PRIDE AND PREJUDICE BUDAYA SIAPA?


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Ramai diantara kita yang mengetap gigi kerana geram apabila PBB hanya akan menyiasat senjata uraniam yang digunakan Israel di Ghaza. Penubuhan tribunal untuk membawa Israel dan Amerika ke muka pengadilan atas jenayah perang langsung tidak timbul. Masyarakat Islam mula digulakan2 seolah2 memberi harapan baru apabila Obama menghubungi pemimpin Islam sebaik saja acara perlantian beliau selesai. Kehebatan Obama berpidato memang mengkagumkan. Namun majoriti ummat Islam masih sangsi. Dan seperti kebiasaan yang selalu berlaku sebelum ini......orang Islam amat mudah lupa dan sangat pemaaf.

Pengakuan Bush "I made a big mistake" kerana menyerang Iraq diterima begitu saja oleh dunia tanpa sebarang hukuman. Terlepaslah sang drakula yang menyedut ribuan darah orang Islam. Kezalimannya ditutup dengan tandangan Obama untuk mengarahkan penutupan penjara Gautanamo.

Kekejaman Israel akan dilupakan dalam masa terdekat. Dunia akan kembali memberi simpati kepada Israel atas perjuangan mereka untuk memilik tanah air sendiri walaupun sebenarnya mereka sudah menjadi penakluk dunia melalui Amerika. Mereka boleh memiliki seluas mana pun tanah di Amerika tetapi tanah Palestin yang sekangkang kera itu juga yang dimahukan.
Sudah ada bukti bagi menidakkan cerita holocaust kononnya mereka dizalimi Nazi kerana mereka Yahudi.

Kebijakkan mereka mendendangkan lagu itu untuk menarik perhatian dunia cukup mempesonakan sehingga dunia hilang kewarasan akal. Kalau Jerman yang menindas mereka kenapa dendam ditujukan kepada Palestin.

Walaupun sudah terbukti kejadian 9/11 adalah perancangan orang dalaman Yahudi, bukan Al-Qaeda.
Tetapi kejadian itu juga yang digunakan untuk menghasut dunia mempercayai orang Islam adalah pengganas.

Walaupun sah2 Iraq tidak memiliki senjata. Mereka menyerang juga.

Semua orang tahu, dengan kecanggihan peralatan teknologi, bila2 masa saja mereka boleh menemui Osama, dan dengan mudah mereka boleh menemui senjata Hamas.

Mereka mebiarkan Osama hidup supaya mereka boleh terus menyerang negara Islam yang dituduh menyembunyikan Osama melalui cerita rekaan mereka.

Dengan alasan untuk mencari Osama, rakyat Afghanistan terus diserang dan dipecahbelahkan dan mereka terus menuju kehancuran dan dalam masa yang sama minyak merka disedut dengan rakus.
Atas alasan Iraq menyimpan senjata, beribu2 saudara kita Iraq dikorbankan. Sisa2 khazanah Islam di kota Ilmu Baghdad hancur buat kali kedua. Beribu2 buku dan karya2 ilmuan Islam dihanyutkan ke sungai dan sungai bertukar menjadi warna hitam dengan dakwat sewaktu Baghdad ditakluk kaum kafir buat pertama kali dahulu.

Atas alasan mencari pejuang Hamas maka anak2 kecil yang tidak berdosa dizalimi begitu rupa. Askar2 Israel sendiri mangaku bahawa mereka aka rasa resah kalau dalam dalam seminggu tidak dapat mendera seorang Palestin. Mereka merasa berdosa pada tuhan kalau tidak dapat membunuh orang palestin. Membunuh lebih seribu dan mencedarakan 6 ribu palestin dalam beberapa hari saja di Ghaza bermakna mereka mendapat kepuasan yang besar untuk dpersembahkan kepada tuhan mereka.
Alasan yang diberikan hanya sebagai alasan rapuh supaya mereka boleh menghancurkan orang Islam.

Dunia dimomokkan dengan hasutan orang Islam sebagai pengganas dan Amerika lah penyelamat dunia. Orang yang tidak buta sejarah semua tahu dalam mana2 pemerintahan Islam tidak pernah penganut agama lain ditindas. Kedtangan Yahudi ke Palestin dahulu disambut dengan baik dan diberikan egala bantuan oleh pribumi Palestin. Tetapi kerana sudah menjadi dasar Yahudi, kebaikan dibalas dengan kezaliman. Beratus2 tahun orang Islam dizaimi dalam penguasaan pemerintahan Kristian dalam perang Salib, tetapi orang Kristian dijaga dengan baik semasa Salehudin Al-Ayubi memenangi peperangan itu.

