Tetapi sekarang Amerika sudah mula berbunyi, Kesatuan Eropah yang pada awalnya mendapat kritikan kerana tidak berbuat apa-apa juga sudah mengorak langkah menghantar 'peace negotiator' mereka menemui Mubarak. Ketua masing2 mula bergerak membincangkan apa yang harus dilakukan ke atas Mesir dan negara2 Islam yang semakin bergolak. Pergolakan Mesir akan menjejaskan kepentingan barat juga.
Tetap....Eh....di mana OIC dan Liga Arab? Masih tiada apa2 berita tentang keduanya. Para ulama' Islam juga diam seribu bahasa. Bukankah OIC dan Liga Arab yang sepatutnya memerah otak mencari jalan penyelesaian di Mesir. Setelah 10 hari berkrisis, negara Mesir sudah kerugian berbilion dollar yang menambahkan lagi kemiskinan rakyat yang sememangnya sudah sedia miskin.
Masih beginikah pimpinan negara2 Islam. OIC masih oh I see tanpa tindakan. Orang kafir begitu pantas mencari jalan untuk memastikan kita tidak bisa bangun. Tetapi kita masih tunggu dan lihat....... akhirnya orang lain yang menentukan nasib ummah dan kita tinggal meratap. Allahu akbar.
Salam Kak Nelli...
Tahniah atas kelahiran blog baru.
Mengenai apa yang berlaku di Mesir, Syeikh Yusuf Qaradawi mmg sentiasa mengeluarkan pendapat mengenainya semenjak ia bermula 25 Januari lepas, kerana beliau merupakan rakyat Mesir walaupun berada di Qatar. Malah persatuan Ulama telah mengeluarkan fatwa berkaitan apa yang berlaku di Mesir.
Manakala setiausaha Liga Arab pula Amru Musa, juga orang Mesir, tetapi ramai juga tertunggu-tunggu apakah kenyataan Amru Musa mengenai apa yang berlaku.
Cuma sekarang ramai mempersoalkan siapakah bakal pengganti Hosni Mubarak kerana tiada tokoh yang benar2 berkaliber dan turut serta sepanjang tunjuk perasaan ini. Manakala Al-Baradai, diantara pimpinan pembangkang yg lantang bersuara juga, sekajap ada sekejap tiada, dan dia pula dikaitkan dgn US.
Semalam Syeikh Yusuf Qaradawi mengeluarkan pendapat agar penduduk Mesir menyokong tindakan pemuda, tetapi persoalannya siapakah bakal pemimpin mereka?
Salam Aliza,
memang Syeikh Yusuf Qardawi sangat banyak mengeluarkan pandangan, tetapi ummah mengharapkan penglibatan lebih ramai ulama tampil bersuara dalam keadaan begini.
Salam Aliza,
Terima kasih. Kita sama-sama doakan ummat Islam berjaya.