بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Setelah bertahun-tahun terlibat dalam kerja-kerja khidmat masyarakat saya cuba memegang etika bahawa membantu orang tidak dibatasi oleh ras, faham politik atau ideologi. Sesiapa saja makhluk Allah yang memerlukan perlu dibantu selagi mampu.
Tetapi apabila bekerja secara rasmi realitinya tidak begitu. Berurusan dengan masyarakat di bumi Malaysia tidak memungkinkan kita bebas dari unsur politik dan kuasa. Hatta untuk membuat amal jariah bagi membantu orang dalam kesusahan pun masih dipertikaikan ini atas nama kumpulan siapa. Lupalah mereka bahawa semuanya wajiblah atas nama Allah. Ia amat meyesakkan nafas orang yang benar-benar ikhlas.
Orang Melayu ada adat yang indah. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Yang berkuasa menaungi, yang mengikut dinaungi.Dalam bicara ada alas, dalam diam ada doanya.
Tetapi sebahagian kita melanggar adat, melupakan syariat. Yang tua diketepikan, yang muda dimusuhi. Dalam bicara ada dusta dan fitnah, Dalam diam ada dengki dan dendam. Adat siapa yang kita pegang sebenarnya?
Seisi dunia kalau boleh mahu dimilikinya. Lupa mereka, kuasa mutlak adalah di tangan Rabbul Jalil!!
Orang Melayu tidak memuja manusia, tetapi setia pada ketua selagi syariat tidak dilanggar. Kini Melayu mengagungkan manusia kerana kuasanya, menjulang mereka kerana hartanya seolah2 mereka lupa akan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Kaya yang menentukan nasib mereka.
Adat Melayu berasaskan syariat. Ulama' tempat rujukan, ilmu bersumberkan Alqur'an. Muamalat kita ada hukum fiqhnya, bicara kita ada adabnya. Tidak Melayu namanya kalau Islam bukan pegangan.
Saya masih mengimpikan sebuah Malaysia yang warga Melayunya hidup damai tanpa berpuak-puak. Kesatuannya utuh membuat musuh tidak berani menggugat. Anda yang membaca juga mempunyai impian yang sama. Bimbangnya kita melihat anak muda semakin tersasar dari adat dan syariat kerana pemimipin lebih minat berperang memburu kuasa. Kita takut nanti impian kita hanyalah sebuah mimpi yang ngeri dan realitinya lebih ngeri dari mimpi itu sendiri.
Terasa ingin saja kita menjerit, "Wahai peimimpin berhentilah bersengketa demi Melayu, Islam dan ummahnya.Tidak menyesalkah kita nanti mewariskan bangsa yang lemah untuk anak cucu yang disayangi. Waris kita nanti akan menjauhi syariat dan menolak adat."
Kalau yang tua memegang adat Melayu dengan longgar, bagaimana mungkin kita mengaharapkan yang muda memegangnya dengan erat.
Membaca pepatah Minang ini membuat saya merasa syahdu, terbayang kehidupan masyarakat Minang di Kampung Parabek, Bukittinggi, Sumatera.
Adat basandi syarak,syarak basandi Kitabullah
syarak mangato,adat mamakai
camin nan indak kabua
palito nan indak padam
Gadang jaan malendo
panjang jaan malindih
Barek samo dipikua
ringan samo dijinjiang
ka bukik samo mandaki
ka lurah samo manurun
tatungkui samo makan tanah
tatilantang samo minum ambun
ka mudiak saantak galah
ka hilia sarangkuah dayuang
maelo karajo jo usao
mairik parang jo barani
Budi jan tajua
paham jan tagadai
nan kayo iyolah kayo di budi
nan mulieh ilyolah mulieh di basa (baso basi)
Ibu saya amat suka menggunakan pepatah seperti ini kalau bercakap dengan anak cucu.
assalamualaikum Kak Nelli,
tak paham betul lah bahasa Minang tu
semangat dan kerjasama memang penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran sesuatu bangsa
Makna pepatah itu:
Adat bersendikan syariat, syariat bersendikan Kitabullah.
Syariat yeng menyebut, adat yang menjalankan
cermin yang tidak kabur
pelita yang tidak padam.
Yang besar jangan menerjah
Yang panjang jangan menyengkang
Berat sama dipikul
Ringan sama dijingjing
Ke bukit sama mendaki
ke lurah sama menurun
Tertangkup sama makan tanah
Tertelentang sama minum embun
Ke hulu sehentak galah
Ke hilir serangkuh dayung
Menghela kerja dengan usaha
Menarik perang dengan berani
Budi jangan terjual
Fahaman jangan tergadai
Yang kaya adalah kaya dek budi
Yang mulus adalah mulus dek bahasa (basa-basi)
ibu...
nak share pepatah tu ya...
Silakan, Pijan.
Salam Puan..saya amat bersetuju, sayang betul dengan melayu zaman kini,adat dah berterabur entah kemana, generasi muda nampak dah tiada minat untuk baradat santun.Pada saya adat melayu amat halus dan ber'tokmakninah',saya nampak zaman sekarang banyak dah adatber 'so what', subhanallah..Dilla..
Wa'alaikum salam, Dilla.....istilah yang sungguh menarik, budaya ber"toma'ninah".....kita usahakan memperjuangkannya sekurang-kurangnya dalam diri dan keluarga kita
assalamualaikum... pada hemat saya, adat hanya dikaitkan dengan bangsa, dan bukan pada landasan agama.. lihat sahaja sekarang ini, berapa banyak adat yang dapat kita lihat menyimpang.. terpulang la pada individu nak mempertahankan atau tidak, kerna bagi saya, saya tak akan mati tanpa bersendi padanya, tapi akan hilang arah, pedoman dalam berkehidupan jika jauh pada agama dan Islam itu sendiri.. janganla di sempitkan fikiran kita hanya demi adat..
lagi satu, melayu x seharusnya dikaitkan dengan Islam. Bangsa dan agama dua elemen yang terang2 berbeza.. bgaimana pula jika cina dan india yg mendapat hidayah islam tu? kita dimomokkan oleh kerajaan dan perlembagaan hina ciptaan penjajah dan manusia yg dah terang2 mmpunyai kelemahan.. dan wakil2 rakyat itu, bukan pemimpin ya, yang mendasyatkan lagi huru-hara bangsa dalam Malaysia ni. kerana apa? ideologi parti berdasarkan bangsa.. Melayu=Umno, Cina=MCA n lain2.. knp kt x amalkan politik hebat amalan Rasulullah s.a.w dan menegakkan undang2 Allah? jika elemen2 penting ni diterapkan, sudah pasti sosial masyarakatnya terkawal, ekonomi jitu, dan aras politiknya stabil.. n adat tu, pada saya x sepenting sunnah dan amalan wajib yang harus diamalkan oleh Individu Muslim di dunia ini..
p/s: sekadar pandangan ikhlas.. maaf atas ketelanjuran.. jgn padam ya Auditor..