing2).

Sebelum generasi dari 1946-1960 digelar generasi ‘baby boomers” dan generasi y di sebut ‘the milleneals’. Dikatakan baby boomers kerana  pada ketika itu  angka kelahiran mencapai tahap paling tinggi. Ia dikaitkan juga dengan zaman Star Trek dan zaman P.Ramlee. Manakala Mikael Jackson adalah generasi x yang juga digilai oleh generasi millenials.

Generasi z ialah mereka yg lahir selepas 1995 yang sanagat obses dengan komputer dan berkurung dalam rumah.

Pertembungan kesemua generasi  itu dalam alam pekerjaan memaksa para majikan mengubah pendekatan dalam melayan kerenah pekerja mereka. Bagi generasi y, segalanya2 adalah berteraskan wang, keselesaan dan kepuasa. Elemen kesetiaan sejati tiada dalam kamus mereka, oleh itu melompat kerja 2 atau tiga kali setahun adalah perkara biasa.

Mereka tidak mahu dikongkong atau diarah2 dan akan memberontak terus apabila ada perkara yang tidak berkenan di hati. Pendedahan yang luas melalui komunikasi internet membolehkan mereka menghubungi ribuan kenalan dalam satu minit dengan hanya duduk dikerusi dengan sebuah mesin kecil bernama ‘laptop‘.

Dalam keadaan generasi x masih menghargai ‘humane touch‘, generasi y akan tertawa sinis kerana ‘finger touch‘ atas keyboard lebih mengisi kepuasan mereka.

THE AGE OF INTELLIGENCE
Kepada anak2 muda semua
Beberapa zaman sudah berlalu. Anda dilahirkan dalam zaman yang dipanggil ‘the Age of Information‘, zaman berlakunya ledakan informasi dan globalisasi dengan konsep dunia tanpa sempadan. Tetapi di depan kita sekarang adalah ‘the Age of Intelligence“.

Kita mungkin berjaya melalui zaman informasi kerana rata2 anak muda kita tidak ketinggalan dalam menggunakan gadget2 dunia maya. Tetapi bagaimana  keadaan anak2 kita di zaman kebijaksanaan itu nanti. Mampukah kita bersaing dengan bangsa lain yang sudah mula merancang untuk memasuki era tersebut sedangkan cara, kaedah, budaya berfikir kita masih tidak berubah?

Anak2 pasca 2000 mungkinkah digelar “generasi i ” yang bermaksud inetelligence atau sebaliknya menjadi generasi ” I, I ..you, you “,  “Saya, saya..awak, awak….” yang mengenepikan kepentingan interdependency antara sesama manusia.

Kalau kita gagal membawa mereka ke zaman ‘BIJAK’ mereka akan TENGGELAM dalam zaman ‘BODOH’.

    

3 comments

  1. Dr Siti Salihah Safian

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai