Sudah 2 tahun kemarau melanda negara Tanduk Afrika. Kemarau terburuk sejak 6 dekad yang lalu. Somalia negara paling menderita dengan ribuan rakyatnya mati kelaparan setiap bulan.
Sahabat!
Seramai 99% rakyat Somalia adalah beragama Islam. Mereka adalah saudara kita yang wajib dibantu.
PBB mengisytiharkan beberapa daerah selatan Somalia sebagai zon penderitaan di mana beribu-ribu rakyat Somalia mati kelaparan akibat kemarau dan konflik politik. Separuh dari 9 juta rakyat Somalia dalam keadaan yang amat tenat dan memerlukan bantuan segera. Seramai 640 ribu kanak-kanak menderita kebuluran tahap tegar di selatan Somalia. Sebelum ini ibukota Somalia, Mogadishu menjadi salah satu tempat pelarian, tetapi bandar ini juga semakin tenat.
Mereka perlu berjalan ke Kenya, pusat pelarian terbesar di dunia. Perajalanan sehingga sejauh beratus kilometer di tengah padang pasir tidak menjanjikan perjalanan yang mudah untuk kanak-kanak, wanita dan mereka yang uzur.Sebahagian besar saudara kita itu mati dalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Mereka juga terdedah kepada penyamun sepanjang perjalanan.
Amat menyedihkan, ramai kanak-kanak yang sampai di khemah pelarian adalah tanpa ibubapa. Sebahagian ibubapa meninggal dalam perjalanan. Ada kanak-kanak kecil ini mengikut siapa saja apabila ibubapa tidak mampu lagi menjaga dan memberi makan. Mayat kanak-kanak dan bayi ditemui mati bergelimpangan kerana kelaparan.
Dikatakan juga bahawa kes buang bayi juga tinggi akibat gejala sosial atau wanita dirogol oleh pengganas.
Dikatakan angkara keganasan pihak militan menyebabkan bantuan makanan dari luar sukar untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Sahabat!
Somalia adalah negara Islam yang sangat hebat pada suatu ketika dahulu. Hijrah pertama para sahabat yang di arahkan Rasulullah saw ke Habsyah (Ethiopia) telah membawa cahaya iman kepada datuk nenek mereka dan mereka ingin mempertahankannya hingga sekarang.
Somalia sebenarnya negara kaya kerana memiliki uraniam dan minyak yang banyak dan pantai terpanjang yang sangat strategik untuk perdagangan dan pengkalan tentera. Kelebihan ini telah membuat barat ingin menguasainya. Maka diciptakanlah huru-hara dan perpecahan dikalangan mereka sebagaimana yang mereka lakukan ke atas umat Islam di negara-negara Islam yang lain.
Perang saudara yang begitu lama menjadikan rakyat menderita di tambah lagi dengan dugaan kemarau yang berpanjangan. Rakyat ingin bersatu tetapi barat tidak mahu itu berlaku kerana mereka tahu orang Somalia kuat beragama. Mereka dihasut dan terus dihasut agar bermusuhan.
Keadaan yang sangat tragis di Somalia kini menarik ramai aktivis kemanusiaan. Siapa yang paling responsif untuk membantu kalau bukan negara dan NGO bukan Islam? Apakah kita pasti yang bantuan mereka adalah bantuan kemanusiaan tulin tanpa agenda tersendiri?
HanyaTurkey, satu-satunya negara Islam yang sangat serius membantu dengan penghantaran 2 buah kapal makanan dan keperluan ubatan buat saudara kita. Negara-negara Arab masih dalam ketakutan.
Sahabat!
Kini nyawa dan iman rakyat Somalia menjadi percaturan. Serangan taun dan kebuluran menyebabkan setiap 100 saat seorang kanak-kanak mati. Kanak-kanak adalah pewaris kepimpinan ummat masa depan. Kebuluran dan penyakit akan melumpuhkan otak mereka.....bagaimana mungkin Somalia mampu meneruskan perjuangan tanpa orang-orang muda yang sihat. Kemiskinan akan menggugat iman mereka juga kerana Rasulullah saw pernah menyebut kefakiran boleh membawa kepada kekafiran. Bantulah mereka.
Sahabat!
Berita yang kita dengar hanya dari sumber barat. Kita tidak banyak mendengar dari sumber media Islam. Saudara kita di Somalia sedang menderita tanpa hebahan meluas. Negara jiran, Ethiopia dengan kejamnya sanggup melakukan jenayah dengan menghantar askar-askar menembak kumpulan yang ingin mempertahankan kesatuan negara tetapi dituduh pengganas. Mereka melakukannya atas hasutan barat.
Kini rakyat biasa menjadi mangsa sedangkan mereka hanya ingin setitik air untuk membasahkan tekak.
Anda boleh membantu mereka melalui tabung CENSERVE ....KLIK
.
posted by Martinelli Hashim on ummah
ya allah betapa beruntugnye diri ini..
terima kasih untuk perkongsian yang sangat berguna..
Sebab tu org islam perlu jd kaya
Supaya blh bantu saudara islam lain
Sebab tu org islam perlu jd kaya
Supaya blh bantu saudara islam lain