Pergi Tak Kembali Ustaz Asri Rabbani


posted by Martinelli Hashim

No comments

Pemergian Ust Asri dari kumpulan Rabbani amat memberi kesan kepada saya berbanding dengan kematian artis2 lain yg kita dengar dari media. Walaupun hebahannya tidak seluas artis lain namun semua peminat akan terasa bukan saja kehilangan tetapi membayangkan betapa lagu Pergi Tak Kembali nya menjadi lebih terkesan dihati kita kerana dia sendiri yang menyanyi dan dia sendiri yang menjadi objek lagu tersebut.

Seorang yang pernah menuntut di Timur Tengah, berdakwah melalui nasyid tanpa mengutuk2 orang lain yang tidak faham agama cukup membuat saya memandang hormat padanya. Kali pertama saya bertemu dengan beliau di IKIM 13 tahun yang lalu, saya amat mengkaguminya yang sangat merendah diri. Kumpulan Rabbani yang begitu ramai ahli dapat bertahan tanpa berpecah sejak begitu lama berfaktorkan kepada kekuatan peribadi dan kepimpinan Ustz Asri. Berada di persada dunia artis yang penuh cabaran tetapi beliau dan orangnya2 tetap tabah mempertahankan batas2 syariat dan tidak pernah berkompromi dalam apa keadaan sekali pun. Sehungga ke penghujung hayatnya masih sempat berpesan tentang daawah kepada ahli2 kumpulanya di dalam usrah. Peribadinya yang disenangi semua orang yang mendekati nya seolah2 syurga menanti ustaz asri kerana pemergiannya diiringi dengan limpahan pahala hasil kerja2 daawah yang dilakukannya selama ini, Insya Allah.

Dalam ceramah ust Sohor Bani Leman dalam Al-zikra di radio selangor pagi Jumaat baru2 ini, beliau mengatakan bahawa orang yang dianggap baik oleh ramai orang seperti Ustz Asri, insyaAllah juga dipandang baik di mata Allah.

Bermakna untuk mengetahui diri kita ini baik di sisi Allah atau tidak, bolehlah diperhatikan samada kita ini baik atau jahat pada pandangan orang2 sekeliling.

Hidup kita tidaklah panjang, lakukankanlah kebaikan pada orang lain kerana limpahan rahmat Allah kepada orang yang memudahkan orang lain tidak terkira banyaknya. Jauhkan dari menyusahkan orang lain kerana orang yang kita susahkan itu adalah hambaNya juga. Jangan mudah membenci orang lain kerana kita tidak tahu mungkin orang yang kita benci itu adalah kekasih Allah.

Lakukanlah kebaikan setiap kali ada peluang kerana mungkin kebaikan kecil yang kita lakukan itu besar nilainya pada pandangan Allah dan kita tidak tahu mungkin peluang begitu adalah peluang terakhir untuk kita.

Perluaskan hati untuk menanamkan sifat sayang pada orang lain kerana itulah satunya2 cara untuk mengelakkan perpecahan antara ummat.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh2 mereka yang soleh di sana.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai