Kampung ini berhampiran dengan kompleks Cambodian Islamic Centre, CIC. Ianya agak lebih maju sedikit dari kampung2 lain yang pernah kami lawati. Di CIC ini diadakan pengajian sekolah menengah tetapi hanya untuk pelajar lelaki. Pelajar perempuan belajar di Kg Chroi Mentrai tempat kami menjalankan aktiviti.
Mengikut Mufti Kemboja, sejak peluang diberikan kepada pelajar perempuan, pencapaian mereka jauh lebih baik dari pelajar lelaki walaupun fasilitas tempat belajar mereka adalah kurang dari pelajar lelaki.
Ini adalah tragedi ummah di mana saja termasuk UIA……brothers makin terkebelakang.
Sempat jugalah saya bercakap kepada pelajar2 di CIC mempromosikan UIA kepada mereka.
Setiap hari kami menjalankan aktiviti di surau. Selepas maghrib diadakan penghayatan Al-Quran untuk kaum ibu di surau wanita. Agak aneh di sini wanita dilarang ke masjid kecuali solat Hari Raya. Maka dibinalah sebuah surau untuk wanita saja untuk mereka bersolat jemaah yang imamnya juga wanita. Kata mereka surau itu pun sumbangan orang2 Malaysia. Ia terletak di seberang jalan masjid untuk lelaki yang jarak antara keduanya tidak lebih 70 meter.
Sepanjang kami berada di sana kaum wanita dan kanak-kanak perempuan berduyun2 datang ke surau. Kami membawakan aktiviti zikir2 berlagu dan mengajak mereka membaca surah2 secara beramai2, satu kaedah yang berkesan untuk menarik kaum ibu. Suara Fatin yang mendayu2 menyanyikan lagu doa khatam Al-Quran dan membaca surah semasa mengimami solat menarik hati mereka. Sesuatu yang mengkagumkan saya, walaupun ramai yang miskin tetapi bacaan Al-Quran mereka, masyaAllah….bagus betul. Saya rasa secara umumnya kaum ibu di sini lebih menitikberatkan bacaan Al-Quran berbanding dengan kaum ibu Malaysia.
Akitiviti surau diselang-seli dengan tazkirah dengan bantuan seorang penterjemah.Bukan mudah memberi tazkirah terputus2 kerana menunggu orang menterjemah…..tetapi gagahkan jugalah. Mufti ada berpesan supaya diadakan aktiviti yang boleh memperbaiki pemikiran kaum wanita di sini.
Para jemaah yang wajah mereka sama dengan wajah2 orang Malaysia dibezakan hanya oleh warna kain telekung. Telekung orang Malaysia putih bersih dan indah bersulam. Tetapi di sini telekung mereka sama warnanya dengan air sungai Mekong, kecuali sebahagian yang baru dapat telekung. Hadiah telekung dari rombongan kami amat berharga bagi mereka. Yang pastinya warna dan keindahan kain telekung tidak menentukan solat siapa yang lebih diterima oleh Allah yang maha berkuasa.
Disebabkan dana yang kecil kami cuma mampu membeli 2 kayu kain dan dengannya cukup untuk membuat 26 pasang telekung yang dijahit sendiri oleh pelajar2 di S-DEV. Ada juga sedekah dari bekas pelajar UIA memberi 60 pasang lagi telekung serta kain pelekat. Ramai yang mahu memberi baju terpakai tetapi disebabkan kos yang tinggi untuk penerbangan kami tidak dapat membawanya.
Pulang dari surau selepas solat Isya’ untuk kembali ke rumah tempat tinggal dengan berjalan kaki lebih kurang 500m. Kami terpaksa melalui lorong yang gelap gulita. Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kalau nasib tidak baik terpijaklah najis lembu yang banyak sepanjang jalan.
Kata mereka sebelum inipun kampung ini sudah selalu dilawti oleh orang2 Malaysia tetapi mereka sekadar singgah melawat dan ada yang sembelih lembu, menyerahkan sumbangan dan lepas tu terus balik. Rombongan kamilah yang pertama tinggal bersama orang kampung dan membuat aktiviti merapati mereka.
Aktiviti berkhatan mendapat sambutan yang sangat hebat. Dr. Dinon sempat mengkhatankan 2 orang mualaf yang baru masuk Islam.
Setiap malam sebelum tidur kami adakan muhassabah untuk semua peserta. Inilah sesi mengimbas kembali apa yang dilakukan sepanjang hari dan apa yang perlu dilakukan besoknya. Alhamdulillah pelajar2 UIA ini akur dengan semua peraturan dan melaksanakan tugas masing2 dengan cemerlang. Memang benar pelajar2 ini merupakan pelajar yang memilih CENSERVE Niche Area pacakage untuk memenuhi Credited co-cu.
Untuk pengetahuan pembaca, semua pelajar tahun 2 UIA perlu memilih samada Leadership and Parenting package atau apa2 skills package lain sebagai subjek wajib untuk Ko-ku berkredit. Mereka yang aktif dalam CENSERVE ditawarkan CENSERVE Niche Area pacakage dan dikecualikan dari mengambil package lain.
Setelah mengikuti kursus ini selama 3 semester dengan saya, ini adalah semester terakhir bagi kumpulan ini dan mereka perlu menjalankan international humanitarian work. Saya pasti sepanjang mereka dalam projek ini mereka melakukannya bukannya semata2 memenuhi tugasan kursus tetapi lebih kepada atas nilai kemanusiaan yang kuat tertanam setelah menyaksikan sendiri kehidupan di sini.
Seminggu menjadi ibu dan guru kepada pelajar2 ini saya penuhi dengan meberikan segalanya2 agar mereka faham bahawa kehadiran mereka di UIA ini membawa misi yang besar sebagai agen perubah ummah.
Kami sama2 tidur dilantai keras, makan mee maggi sama2 di pinggan retak dan bangun jam 3 pagi untuk persediaan sebelum beertugas. Mandi dengan air Sungai Mekong yang sejuk dan berwarna coklat sudah jadi rutin harian. Peserta perempuan tidur di atas papan tetapi lelaki terpaksa tidur atas simen yang sejuk. Tabik hormat kepada Dr. Dinon dan Dr. Shuib yang ikut sama tidur atas simen.
Setiap selesai solat subuh mereka dimurnikan dengan tazkirah. Maaf ibu mungkin agak kejam membasuh mereka dalam tazkirah pagi.
Terlalu pendek masa berjalan dan kami terpaksa pulang. Kepulangan kami diiring dengan linangan air mata oleh orang kampung dan pelajar2 sekolah yang kami berjaya dekati selama seminggu. Beberapa buah kampung lain meminta kami datang untuk menjalankan projek yang sama di kampung mereka. Sayang sekali kami tidak dapat memenuhinya. InsyaAllah kalau ada tajaan di masa akan datang kita akan laksanakan lagi dan menjadikannya sebagai tradisi UIA dalam mencapai ’heaven class university“