Semasa Dr. Jemilah presiden Mercy bertanya kepada saya untuk mencari graduan UIA untuk bekerja dengan Mercy, saya terus mencadangkan nama Bro. Said. Beliau diterima dan terus menunjukkan commitment yang tinggi. Dalam pertemuan saya dengan Dr. Jemilah baru2, beliau cukup memuji Said. Sebelum ini Said mengetuai projek kemanusiaan di Sudan. Setahun di Sudan sudah tentu memberi impak yang besar pada mereka yang mendapat khidmat kemanusiaan dari Said. Beliau yang sepatutnya dihantar ke Myanmar rupanya dialihkan ke Palestin.
Selang beberapa hari seorang lagi graduan kita bernama Shima yang baru saja habis UIA akan bertolak ke Myanmar hujung minggu ini untuk menyertai projek bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan. Beliau akan berada di Myanmar selama 5 bulan. Shima juga aktif dalam Rakan Muda dan Paramotor UIA. Shima pernah mengikuti projek di Kemboja tahun lepas atas tajaan Kementerian Belia dan Sukan.
Keterlibatan Said dan Shima menambahkan lagi bilangan graduan kita dalam kerja2 kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.
Sebelum ini seorang lagi aktivis CENSERVE, Nor Ryzal, yang juga aktif dalam CENSERVE pernah tinggal di pulau Cocos, Australia sebagai pendakwah tajaan RISEAP selama 2 tahun.
Fauwaz Hasbullah bekas ketua CENSERVE Team tahun 1997 telah mengetuai Global Peace Malaysia, salah satu NGO yang aktif menjalankan program kemanusiaan di seluruh dunia.
Ramai lagi produk2 CENSERVE yang sekarang aktif di seluruh Malaysia dan di peringkat antabangsa membawa bersama semangat ummatic selepas melalui tarbiyyah UIA.
Saudara Muhtar Suhaili, bekas presiden SRC, sekarang aktif berdakwah walaupun berada di kemuncak kerjaya.
Semasa membaca blog http://86azhar.blogspot.com/ saya terasa kagum dengan aktiviti pelajar kuliyyah kejuruteraan ini, yang seangkatan dengan sdr Ashraf Latif, Hafizan, Ismail Jaafar, Shukor, Haidir dan pelajar2 lain yang telalu ramai untuk disebut yang hujung minggu mereka dihabiskan untuk berdaawah dan membantu mereka yang memerlukan.
Minggu lepas saya bersama sekumpulan graduan yang pernah menggerakkan projek Gemilang membantu pelajar2 sekolah yang kurang mampu dan lemah akademik. Mereka kembali menyerahkan diri untuk membantu projek ini walauoun masing2 sudah berjawatan tinggi dan berkeluarga.
Yang lain ramai yang bergerak secara senyap melalui tulisan dalam media atau blog seperti Roslan dan Iqbal.
Semasa berada di Istambul 2 tahun lepas saya bertemu dengan ramai bekas pelajar Turkey UIA yang sekatang terlibat secara aktif dalam NGO kemanusiaan dan kerja-kerja daawah.
Entri ini saya mula tulis seminggu yang lepas semasa serangan Israel sedang mengganas di Ghaza tetapi saya tidak sempai menghabiskannya untuk dimasukkan ke dalam blog. Sekarang diumumkan gencatan senjata di Ghaza. Petang semalam saya dapat berita sdr. Said akan kembali ke Malaysia dan akan digantikan oleh sdr Razii Pahlavi, juga graduan UIA yang sangat aktif dengan kerja2 kemanusiaan.
Mereka inilah 'the unsung heroes' yang membawa misi sebagai 'agents of change of the ummah'. Di mana saja mereka berada kehadiran mereka dirasai dan pemergiaan mereka meninggalkan sejuta kebaikan.
Kepada anak2 UIA yang membaca entri ini.....kalau anda masih aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan daawah, sudilah kiranya meninggalkan catatan untuk mudah dihubungi dan saling berkongsi maklumat. Perjuangan untuk ummah ini akan lebih berjaya bersama anda semua InsyaAllah.
"From IIUM to the hearts of the ummah"