Gambar dari http://www.flickr.com/ |
Kekecohan pagi ini di pejabat apabila diberitakan seorang pelajar Ekonomi dari Afrika ditemui meninggal dunia di biliknya di Mahallah Bilal, UIA Gombak. Dikatakan bahawa jurucuci asrama mensyaki sesuatu berlaku apabila melihat dari luar, tingkap cermin bilik di penuhi lalat. Pelajar itu, Mamadou Aliou Diallo, 25 tahun sudah seminggu meninggal dunia tanpa diketahui kerana tinggal bersendirian setelah teman sebilik balik kampung untuk cuti semester.
Gambar dari putrarocker.blogspot.com |
Sekali lagi Mahalah Bilal menukilkan sejarah dengan kematian seorang lagi pelajar selepas kejadian beberapa tahun lalu.
Kesedihan buat keluarga beliau di Nigeria yang sudah tentu mengharapkan kepulangannya membawa ijazah tetapi beliau pergi menghadap Tuhannya semasa ilmu di bumi bertuah ini. Moga roh beliau ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh di bulan yang penuh rahmah ini.
Innalillah... Kita akan menyusul kemudian jua nanti.
Mahallah Bilal... saya suka asrama saya di situ:)
Takziah untuk arwah...4 tahun sy berada di mahallah bilal..macam2 kenangan pahit manis telah dilalui situ...
al-fatihah
innalillahi wa inna ilaihi rajiun. moga Allah tempat dia dan kita semua di syurga Allah dan dibebaskan dari azab. ameen...