Namun kami berdua tetap melakukannya kerana terikut-ikut dengan suasana keliling. Ibu hanya senyum tanpa mengucapkan terima kasih kerana budaya Melayu tidak membiasakan ibu berterima kasih kepada anak.
Kini saya sudah punya peranan yang lebih luas, sebagai anak, isteri, ibu dan juga nenek. Rumah kami didiami oleh 4 generasi, moyang, nenek, ibu dan cucu. Memang amat mencabar kerana jarak usia yang jauh dan pendedahan yang berbeza maka setiap generasi perlu membina kesabaran yang tinggi.
Ibu saya dengan umur 81 tahun, melalui keperitan hidup waktu muda sekarang amat sensitif dan mudah merajuk apabila anak-cucu tersalah bersuara. Rajuknya akan mengalirkan airmata yang membuat kami ketakutan setiap kali tersinggung dengan kata-kata anak-cucu.
Anak2 saya dari genersai Y dan Z banyak terdedah dengan kehidupan masakini sudah tentu mempunyai cita rasa tersendiri. Mereka tidak pernah merasa susah seperti nenek. Mereka tidak pernah tinggal di kampung mengerjakan sawah ladang di bawah terik matahari seperti nenek. Mereka tidak pernah berhempas pulas untuk hidup seperti ibu mereka waktu kecil.
Jurang informasi antara nenek dan cucu amat besar sekali membuatkan masing2 mempunyai perspektif kehidupan yang berbeza. Adakalanya terlepas juga kata2 dan perbuatan yang tidak sesuai dengan telinga nenek. Nenek marah cucu asyik mengambil gambar yang dianggap membazir kerana nenek menyangka kamera masih menggunakan filem. Nenek akan marah apabila membeli peralatan dapur tanpa izinnya. Nenek tidak akan makan masakan selain masakan yang sudah dibiasakan sejak berpuluh2 tahun dulu.
Sebagai anak, di Hari Ibu saya bertekad, "Biarlah ibu melakukan seribu kerenah sekiranya itu yang membawa barakah dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat. "
Sebagai ibu, saya bertekad untuk menghabiskan sisa2 usia untuk sentiasa membantu anak cucu apabila diperlukan.
Saya katakan kepada anak2
"Jagalah hati nenek baik2. Nenek sudah banyak berkorban. Nenek tidak punya apa2 lagi di dunia ini kecuali cucu2 yang disayanginya. Sebagai cucu perlu akur demi untuk kebahagiaan nenek yang sudah bersusah payah menjaga cucunya selama ini. Setiap malam nenek bangun solat hajat untuk cucu tetapi pernah kah cucu bangun malam melakukan solat hajat untuk nenek.
Kita tidak mungkin mengharapkan segalanya2 menepati citarasa semua orang. Anak perlu berusaha menyesuaikan diri dengan kehendak ibu. Cucu perlu menyesuaikan diri dengan citarasa nenek. Anak tudak boleh mengubah ibubapa. Cucu tidak boleh mengubah nenek kecuali dengan doa dan kata2 yang lembut yang tidak menyakitkan perasaan mereka.
Kesakitan yang amat sakit yang dirasakan oleh ibu adalah sakit melahirkan anak.
Kerisauan yang amat mengganggu fikiran ibu adalah apabila memikirkan masa depan anak,
Kesedihan yang amat melukakan ibu adalah disedihkan oleh perbuatan anak.
Kerinduan yang amat mendalam oleh ibu adalah rindu apabila berjauhan dengan anak.
Ketakutan yang amat hebat oleh ibu adalah menjaga keselamatan anak.
Kegembiaraan yang dicari ibu adalah kegembiraan yang diterima oleh anak.
Kebahagiaan ibu cuma apabila ia tahu anaknya cukup soleh untuk mendoakannya selesai anak solat."
Kepada anak-anak semua berusahalah menjadi anak yang soleh agar doa kalian untuk ibu dimakbulkan Allah. Tidak ada hadiah yang lebih besar dari itu untuk ibu sekiranya kalian menyayangi ibu. Doa anak yang tidak soleh tidak akan sampai. Tanyalah diri cukup solehkah kita agar ibu dapat hadiah doa dari kita?