Satu kelebihan mesjid SHAS UIA ialah ia begitu selesa untuk jemaah wanita. Mungkin inilah masjid yang paling ramai jemaah wanita bersolat Jumaat di Malaysia.
Semasa menghadiri solat Jumaat baru2 ini saya nampak dari tingkat atas, tempat jemaah wanita, rasanya khatib yang membaca khutbah adalah Prof Sano. Khutbah Prof Sano hari itu berjaya mengembalikan kekuatan isi dan penyempaian khutbah yang saya rasa sudah agak lama mendatar tanpa seri sebelum ini di masjid kesayangan kita ini. Suara Dr. Sano teresak2 bila menyebut isu perpaduan ummah membuat ramai jemaah wanita berpandangan sesama sendiri. Walaupun pada awalnya beliau berbahasa Arab, tetapi beliau terjemahkan kemudian dalam bahasa Inggeris. Mereka yang faham ramai juga yang turut teresak2. Harapan yang begitu tinggi diletakkan ummah pada kita memerlukan komitmen setiap kita yang ada di UIA ini. Perlunya kita menerajui konsep berkasih sayang dalam persaudaraan Islam tanpa melihat status dan rupa paras mereka yang kita temui setiap hari.
Sudahkah kita berjaya mengikis rasa tamak supaya kita dapat merasakan kesusahan orang lain juga. Biasakah kita merasa puas bila melihat rakan kita dihujani kritikan sehingga tidak boleh menjawab? Biasakah kita menghulurkan bantuan bila rakan kita dalam kesulitan melaksanakan tugasnya.
Hari ini saya menyaksikan suasana yang sangat mengkagumkan saya yang jarang2 berlaku. Semasa sesi pembentangan pencapaian Student Development Division kepada management UIA, seorang staf/peserta dari kulliyyah menyatakan masalah kekurangan duit untuk program pelajarnya disebabkan pemotongan bajet . Tiba2 seorang yang berhati mulia, Dr. Aldila dari Alumni and Career Services, bangun menawarkan diri untuk berkongsi bajet yang ada dalam jabatannya. Saya yakin apa yang ada dalam hati Dr. Aldila ialah .... kalau kita ada lebih, kita patut kongsi dengan orang lain dan ianya tidak mengurangkan apa2 pun kerana sumbernya datang dari lubuk yang sama i.e uia dan bukan dari poket peribadi.
Memang bab bajet amat sensitif di mana2 pun. Apa lagi kalau duit tu hanya seciput untuk diagihkan kepada ramai yang patut dapat bahagian. Kita hanya pemegang amanah untuk menjaga dan menggunakannya dengan berkesan.
Apa yang ditunjukkan oleh Dr. Aldila ialah rasa ukhwah yang tebal tanpa mengenal batas jabatan. Ia amat menyejukkan hati saya yang selalu merasa sedih bila ada perbalahan tentang duit.
Alangkah indahnya kalau semua orang macam Dr. Aldila mengamalkan konsep saling membantu dan memahami antara satu jabatan dengan jabatan lain, antara satu pejabat dengan pejabat yang lain yang akhirnya kita tidak rugi apa pun.
Persoalannya sejauh mana kita mampu melihat kesukaran saudara kita dan sejauh mana pula saudara kita dapat bersabar bila di kritik.
Tentang kesabaran dikritik saya amat mengkagumi ITD. Beberapa tahun yang lalu memang sering orang mengkritik ITD di UIA ini. Dalam satu kursus pernah dibentangkan hasil kajian tentang kepuasan pelanggan yang mana ITD mendapat tamparan hebat. Kemudian saya melihat sendiri mereka bangun membuat strategik planning yang berkesan dengan sabar. Saya pernah menghadiri workshop ITD dan mendapat inspirasi untuk melakukan yang sama untuk SDEV kerana kami juga tidak pernah kering dari kritikan.
Dalam masa yang singkat, ITD berkembang dan saya secara peribadi memang puas dengan perkhidmatan yang saya terima. Kerana bantuan ITD juga system STARS yang mereka bangunkan dengan begitu sabar sekarang menjadikan UIA sebagai salah satu universiti yang amat tersusun sistem perekodan aktiviti pelajarnya. Tahniah kepad Pn Masita dan pasukannya di ITD.
Saya tidak dapat bayangkan kalaulah kedua2 ITD dan S-DEV masing2 tunjuk lagak dan saling tuduh menuduh kita tidak akan sampai ketahap ini.
Bayangkanlah kalau semua K/C/D dan stafnya2 saling menghulurkan bantuan dan menahan diri dari mengutuk dan mementingkan jabatan masing2, sudah tentu taraf 'heaven class university' cepat terbina.
Rasa perihatin, rasa sayang dan rasa rendah diri adalah asas kepada pembangunan peribadi mulia yang menyelamatkan kita dari pergaduhan yang merosakkan perpaduan sesama Islam. Sebaik2 insan ialah yang memberi menfaat kepada orang lain.
Ini mengingatkan saya kepada seorang cc ditempat saya bekerja sebelum ini. En Shah adalah seorang yang sangat ceria dalam pejabat. Dalam apapun keadaan beliau tetap senyum dengan setiap orang. Terlalu amat jarang dia menolak apa saja permintaan orang. Selalunya setiap kali orang meminta tolong dia akan cepat menjawab dengan ceria, "Boleh.....no problem!". Kerana sifatnya yang suka menolong orang dan amat sabar dengan kerenah orang keliling, hidup En. Shah memang diselubungi kebahagiaan. Saya cukup hairan dari mana dia dapat kesabaran yang begitu tinggi walaupun kadang2 ada juga orang yang bercakap kasar dengannya. Selama 4 tahun saya bekerja sepejabat dengannya tidak pernah saya mendengar dia menceritakan keburukan orang lain, tidak pernah mengeluh kerana beban kerja dan tidak pernah melihat wajahnya berkerut walaupun dalam suasana genting.
Inilah contoh2 insan cemerlang sekiranya kita semua berjaya mengikuti jejak mereka, UIA akan menjadi model taman ilmu yang hebat.