Khutbah untuk anak muda di UIA


posted by Martinelli Hashim

No comments

Khutbah baru2 inimengenai ICT oleh Dr Fauzan membuka satu variasi khutbah yang mungkin sesuai untuk diperkerapkan lagi di masjid SHAHS kita. Saya berbual dengan salah seorang imam sebentar tadi yang datang berkunjung ke pejabat saya.

Saya katakan alangkah baiknya kebebasan penulisan teks khutbah di UIA ini digunakan juga untuk membantu memberi kesedaran kepada pengunjung dari masyarakat sekitar Gombak bagi memperkasa moral anak2 muda. Ahli jemaah ramai dari kalangan pelajar sekolah menengah yang memang berhadapan dengan pengaruh negatif dari ICT.

Khutbah tersebut mungkin tambah menarik jika diselitkan dengan cerita2 berkaitan dengan citarasa remaja masa kini seperti blogging, umpamanya. Bagaimana ia boleh diguna atau disalahgunakan oleh remaja. Alangkah menariknya jika kaedah penyampaian juga diubah supaya lebih 'lively' dan tidak statik, banyakkan kisah2 menarik, menggunakan tools IT moden yang boleh dimanfaatkan.

Alangkah baiknya sekiranya semua staf UIA dapat mendengar khutbah melalui komputer atau corong radio kampus. Tidak semua staf wanita menggunakan masa rehat yang panjang untuk pergi bershoping. Sekurangnya2 ini akan menambah bilangan staf wanita menyertai solat jumaat bagi mendapat pahala yang sangat besar. Moga2 selepas pencen nanti kita tidak menyesal mensiakan2 peluang bersolat jumaat yang istimewa ini di UIA. Keistimewaan yang jarang2 ditemui di tempat lain kecuali di UIA. Ia bukan sunat biasa tetapi sunat muakad untuk wanita yang amat dituntut sekiranya tidak membawa fitnah. Itu yang diajar oleh ustaz.

Khutbah jumaat boleh dijadikan pentas paling berkesan untuk menyampaikan nasihat kepada remaja kerana sebahagian besar anak2 muda masih bersolat jumaat. Ceramah agama di tv dan radio bukan lagi pilihan mereka. Ceramah agama di sekolah tidak sekerap mana. Solat Jumaat setiap minggu. Kalau penyampaian khutbah menarik sudah tentu sedikit sebanyaknya akan ada yang terkesan. Ini tidak mungkin berlaku sekiranya topik2 dan cara penyampaian khutbah masih stereotype dan sekadar memenuhi rukun solat Jumaat tanpa perancangan yang objektif.

Penubuhan UIA di daerah ini sudah seharusnya memberi faedah untuk masyarakat sekitar. Sudah sepatutnya juga masjid UIA menjadi tempat bersolat Jumaat pilihan utama penduduk Gombak. Jemaah sudah tentu akan datang sekiranya solat di sini mempunyai sesuatu yang lebih luar biasa berbanding dari masjid sekitarnya. Kita kerugian dengan peluang yang ada untuk menjadikan khutbah sebagai kaedah berdakwah berkesan untuk masyarakat sekitar terutama remaja.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai