SAYANG UIA SAYANG….!!!


posted by Martinelli Hashim

2 comments

saya amat teruja dg gambar yg ditemui dlm google image ini
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Tidak kurang kerapnya kita mendengar mereka yang mengeluh rasa kecewa dengan kedudukan kerjaya mereka di UIA. Kita membandingkan dengan kawan2 di “u” lain atau di mana saja. Mereka yg kita rasa masih muda tapi sudah melompat ke jawatan tinggi tentunya disebut-sebut dalam keluhan itu.


Kadang-kadang kita berbicara seolah-olah besarnya dosa UIA pada kita kerana tidak memenuhi apa yang kita mahu. Kadang-kadang kita merasa kejamnya UIA ni tidak memikirkan kebajikan kita.


Kita juga kerap terlupa di sebalik IIICE ada amanat ummah yang amat besar untuk kita laksanakan dan amanah itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sudahkah kita mendidik anak-anak UIA menjadi bakal pemimpin yang berjiwa Islam?


Walaupun graduan kita masih terletak di tangga teratas dalam pasaran kerja, tetapi keadaan semasa semakin membimbangkan. Kenapakah semakin hari akhlak anak-anak didik kita makin merosot? Berapa ramaikah pelajar yang mencemarkan nama baik UIA dengan akhlak buruk yang ditonjolkan. Kita malu mendengar kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku di UIA kita ini. Kejadian-kejadian yang berlaku kebelakangan ini cukup membuat mereka yang prihatin merasa longlai dan tidak bermaya. Maruah universiti tercemar dalam masa kita bekerja keras mencapai taraf universiti ternama dunia.


Secara peribadi saya bertanya apakah sebenarnya yang kita cari? Antara UIA sebagai pusat kecemerlangan ummat yang membekalkan tenaga kerja berjiwa Islamik dan UIA sebagi pusat kecemerlangan produk kajian yang dii’tiraf oleh dunia, yang mana satu lebih utama. Sukar benarkah kita untuk mengimbangi antara keduanya2.


Persoalan ini berlegar dalam kepala saya setelah beberapa kali mendengar keluhan pelajar mengatakan susahnya hendak jumpa pensyarah kerana mereka masing-masing dengan alasan mahu siapkan article, report, research, pergi conference dan lain-lain yang berkaitan.


Saya bertanya pada beberapa orang pensyarah muda tentang apa yang buat diri mereka sangat sibuk dan jawapannya adalah sama, “we have no choice, kalau tak ada journals tak ada research tak boleh naik pangkat…..”


Bertanya pula kepada seorang rakan yg seusia dan ada AP, kelas tidak sebanyak mana dan journal yang dah dihasilkan pun sudah bertimbun, jawapannya hampir sama.


Saya terfikir lagi, kalau pelajar hendak jumpa berkaitan akademik pun susah, apatah lagi untuk jumpa berkaitan hal-hal kehidupan. Jadi masa bilakah agaknya berlakunya proses pendidikan insaniah dari pensyarah kepada pelajar di UIA ini?


Saya teringat kata-kata Prof Razali Nawawi, seorang prof UIA yang sangat sangat saya hormati dan kata-katanya selalu terngiang-ngiang di telinga,  “Ana sejak kecil masuk sekolah agama, lepas tu masuk KIK, lepas tu pergi Mesir dan dapat ijazah Syariah. Jadi pensyarah, pergi luar negeri dapat Ph.D. Balik Malaysia terus mengajar, kemudian sibuk menulis mengejar Profesorship. Sekarang dalam usia tua ni bila menoleh balik ke belakang ana ngeri memikirkan apa yang dah ana buat dengan ilmu yang Allah beri ni”. 


SubhanaLlah orang sebaik beliau pun rasa ngeri!!


Saya juga cukup kagum dengan dua orang pensyarah yang rapat dengan saya yang sanggup memberhentikan keretanya dan memberi teguran apabila melihat telatah sumbang pelajar di perhentian bas atau memakai pakaian yang mendedahkan aurat. Pensyarah produk UIA yang belum berpangkat tinggi tapi jiwanya cukup besar bernama Che Razi dan Fatmawati Latada yang sekarang sedang menyelesaikan Ph. D mereka. Saya doakan mereka terus berjaya dan akan berjiwa lebih besar bila berjaya nanti. Keduanya selalu bersama saya dan pelajar UIA dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan daawah. Kalaulah semua kita dapat berbuat seperti kedua-dua pensyarah muda ini, alangkah hebatnya UIA.
Tahniah kepada mereka yang masih mendidik atau mengurus dengan gigih dan sabar walaupun tak naik pangkat.


Tahniah kepada mereka yang masih yakin “UIA is the best place to work in”. Terkenang kembali betapa susahnya saya untuk mendpat kerja di UIA tercinta ini. Berkali-kali memohon dalam tempoh 6 tahun tetapi semuanya di tolak…..rasa ingin menjerit untuk beritahu UIA saya ingin bekerja bagi menjayakan “ummatic mission” universiti ini. Walaupun malang kerana ditolak setiap permohonan, tapi akhirnya diterima juga jadi staff UIA selepas lebih sejam diinterview oleh Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman yang banyak berjasa. Interview berakhir hanya bila azan maghrib berkumandang dari Masjid. Itulah cara pengurusan “dolu-dolu”.


UIA oh UIA !!!! I do not know if there is anybody else loves UIA as much as I do. I love my job and love the people around me.


I always tell my students …


“There are people who only think about private victory,….they forget about others. There are people who work hard for group victory….they look down at others. There are people who work very hard for public victory….they forget about themselves..but you and I let’s work together for UMMATIC VICTORY…Allah’s blessings is our ultimate GOAL .”

2 comments

  1. Izhar Mokhtar
  2. najib

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai