Sudah 6 tahun tinggal di Ulu Gombak ini. Sebuah rumah yang masih dikelilingi hutan. Di depan bukit, di belakang sungai yang kadang-kadang airnya amat deras dan kadang-kadang lembut mengalir membawa daun-daun kayu. Tidak jauh dari rumah kami ada kampung Orang Asli.
Rumah yang dihuni oleh 4 generasi termasuk ibu, kami suami isteri, anak-anak, menantu dan 2 orang cucu adalah pondok impian kami sejak mendirikan rumahtangga 28 tahun yang lalu. Ia merupakan lambang kasih yang dibina selepas perkahwinan. Kami masih yakin dengan 'extended family' dan anak menantu masih rasa selesa tinggal bersama menikmati siuasana riuh rendah apabila semua pulang ke rumah. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa.
Halaman rumah kami sering diziarahi mergastua yang tidak diundang. Ada monyet, ada burung dan sesekali 'pak B' hutan menyelongkar ubi kayu di belakang rumah. Ini tempat mereka dan kami adalah pendatang. Kicauan burung dan semerbak bau bunga jasmin amat menyegarkan pagi-pagi kami di sini.
Dari anjung belakang
Pagi ini selepas pulang dari surau, kedengaran bunyi hujan yang tiba-tiba turun mencurah-curah. Moga-moga ini adalah hujan rahmat buat seisi bumi.
Sudah lama tidak punya kesempatan merenung keluar jendela agak lama. Di sana ada bukit dan pokok-pokok yang menyejukkan pandangan. Pemandangan yang indah ini adalah anugerah Allah yang tidak semua orang dapat nikmati.
Dinginnya pagi ini mencucuk hingga ke tulang. SubhanaLllah..
Pokok jasmin
Teringat kata-kata ustaz dalam tazkirah subuh minggu lepas. Manusia disuruh berfikir tentang alam dan penciptaannya, tetapi kita penuhi fikiran dengan dunia dan kemanisannya. Kita tinggalkan suruhan Allah dan terikut suruhan nafsu dan iblis.
Curahan hujan dan kedinginan pagi ini membuat saya berfikir sebentar.
Bagaimana mungkin kita boleh berfikir seperti yang disuruh sekiranya kehidupan kita hanya sekadar untuk diri sendiri. Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah kita mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita.
Kita juga sering lupa bahwawa pada zarah yang kecil ini dan masa yang begitu pendek inilah titik penentu di mana tempat kita yang kekal nanti.
Kita sering lupa walaupun dunia ini begitu kecil tetapi ianya tidak terlalu kecil untuk mendidik diri menjadi manusia berjiwa besar….hanya kita saja yang sengaja menyempitkan jiwa dengan urusan dunia melalui sifat tamak haloba.
Masa yang Allah beri begitu pendek untuk kita hidup di dunia, tetapi ianya tidaklah terlalu pendek untuk kita menabur budi kepada mereka yang memerlukan.Terlintas dalam fikiran saya,
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"
matahari hanya sebesar zarah di sini, apalagi bumi
Artikel yang ditulis dalam blog ini adalah hasil tulisan saya sendiri kecuali yang dinyatakan sumbernya. Semoga anda mendapat manfaat darinya.......
Martinelli Hashim
Kuala Lumpur
Kasih sayang itu menenangkan dunia
DASHBOARD
Sila tekan butang berhenti sekiranya tidak mahu bunyi
Followers
Petikan bicara dari blog Bila Embun Menitis
Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi
Martinelli Hashim
"Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya. Berbicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yangtinggi"
Martinelli Hashim
Carilah ilmu agar kita tidak mudah ditipu dunia. Ilmu didatangi, ia tidak mendatangi. Batasnya langit yang luas, syaratnya usaha yang keras. Dengannya tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki, tiada laut yang terlalu dalam untuk diselami.
Martinelli Hashim
Apabila bergaul sesama insan..
Bukalah hati untuk menyantuni mereka , insyaAllah, ianya akan tertutup dari tamak haloba. Tutuplah hati dari menagih dunia, insyaAllah ia akan terbuka untuk diisi dengan rahmatNya.
Martinelli Hashim
""Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita."
Martinelli Hashim
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"
Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalahpembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita. Martinelli Hashim
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah.
...terasa sedang menikmati udara segar di kawasan rumah anda..ahhhhh..damainya...alhamdulillah atas kurniaan Mu ya ,tuhan...
Terima kasih, mamaijat.