kunjungan anak-anak didik ke rumah ... |
Semasa menjadi pelajar UIA, Nurul Husna sering meminta nasihat dan sangat disayangi oleh kakitangan S-DEV termasuk Timbalan Rektor. Sikapnya sentiasa positif. Beliau tidak pernah memburukkan sesiapapun apalagi gurunya. Selepas tamat UIA dengan kelas pertama dan mendapat anugerah universiti,beliau melanjutkan pelajaran ke Oxford dan kini pulang ke UIA menjadi pensyarah.
Tips yang sangat berkesan untuk berjaya ialah jangan sekali-sekali menghina orang yang pernah mengajar kita sekalipun dia menyakiti kita. Sentiasalah berdoa untuk guru kerana doa akan menambah barakahnya ilmu yang diterima.
Apabila kita berdoa untuk guru, hati guru akan menjadi lembut dan akan mengajar dengan sempurna.
Percayalah apabila guru menyayangi kita, pelajaran akan mudah hadam dan dapat dihayati dengan baik. Pelajaran yang sempurna dihayati sudah tentu mudah dihadapi semasa peperiksaan. Apabila guru menyangi murid sudah tentu dia akan memberi keutamaan kepada murid yang disayanginya untuk dibantu.
Nasihat ini saya sampaikan kepada anak-anak yang kadang-kadang bersungut tidak puas hati dengan sikap pensyarah mereka yang selalu tidak datang kelas atau mengajar sambil lewa atau pilih kasih dalam memberi markah. Saya katakan kepada mereka, "Cara bagaimana guru menjalankan tanggungjawab mereka adalah urusan mereka dengan Allah. Pelajar jangan sekali-kali menghina guru. Doakan saja yang terbaik."
Buatlah yang terbaik sebab sekeras-keras atau segarang-garang guru akan lembut apabila berhadapan dengan anak murid yang baik. Pokoknya, doakanlah guru-guru kita kerana berdoa untuk orang lain itu adalah lebih mustajab disamping kita mendapat habuan yang sama dengan orang yang kita doakan. Apalagi yang kita doakan itu adalah guru kita.
Pengalaman pahit manis saya dididik dan mendidik mencorakkan warna-warni kehidupan yang mendidik jiwa untuk terus memacu kejayaan.
Pendidik tidak akan menjadi pendidik yang baik kalau dia tidak bersedia mendidik jiwanya terlebih dahulu.
Maafkan Cikgu