Lukisan oleh Hazim Azami |
Kakak dan ibang ipar saya lulusan ekonomi. Hampir ke semua anak mere terlibat dalam bidang ekonomi untuk karier masing-masing. Saya dan suami lulusan sains dan lima dari 6 anak saya menggilai matematik di sekolah dan memilih aliran sains di universiti.
Faktor genetik mungkin hanya membezakan pewarisan gen otak bijak atau tidak bijak, tetapi bukan gen ekonomi atau. sains. Malahan kebijaksanaan anak itu bukanlah bergantung sepenuhnya kepada faktor genetik.
Saya masih ingat hampir 30 tahun yang lepas semasa masih menjadi pelajar dalam bidang genetik di Universiti Malaya, saya membuat senarai soalan-soalan kepada calon suami untuk meyakinkan saya bahawa ia mempunyai latarbelakang keluarga yang genetiknya baik untuk memberikan saya bakal cahayamata yang bijak......perancangan untuk misi umatik juga. Waktu itu saya amat terpengaruh dengan cerita seorang saintis wanita rusia yang melakukan tindakan yang amat luar biasa untuk memastikan dia dapat melahirkan anak yang luar biasa bijak dan ternyata dia berjaya walaupun penghujung misinya dia gagal sebab anaknya hanya bijak dari segi IQ semata2.
Saya yakin personaliti anak amat banyak bergantung kepada cara ibubapa mendidik anak mereka dan apa bentuk pendedahan yang dibentangkan kepada anak itu semasa mereka membesar. Bagi menentukan kehidupan mereka seimbang dan lebih sempurna, maka faktor agama dijadikan dasar utama.
Kaedah bagaimana kaum ibu yahudi memilih makanan tertentu dan amalan asahan minda ibu semasa mengandung serta pendedahan awal aktiviti menguatkan otak anak sejak kecil telah terbukti menghasilkan belia yahudi yang dikenali sebagai kelompok belia yang bijak dan cekap di dunia.
Barack Obama dilahirkan oleh seorang ibu yang amat gigih dan keras. Dia keluar dari kebiasaan wanita Amerika pada zamannya. Meninggalkan keluarga di usia 17 tahun, meneroka dunia bersendirian tanpa gentar membuatkan beliau tegar melepaskan anaknya supaya hidup tanpa sebarang kemanjaan. Beliau mengikut obsesinya terhadap kajian kemanusiaan dan melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang itu sehingga sanggup tinggal di Indonesia, negara yang asing dan kemudian meninggalkan anak lelakinya dalam jagaan keluarga bekas suami di Indonesia. Obama kemudian tinggal bersama nenek dan datuknya dan belajar hidup tanpa ibu atau bapa di Hawai. Obama didedahkan kepada kehidupan yang keras. Pernah Obama meminta ibunya memasak 'cookies' untuk dibawa ke sekolah seperti kawanya2 yang lain, tetapi dijawab oleh ibunya, "Ibu kamu adalah wanita tunggal, ibu tunggal yang terlalu banyak untuk dilakukan. Jangan minta benda2 seperti itu. "
Dia memburu Ph.D. Dia memburu kebebasan tetapi tetap memastikan yang anaknya perlu belajar tinggi, berada di tengah2 orang biasa tetapi berdiri tegak sebagai orang luar biasa. Ibunya tegak sebagai wanita berkulit putih di tengah2 masyarakat Indonesia yang begitu asing dan Obama pula tegak sebagai presiden berkulit hitam didalam barisan presiden2 berkulit putih. Keduanya2 berani menjadi manusia luar biasa di tengah2 yang biasa. Obama dilatih untuk tidak takut menjadi orang asing. Sewaktu dibuli oleh rakannya2 di Indonesia, rakan2 lain cuba menolong tetapi ibunya melarang, "Don't help him. He knows what to do."
Seorang lagi tokoh hebat bernama Severn Cullis Suzuki, anak kepada Prof. David Suzuki warga Kanada keturunan Jepun. Ayahnya melalui kehidupan pahit semasa kecil yang hidup pindah randah sebagai orang asing. David seorang pakar genetik dan pejuang alam sekitar yang gigih dan disegani di seluruh dunia. Sebagaimana Obama, David berjaya sebagai orang jepun yang berjaya tegak sebgai orang asing di tengah masyarakat orang putih.
Anak gadisnya, Severn, didedahkan kepada kesedaran mempertahankan alam, keberanian berbicara tentang kepincangan manusia menguruskan alam. Dalam usia 8 tahun, Severn sudah menubuhkan kelabnya sendiri bagi menyelamatkan alam sekitar bersama rakanya2. Dalam usia sekecil itu dia mengaturkan tunjuk perasaan bersama rakan sebaya di kawasan perumahannya..
Dalam usia 12 tahun dunia dikejutkan apabila dia dan rakannya2 meminta dibenarkan berbicara dalam sidang puncak antarabangsa tentang alam sekitar yang dihadiri para pemimpin seluruh dunia anjuran Bangsa2 Bersatu. Severn dan rakannya2 mengumpulkan dana sendiri untuk membeli tiket kapalterbang. Dunia dikatakan terdiam seketika dengan kepetahan si kecil itu berbicara tanpa sedikitpun rasa takut.
Severn dididik menjadi kanak2 luar biasa di tengah kanak2 lain yang biasa. Kehidupan remajanya jauh lebih maju dari remaja lain. Umur 14 tahun telah menghasilkan bukunya sendiri dan rancangan tvnya sendiri mengajak kanak2 menyayangi alam sekitar.
Severn benar2 anak ayah yang terhasil dari acuan yang disediakan sang ayah melalui pendedahan terhadap alam dan kehidupan orang lain yang berdepan dengan keperitan hidup. Walaupun dalam kehudpannya sendiri dikelilingi kesenangan sebagai anak seorang profesor, tetapi mindanya dipenuhkan dengan maklumat tentang alam dan kehidupan. Hasilnya dalam usia muda beliau lebih hebat dari ayahnya.
Ibu Obama dan ayah Severn memberi suntikan minda kepada anak masing2 melalui pendedahan kepada kehidupan luar biasa supaya anak mereka tidak hanya menjadi anak yang biasa-biasa. Kedua2 mereka sentiasa berdialog dengan anak2 mereka dengan hujah2 yang membuat anak mereka berfikir.
Semua anak dibekalkan dengan minda kritis (crtical mind). Ibubapalah yang mengasahnya supaya dapat berkembang dengan sempurna melalui penerokaan terhadap benda2 baru setiap hari. Saya masih ingat membawa anak2 saya bermain di padang bola UIA P.J. Saya mengajak mereka duduk dan bercerita tentang rumput. Sebelumnya saya membekalkan diri dengan maklumat tentang rumput dari buku sains. Saya masih terbayang bagaimana mulut anak2 saya yang belum pun usia tadika terlopong dengan cerita rumput saya dan melompat2 seronok melakukan apa yang saya suruh untuk aktiviti selanjutnya untuk mengenali jenis2 rumput.
Saya mungkin tidak sehebat ibu2 Melayu lain menyediakan masakan yang enak2 untuk anak setiap hari. Mungkin kerana kesusahan hidup waktu kecil, mengisi perut dengan makanan enak bukan keutamaan saya. Maka saya lebih banyak memperuntukkan masa untu memasak minda anak-anak dengan aktiviti luar dari memasak makanan untuk perut mereka. Mungkin juga kerana saya terlalu ketakutan dengan kandungan makanan untuk anak menyebabkan pilihan makanan untuk anak juga terhad. Milo tidak bergula dan sayur yang daunnya berulat mungkin saja agak pelik bagi orang lain tetapi itu adalah menifestasi dari ketakutan saya tentang kandungan kimia bahaya yang masuk ke perut anak2.
Saya yakin bahawa aktiviti berdialog dengan anak sejak mereka kecil dan semakin kerap apabila mereka semakin dewasa memberi impak yang besar terhadap pemikiran anak-anak dan hubungan mereka dengan keluarga.
Saya masih ingat bagaimana mata anak kecil saya memancar2 mendengar saya menjawab soalannya 'macam mana kita boleh melihat benda-benda'. Mata yang sama juga memancar2 apabila dalam usia 22 tahun saya menjawab soalannya tentang wanita. Tetapi saya terdiam apabila dia berkata,"... nak cari isteri macam ibu."
Ibubapa sering melakukan kesilapan dengan membiarkan komunikasi terhenti apabila anak2 meningkat remaja kerana mereka melihat anak mereka sudah mempunyai dunia mereka sendiri yang tidak selari dengan citarasa ibubapa.
Memberi suntikan minda melalui pendedahan kepada pengalaman hidup tidak memerlukan ijazah yang tinggi2. Ia hanya memerlukan sedikit kekuatan minda, usaha dan pengorbanan dari ibubapa untuk membukakan mata anak2 bahawa alam ini penuh dengan pengajaran. Memanjakan diri dengan segala kesenangan tanpa memberi peluang untuk diri berfikir hanya akan membantutkan otak dari menerima pengajaran itu.
Assalamualaikum
Pada ibubapa yang tidak berapa tinggi ilmu didada, rasanya galakan dan peransang kepada anak-anak mungkin membantu juga dalam mencapai cita-cita untuk menjadi seorang anak orang yang berilmu.
salam..
artikel ini amat menarik...especially untuk ibu2 muda hari ini..kurangnya komunikasi dengan anak-anak memberi kesan minda dan tingkahlaku mereka untuk akan datang..berbanding dengan ibu2 dulu tidak berkerjaya, mereka ada masa untuk berborak dengan anak2,,,,hal yang demikian komunikasi amat penting, even pendidikan ibubapa dan anak2 tinggi..namun komunikasi dengan ahli keluarga amat berbeza caranya..kasih sayang dan cara penyampaian yang berhemat dan halus perlu diamalkan...insyaallah ini lah yang dapat membina keluarga yang harmoni dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Wkm salam, kunang-kunang & azie,
Tma kasih...amat setuju dg pandangan anda berdua
Kak Nelli, bagaimana menghadapi anak yang agak degil. Anak saya dah darjah 5 tetapi masih sangat playfull. Mandi terlalu lama, bersepah, tidak berdisilin dan suka menjawab. Anak saya yang lain alhamdulillah.Hanya dia sorang yang mencabar kesabaran saya. Dia juga agak lemah dalm pelajaran. Malam hari tumpuan saya hanya mengajar dia. Saya perlukan tips dari kak nelli..tkasih
Dia bukan degil kot. Mungkin agak kreatif atau ingin perhatian atau sedang mencari identiti diri. Dia perlukan sokongan dari kita. Jangan berhenti mencari teknik berkomunikasi yg sesuai dengan. Setiap anak perlukan teknik yg mungkin berbeza dg anak lain. Yang sama hanyalah doa kita. Kak neli banyak menggunakan pembacaan doa dan ayat suci pada air dalam jug selepas solat malam dan bagi anak minum.
Kadangkala teknik meraih simpati juga berkesan
Jangan sesekali mengikut perasaan marah yg tak terkawal.
Assalamualaikum izinkan saya link ke entry ini dalam satu artikel saya. terjumpa blog menarikini semasa blog walking di gugel
tq.