BERWUDHU'LAH


posted by Martinelli Hashim on

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
(post ini ditulis dalam martinelli's blog  pada Jan 2009)

Dimana2 masjid imam membacakan doa untuk saudara kita di Palestin. Menitis air mata kerana terbayang gambar2 mangsa yang kita lihat dalam media setiap hari. Namun, keadaan masih semakin parah. Ummat Islam Palestine semakin teraniya.

Bila direnungkan, terfikir juga dalam diri sendiri mungkinkah doa kita tidak layak untuk terima oleh Allah atas faktor2 yang tidak kita sedari ? Makanan kita yang tidak sah halal atau perbuatan kita yang menjadi dosa mungkin saja membuat doa kita terhalang.

Lemahnya kita bukan untuk ditangisi. Kekurangan kita bukan untuh dirintih. Kita punya akal untuk mencari apa saja untuk memperbaiki yang cacat dan menambah yang kurang.

Perbaiki diri, anak2 dan sahabat2 kita. 

Bersihkan aqidah dan tingkatkan ibadah agar doa kita di makbulkan Allah.

Cerita berikut memberi inspirasi pada saya untuk dikongsi bersama:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan  
   menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian 
   aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai