Mereka masih bersolat 5 waktu. Tetapi bagaimana agaknya mereka menghadap Allah dalam solat sedangkan mereka baru saja menyakiti hati, memfitnah dan memijak orang lain demi untuk mencari imbuhan pangkat dan pengaruh.
Demi untuk menghalalkan tindakan maka dilakukan penciptaan hujah2 yang seolah2 benar dengan menggunakan kepakaran berbicara sehingga kebenaran terus tenggelam dan kepalsuan diletakkan pada tahap teratas.
Allah mengurniakan kita hati sebagai alat pemberi amaran. Ia akan bergetar keresahan apabila kita melakukan sesuatu dosa, namun amaran2 itu sering tidak kita endahkan. Kita punya akal yang tahu bahawa setiap tindakan kita akan ada balasannya, namun kita biarkan akal itu dinodai sehingga menjadi cetek dan tidak mampu berfikir lagi.
Hadirnya kita ke dunia ini tidak lain, hanyalah bagi memikul amanah sebagai khalifah Allah. Dunia yang dikejar tidak pernah menjamin kepuasan.
Renungkanlah,
Hidup ini terlalu pendek. Waktu kita lahir kita diazankan dan waktu meninggal kita disolatkan. Begitulah panjangnya usia kita....hanya sekadar tempoh antara azan dan solat, tidak lebih dari itu.Tempoh yang pendek inilah penentu bagaimana nasib kita di 'sana' nanti. Rugilah manusia yang sibuk mencari kepuasan dunia yang terlalu kecil itu.
Beruntunglah orang2 soleh kerana kalau mereka mendapat kebahagian mereka akan mendapat kebaikan dari Allah dan apabila menerima musibahpun mereka mendapat kebaikan dari Allah.
Apabila dianiya doa mereka akan dimakbulkan.
Hatilah2, jangan menganiaya orang lain. Balasannya kalau tidak dapat pada diri sendiri, mungkin akan dapat pada anak cucu kita yang mungkin tidak mampu menanggungnya nanti.....A'uzubillah.
Kita tidak mungkin boleh hidup tanpa orang lain. Setiap orang itu ada haknya atas kita. Sekurangnya2 hak agar mereka tidak disakiti oleh perbuatan kita.