Di Malaysia sendiri, kerana baiknya pemerintahan orang Melayu, orang Cina dan India mendapat segalanya tanpa perlu mengasimilasikan budaya dan cara kehidupan harian mereka dengan budaya tempatan. Orang Cina lebih Cina dari orang di negara China, orang India lebih India dari mereka di negara India dan orang Jawa lebih Jawa dari mereka di pulau Jawa. Keadaan yang tidak akan ada di mana2 dunia ini kecuali kalau mereka adalah sebagai penakluk. Orang China di Amerika hanya hujung namanya saja berbunyi China dan di Indonesia kesuluruhan namanya diubah tanpa ada saki baki elemen kecinaan.

Memang betul, Islam pembawa rahmah ke suluruh alam. Orang Islam perlu menyebarkan kasih sayang bukan saja sesama Islam tetapi kesuluruh umat manusia. Tetapi apakah kaedah kita yang salah maka kasih sayang yang kita berikan dibalas dengan kezaliman? Ataukah memang sudah disuratkan dalam taqdir Allah bahawa Orang Islam dizaman ini akan menjadi seperti bueh dilautan atau seekor gajah yang boleh mati digigit semut.

Dalam dunia ini ada 3 golongan manusia:

1. aktif

2. tidak aktif

3. reaktif

4. proaktif

Saya rasa rata2 orang Islam tergolong ke dalam kumpulan ke 2 dan ke 3 iaitu tidak aktif dan reaktif.
Kalau pun ada yang aktif tetapi aktiviti tidak tersusun. Saf kita bertaburan. Kita saling bertelagah walaupun perkara yang kecil. Budaya dengan unsur 'pride and prejudice' begitu tebal dalam kehidupan. Sehinggakan untuk membuat tabung palestin pun berperang siapa yang patut nobatkan sebagai 'champion' supaya nama kumpulan mereka tertera di dada akhbar.......itulah 'pride' yang merosakkan bangsa kita dan kita sendirilah yang jadi perosaknya.

Sifat saling tidak mempercayai terlalu sukar untuk dikikis. Kita dipisahkan2, diceraikan2 melalui fahaman politik, kenegerian dan berbagai2 lagi yang akhirnya anak2 kita hanyut dalam arus budaya tidak menentu dan orang lain yang mengaut keuntungan.

Semalam seorang rakan bertanya , " Macam mana pilihanraya kampus (pilihanraya SRC)? Group mana menang?"

"Budak2 WUFI, Maaruf Club boleh menang, tak?" Soalan yang agak tidak menyenangkan saya.

Pertama, kerana saya sudah bertahun2 tidak terlibat dalam urusan pilihanraya kampus.

Kedua, saya masih menyedihi suasana di mana anak2 saya di UIA ini dipecahbelahkan melalui fahaman kepartian yang sangat cetek. Ini hanya menghasilkan semangat 'group victory' bukan ummatic victory.

Ketiga, pelajar2 sekarang masih lagi belum matang apabila bersaing. Kaedah yang digunakan dalam mengenahkan isu lebih berbentuk emosi bukan rasionaliti. Penyakit "pride and prejudice' yang kronik di dalam diri mereka yang berada di barisan hadapan sebagai pemimpin pelajar sangat menebal.

Dengan penyakit ini bolehkah kita menuju kepada pencapaian objektif ke arah 'ummatic victory'.

Solan berikut ditanyakan "Betul ke puan 'bias' pada kumpulan pelajar tertentu?"

Saya jawab balik "Saya terlalu menyayangi semua pelajar, mereka tak tahu."

Saya pulang ke rumah jam 7 malam dan sepanjang perjalanan terbayang kisah2 bersama anak2 didik melayan perbualan mereka kadang2 sampai jam 3 atau 4 pagi semasa bersama mereka dalam program. Masa2 yang begitu cukup berkesan untuk mendidik mereka membuka minda menjadi insan yang berguna pada ummah.....guru2 mengistilahkannya 'the most teachable time'.

Tugas utama kita di UIA ini adalah untuk melahirkan 'the heaven class graduates' Biarlah mereka menjadi champion untuk menyatukan ummah. Dalam masa yang Allah berikan yang belum tentu panjang tempohnya ini teruskanlah usaha meramaikan lagi 'the heaven class grduates' ini dari menara ilmu "IIUM the heaven class university".

Sebahagian mereka sekarang sudah berada dipuncak dunia yang tinggi melangit. Yang masih sedia turun ke bumi sekali sekala....alhamdulillah!!! Didik dan bimbinglah mereka. Sediakan diri anda sebagai mentor yang baik untuk mereka.

Pride and prejudice ini sesungguhnya bukan budaya kita.

Sewaktu berusia 13 tahun saya pernah membaca sebuah novel Inggeris dengan tajuk yang sama.....so, budaya ini adalah budaya orang kafir bukan kita.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai