“Mak…mak… adik nak dokong lagi..!!”


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(Dari koleksi tulisan kemanusiaan hasil pengalaman peribadi penulis)Oleh Martinelli Hashim

“Kesian adik2 tu, Ibu. Pengetua tolak program kita lagi sebab ada Tan Sri nak bawa mereka makan di hotel. Tapi budak2 tu lebih suka program kita walaupun tak dapat makan mewah.” Keluh salah seorang ahli Kelab Penyayang, (IIUM Caring Club)CENSERVE Team yang kecewa dengan pihak pengurusan salah sebuah rumah anak yatim yang mereka sering kunjungi.

Ini adalah salah satu senario yang biasa dialami oleh pelajar CENSERVE yang aktif membantu anak-anak yatim dengan mengadakan kelas bimbingan dan fardhu ain pada hujung minggu atau waktu petang bila tiada kelas. Mereka adalah sebahagian dari beratus-ratus ahli kelab yang dilatih membantu memberi motivasi kepada kanak-kanak yang memerlukan walaupun usaha mereka tidak dihargai oleh pengurusan rumah berkenaan.

Sudah jadi perkara biasa mereka disuruh balik semata2 kerana ada orang kaya datang nak menyumbang walaupun hari itu mereka sudah membuat persiapan untuk menjalankan aktiviti bersama anak2 yatim sebagaimana yang dah dirancang.

Amat malang sekali kebanyakan rumah2 anak yatim yang diusahakan hasil bantuan orang ramai tidak mempunyai pengurus yang professional. Tiada perancangan atau sistem yang berkesan bagi mendidik anak-anak yatim dibawah jagaan mereka. Yang lebih malang ialah mereka menerima sesiapa saja yang boleh memberi sumbangan besar yang selalunya hanya dalam bentuk material semata-mata. Lagi besar sumbangan lagi hebatlah layanan mereka. Pelajar kita yang datang hanya membawa kasih sayang dan sedikit kemahiran untuk dicurahkan pada anak-anak malang berkenaan hanya dipandang sepi oleh pengurus rumah.

Pengalaman kena tengking oleh pengurus rumah anak yatim dah jadi kebiasaan saya sepanjang menggerakkan projek mentor-mentee di beberapa buah rumah anak yatim sekitar Lembah Kelang dan Melaka . Sudah berapa buah projek terpaksa kita hentikan semata-mata kerana masalah sikap pilih bulu pengurus rumah anak yatim.

Namun masih ada Rumah Anak Yatim yang bersikap lebih bijak dan lebih mementingkan sumbangan pendidikan lebih dari sumbangan material. Pada masa ini ada 2 rumah saja yang begini dan pelajar2 kita tak jemu-jemu turun membantu. Hubungan akrab antara pelajar UIA yg bertindak sebagai mentor banyak membantu anak-anak yatim yang memang dahagakan bimbingan sedemikian.

Tidak dinafikan para penyumbang mempunyai niat yang sangat baik untuk menggembirakan anak-anak yatim. Orang2 UIA sendiri memang rajin buat jamuan untuk anak-anak yatim. Tapi sedarkah kita memberi makan anak yatim dalam majlis-majlis keraian ada kalanya lebih merosakkan mereka. Bayangkan sepanjang bulan puasa hampir setiap hari ada saja jemputan berbuka malah menjejaskan masa mereka mengulangkaji pelajaran. Sepanjang syawal tak henti-henti perut mereka disumbatkan dengan macam-macam makanan. Bila mereka datang, mereka jadi bahan tontonan ramai. Pernahkah kita bertanya apa perasaan mereka bila ditonton sebegitu rupa.

Sayang sekali kedermawanan orang Malaysia lebih suka menyumbang dalam bentuk jamuan dan aktiviti heboh-heboh dan “gumbira-gumbiraan”. Lepas jamu mereka makan dan semua orang tunjuk muka kesian pada kanak-kanak tu, kita pun hilang dan mereka pun kita lupakan.

Pernahkah anda mengalami pengalaman unik mendokong anak yatim yang badannya penuh kudis kemudian dia tak mahu dilepaskan sambil meneyebut “mak….mak..mak adik nak dokong lagi”. Siapa saja yang datang mendokongnya dia panggil “mak” dan dia akan merangkul anda kuat2 dan meronta2 minta dokong lagi bila anda lepaskan. Tangan kecil akan menarik2 baju anda minta simpati.

Kalau anda mengalaminya anda akan menangis sebentar malah ramai yang menangis tersedu2 tapi anak itu akan menangis selamanya setiap kali orang mendokongnya. Kita hanya sanggup mendakapnya dan memberi kasih sayang selama 3 minit tapi kecederaan yang dirasai oleh kanak-kanak itu adalah kekal selamanya apabila rangkulannya terpaksa dilepaskan dan dikembalikan semula pada penjaganya. Deraian tangisnya akan meyayat hati siapa saja yang melihat. Bukan seorang , bukan dua orang, kadang2 mereka ramai-ramai menangis bersahut-sahutan menagih kasih dari anda.

Keadaan itu akan berulang lagi dan lagi. Sehinggalah bila dia besar sedikit dia akan sedar sendiri sebenarnya “mak dah tak ada…pelukan mak tak akan dirasa lagi sampai bila-bila”
Apakah perasaan anda melihat seorang kanak-kanak berumur 4 tahun lari dari rumah anak yatim menarik tangan seorang bayi yang baru pandai merangkak jam 3 pagi semata-mata mencari orang yang boleh dipanggil “mak”. Ini berlaku tidak jauh dari UIAM.

Tahukah anda berapa ramai yang berpindah dari Rumah Anak Yatim ke Pusat Serenti apabila masuk usia remaja. Dari Pusat Serenti mereka akan teruskan lagi jadi penghuni penjara pula bila dewasa.
Satu fakta yang tak ramai orang sedar ialah, rumah2 anak yatim adalah di antara penyumbang terbesar kepada gejala sosial. Ada sebuah rumah anak yatim yang rata-rata penghuni lelakinya penghisap rokok yang aktif akibat dari kemewahan yang mereka terima hasil sumbangan orang ramai.

Atas dasar perikemanusiaan inilah pelajar2 UIA, Taman Ilmu dan Budi datang dan datang lagi membuat aktiviti dan menjalin hubungan erat dengan anak-anak tersebut. Malangnya mereka tak mampu memberi sumbangan besar macam ahli koporat. Malah kata2 seperti “Semalam kita orang dapat Kentucky. tapi.kakak asik2 bawa nasi lemak” dah biasa didengar dari anak-anak yang biasa dimewahkan oleh para penderma.

Alangkah baiknya kalau ramai yang menyumbang dalam bentuk penajaan projek pendidikan. Tak mahal manapun malah lebih murah dari kos sebuah jamuan Hari Raya. Projek anak-anak yatim anjuran CENSERVE kekurangan dana untuk membeli buku-buku latihan anak-anak tersebut semasa aktiviti bimbingan akademik.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai