Dua kotaraya yang jauh berbeza tetapi ada satu kesamaan yang tak mungkin luput dari lipatan sejarah. Rakyat Phnom Pehn pernah dizalimi penguasa dibawah rejim Pol Pot yang asalnya adalah seorang guru sekolah yang sangat penyayang tetapi kemudian bertukar menjadi makhluk yang amat ganas. Diceritakan bahawa kalau seorang lelaki disyaki sebagai penentang, keseluruhan keluarganya akan dikumpulkan ditempat penyiksaan. Yang lelaki akan diikat dan dibaringkan di atas simen, kalau bergerak walaupun sedikit akan dipukul dengan besi. Orang perempuan akan ditebuk dahinya dengan alat seperti drill sehingga tembus ke belakang kepala di depan suami mereka. Anak kecil akan dibaling ke atas dan ditembak di depan ibubapa mereka. Sehingga kini masih ramai yang trauma akibat perang saudara. …..leburnya nilai kemanusiaan di bumi Allah kerana kerakusan manusia pada kuasa. Di Rome sebuah panggung besar yang boleh memuatkan beribu2 penonton dibina khas dipanggil Coleseo untuk perlawanan manusia sesama manusia yang dipanggil gladiators atau perlawanan antara manusia dengan binatang buas yang dibawa dari Afrika. Bangunan itu dibina selama 30tahun oleh hamba yang dikerah bekerja tanpa apa2 alat bantuan. Setiap perlawanan akan berakhir dengan kematian. Sang Raja dan juaknya2 serta rakyat Rome akan merasa terhibur melihat hamba sahaya yang dijadikan bahan tontonan mati berlumuran darah. Budaya ini berterusan lebih 200 tahun. Dikatakan berjuta2 hamba telah mati dalam acara ini…..leburnya nilai kemanusiaan kerana limpahan kemewahan dan kuasa. Kejatuhan empayar Rom ke tangan pemerintah Uthmaniyyah adalah satu rahmat bagi mengembalikan nilai2 kemanusiaan ini. Tapi sayang cuma sekejap.. Rome yang terkenal dengan seni tetapi lukisan dan ukiran2 yang dihasilkan lucah2 belaka. Patung orang berbogel dianggap seni yang ternilai. Seni orang Kemboja lebih bersopan. Secawan kopi di Phnom Pehn cuma 50 sen tetapi di Rome harganya dalam RM20, itupun cawan kecil yang sangat kecil. Orang2 di Rome megah dengan pakaian mahal. Orang Malaysia akan merasa hebat membawa jenama2 seperti Prada, Guci, Guess ...made in Italy. Orang Phnom Pehn memakai baju yang diulangpakai entah berapa kali. Kaum wanita Islam Phnom Pehn ada yang berkongsi satu telekung untuk 2 atau 3 keluarga. Di lorong2 Phnom Pehn ramai orang tidur bergelempangan di bahu jalan….di lorong Rome….eh rupanya ada juga yang tidur ditepi2 jalan kerana tiada rumah. ….tidur dalam cuaca sejuk rasanya lebih derita berbanding di Phnom Pehn. Sembilan hari di Italy bersama suami amatlah bermakna untuk menilai kehidupan yang dianugerahkan Allah swt. Di sini sudah ada masjid yang dibina oleh Pusat Islam Rome. Kewujudannya banyak ditentang oleh orang Rome, sehingga ada yang mengusulkan supaya gereja juga dibina di Mekah. Lebih kurang 25,000 penduduk beragama Islam di kota suci orang Katholik ini. Salah seorang yang aktif adalah bekas paderi yang masuk Islam….AlhamduliLlah.
posted by Martinelli Hashim