PENGIKTIRAFAN DAN HARGA DIRI


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Pernahkah anda mendengar cerita bagaimana seorang mat rempit menjerit megah apabila dia dapat memenangi pertaruhan rempit di tengah ibu kota?. Rasa kepuasan yang tinggi melakukan “wheely’ di tengah jalan raya dengan membawa minah di belakang yang turut terkinjal2 dengan kejayaan itu. 

Rakan2 memberikanpenghargaan yang tinggi dengan digelar sebagai hero jalanraya apalagi apabila dapat memboloskan diri dari dikejar polis. Pengi’trafan dan penghargaanditerima dari rakan2 adalah lebih dari segalanya2 walaupun terpaksa berdepan dengan maut. Malah habuan dapat meniduri gadis dari kumpulan lawan yang dijadikan hadiah kemenangan adalah perkara kedua kerana yang penting sekarang dia sudah dii’tiraf sebagai hero.

Pernahkah anda mendengar cerita dari si minah rempit yang menjadi hadiah pertaruhan kepada kumpulan anak muda yang memenangi pertarungan rempit?. Tubuh diserahkan dengan rasa bangga kerana mampu melayan 14 orang dalam satu malam walau tanpa upah sesen pun. Dia di i’tiraf oleh rakan2 rempit sebagai minah hebat yang jadi rebutan dalam setiap pertandingan.

Pernahkah anda mendengar seorang anak remaja yang menerima penghargaandari jemaah masjid kerana suaranya yang merdu mengalunkan azan. Walaupun dipulaukan oleh rakan2 sekampung dan dipanggil ‘budak skema’ disebabkan tidak ikut sama dalam aktiviti liar mereka, namun dia masih terus azan. Kehilangan kawan2 sudah tidak penting kerana pengi’tirafan dan penghargaan yang diterima oleh orang masjid dan ibu serta ayah di rumah sudah cukup baginya.

Percayakah kita punca remaja menghisap rokok semata2 kerana ingin dii’tiraf oleh rakan2 bahawa dia sudah dewasa?

Kesemuanya adalah berkaitan dengan pengi’tirafan atau penghargaan yang menjadi satu keperluan utama dalam diri setiap manusia. Kekurangan mendapat penghargaan dalam hidup seseorang boleh menyebabkan ia mencarinya dalam bentuk apa saja. Anak muda yang tidak pernah dihargai oleh ibu bapa, guru2 dan rakan2 yang baik akan mencari pengi’tirafan itu melalui jalan yang salah.

Rata2 orang Melayu amat sukar melakukan perkara2 berikut:
  • Memuji orang lain
  • memberi penghargaan kepada orang lain
  • mengi’tiraf kelebihan orang lain
  • Mengaku salah
  • Meminta maaf kepada anak atau orang bawahan
  • Berterima kasih kepada anak atau orang bawahan
  • Memberi sedekah tanpa bertanya
Pengi’tirafan atau penghargaan bukan bermaksud pujian semata2. Seorang anak remaja, umpanya, akan merasa dihargai apabila ibunya melayannya bercakap apabila dia berbicara tentang perasaannya pada seorang gadis dalam kelasnya tanpa si ibu memperlecehkan usianya. Dia merasa dia dii’tiraf sebagai seorang dewasa. Melayan perbicaraan bukan bermakna kita mendorongnya melakukan perkara terlarang. Seorang anak yang biasa di’itiraf oleh ibubapa secara begini lebih mudah menerima nasihat berbanding dengan anak yang hanya mendengar perkataan ‘JANGAN’ dalam hidupnya.

Tetapi budaya pengi’tirafan sebegini amat asing dalam kehidupan orang Melayu. Sedangkan anak2 muda kita sekarang sedang melalui kehidupan yang penuh dengan pemburuan mencari pengi’tirafan. Pengi’tirafan dalam dunia hiburan sudah begitu banyak jenisnya melalui pesta2 pemberian anugerah untuk para penghibur. Gaya hidup artis menjadi impian anak muda kerana mereka seolah2 membayang mereka juga artis yang gayanya sudah dii’tiraf oleh ramai orang. Setiap kali diadakan sesi ujibakat untuk memilih pelajar akademi fantasia, maka beribu2 yang datang untuk mencapai impian untuk dii’tirafkan sebagai juara

Tetapi berapa ramaikah yang sanggup beratur panjang untuk mencapai “Academia Fantastica” dengan mencari pengi’tirafan dalam bidang akademik sebenar bukan fantasi?.

Mereka yang gagal mendapat penghargaan dalam bidang akademik akan membawa diri mencari penghargaan lain yang selalunya akan dicapai dengan memilih jalan yang salah kerana tiadanya orang yang memandu dengan baik. Jalan yang baik dan jalan yang salah terbentang luas sedangkan orang yang seharusnya memandu mereka tidak melakukan kewajipan mereka.

Memberi penghargaan bukan saja membina semangat dan motivasi pada yang menerima, tetapi akan menghasilkan rasa bahagia kepada yang memberi. Perhatikanlah bagaimana wajah orang yang sedang mengucapkan “Isy, macam tu saja ke yang awak mampu buat?” berbanding dengan wajah orang semasa mengucapkan”Tahniah, walaupun awak tidak berjaya, saya kagum dengan usaha awak. Isy, saya bangga jadi kawan awak” Setiap manusia perlukan pengi’tirafan/penghargaan. 

Ada 3 tingkat penghargaan yang dicari oleh manusia:
i. penghargaan dari orang lain2
ii. penghargaan dari sendiri
iii. penghargaan dari Allah

Dalam hidup, kita akan melalui pencarian kepada tingkat pertama dan kedua dahulu sebelum mencapai tingkat ketiga iaitu taraf dimana seseorang itu tidak memerlukan lagi pengi’tirafan yang lain kecuali pengi’tirafan dari Allah.

Punca utama masalah remaja kita berkaitan rapat dengan budaya dan kebiasaan hidup kita yang terlalu sukar mengi’tiraf kebaikan anak2 maka mereka mencari peng’tirafan lain melalui jalan yang salah. Mereka menjatuhkan harga diri semata2 untuk mencari penghargaan yang dilaknati Allah.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai