Nikmat dan derita menjadi ibu


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dua puluh tahun yang lalu langkah saya pernah terhenti dalam perjalanan ke tempat kerja kerana sukar menghilangkan bayangan wajah anak yang menangis meronta2 di muka pintu kerana tidak mahu ditinggalkan sebentar tadi. Deraian air mata si kecil yang baru berumur 3 tahun sudah cukup melemahkan semangat untuk meneruskan perjalanan. 

Apabila pulang ke rumah si kecil akan menunggu di depan pintu yang sama sambil melompat2 tanda kegembiraan bersama kakaknya yang hanya setahun lebih tua. Eratnya tangan anak merangkul seolah2 dia sudah menunggu seratus tahun untuk bertemu dengan ibunya. Suasana begitu berlanjutan bertahun2 sampai anak ke enam.

Dalam hati saya berkata “ Ya Allah betapa beratnya perasaan yang dialami anakku setiap hari. Penderitaan yang dia saja yang tahu. Apakah suatu hari nanti suasana akan terbalik? Dia keluar bekerja dan aku menantinya pulang dengan penuh kerinduan sedangkan rindu itu adalah penderitaan”.

Selepas anak2 besar dan kini memang benar perkara yang dibayangkan itu benar2 berlaku. Bermula dengan pemergian ke asrama. Selepas itu seorang demi seorang meneruskan pengajian. Lima orang sudah berlalu dan kini yang bongsu pula akan menyusul. Menanti kepulangan anak itu adalah satu kesakitan yang tidak dimengerti oleh anak..

Rupanya nikmat yang amat besar bagi seorang ibu ialah apabila anak2 berada selamat dalam pelukannya.

Jika anda seorang anak, fahamilah hakikat berikut.

Nikmat melihat kejayaan anak hanyalah bonus kerana hanya sebahagian ibu saja yang mendapatnya. Setinggi dan sebesar manapun anak itu kini, tetapi di mata ibu anaknya masih si comel yang baru belajar bertatih. Anak itu akan dipeluk apabila berjaya berjalan. Perasaan bahagia memeluk anak tidak akan terhenti walaupun si anak sudah besar panjang.

Penderitaan yang amat menyakitkan malah melebihi sakit bersalin ialah derita apabila diabaikan oleh anak atau apabila anak sudah tidak lagi mendengar kata2 ibu

Sakit bersalin akan hilang sejurus melihat wajah anak. Sakit rindukan anak juga akan terubat hanya apabila ada anak di sisi. Tetapi sakit apabila perasaan dilukakan anak kerana keingkarannya adalah lebih berbisa dari segalanya. Mungkin inilah sebabnya hukuman Allah begitu berat untuk dosa mengingkari ibu.

Derita si anak adalah derita ibu. Derita ibu belum tentu dirasai oleh anak.
Sebenarnya ada kontrak perjanjian yang tidak bertulis antara anak dan ibu.
”Ibu bersetuju untuk menempuh segala kesakitan dan kesusahan mengandung, bersalin dan membesarkan anak. Sebagaimana si anak bersetuju tanpa bantahan apa saja yang dilakukan ibu terhadapnya sewaktu dia masih bayi, maka apabila dia besar ia harus setuju untuk tidak menderhaka. Imbuhan kepada persetujuan ini adalah nikmat dunia dan nikmat akhirat. Sebaliknya sebarang pencabulan terhadap kontrak, neraka akan menanti”
Dalam kontrak ini tidak menyebut ibu wajib menjadi sahabat anak. Ini bermakna sekiranya ibu mempunyai ciri2 seorang sahabat itu adalah bonus untuk anak. Sekiranya ibu tidak mempunyai ciri itu atau ciri2 lain yang diimpikan oleh anak, sianak tidak boleh menuntutnya. 

Dalam kata lain anak tidak boleh mempersoalkan ciri yang ada pada ibu.
Memiliki ibu yang sangat memahami dan selari dengan cita rasa adalah nikmat dan sekiranya sebaliknya, itu adalah ujian pada anak. Ujian perlu ditempuh dan perlu lulus dengan sempurna bukan lulus bersyarat.

Walaupun ibu diberikan keistimewaan dalam Islam, namun tidak semua ibu bernasib baik mendapat anak2 yang ada kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab. Berapa ramai ibu yang menderita menahan perasaan semata-mata kerana gelagat anak yang tidak selari dengan apa yang diharapkan oleh ibu. 

Berapa ramaikah anak2 yang sedar bahawa ucapan ”Ish, mak ni tak fahamlah!” adalah cukup menyakitkan perasaan ibu. Bukankah dengan hanya kerana sepatah perkataan ”ah” oleh anak boleh menyebabkan anak masuk neraka.

Harapan ibu kadangkala disimpan dalam hati atau hanya dinyatakan secara tidak langsung. 

Contohnya, dapatkah si anak membaca senarai ciri2 seorang menantu yang ada dalam kepala ibu? Yang pastinya dalam senarai itu kesemua ciri2 yang dibayangkan adalah supaya anaknya bahagia dan hatinya tidak disakiti. Si anak pula hanya akan tahu ciri2 yang diingini ibu hanya selepas mengetahui ibu menolak atau menyetujui calon yang dikemukakan.

Ibu biasanya akan terluka apabila ia diberitahu hanya apabila si anak sudah membuat keputusan tentang pilihannya. Anak pula akan terluka apabila ibu terlalu berkeras dengan pendapatnya. Kelukaan ibu dan anak kadang2 membawa padah dalam kehidupan si anak seterusnya, hatta walaupun sekiranya satu hari nanti luka ibu sudah terubat apabila menantu yang tidak disukainya pada awalnya rupanya jauh lebih baik dari yang dia sangka. Kelukaan yang pernah dialami walaupun sudah hilang dan anak sudah diampunkan, kehidupan anak masih terjejas

Banyak kes2 rumahtangga bermasalah berpunca dari kengganan ibu merestui pilihanan anaknya pada peringkat awal hatta walaupun selepas itu si ibu amat menyayangi menantunya.

Betapa pentingnya redha dan doa seorang ibu yang solehah secara berterusan untuk kebahagiaan anak masa depan.

Jika anda seorang ibu.....bersambung pada entri yang lain

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai