Nik Nor Ermiza Yang Istimewa


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
“Ibu, ada orang call suruh datang untuk buat ukuran baju konvo” Suara Nik Nor Ermiza Ruzana yang menjadi anak angkat saya sejak 5 tahun yang lalu membuat saya terpegun sebentar. Terasa sayu apabila tiba2 saya sedari Za, gelaran manjanya, sudah berada dihujung perjuangan mencapai impiannya meraih segulung ijazah undang2 dari UIAM. Terbayang saat2 dia pertama kali menjejak kaki di UIA, diambil dengan van universiti dari Terengganu. Ramai yang merasa ragu2 dengan kemampuan Za mengharungi hidup sebagai siswi UIA.

Ermiza, anak sulung dari 6 beradik mengidap penyakit tulang rapuh pernah menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kegigihannya untuk dapat belajar di UIAM. Masa itu Prof Kamal meminta saya membantu Za. Kali pertama bertemu dengannya sudah menarik naluri keibuan saya untuk menyayanginya. Gadis kecil yang sungguh istimewa mempunyai hati seputih salji melalui kehidupannya di UIA dengan tabah. Kerusi roda elektrik yang saya panggil “Kancil Za” menjadi teman setia untuk bergerak. Pergerakan yang amat berhati2 kerana terhentak sedikitpun boleh menyebabkan kecederaan pada tulangnya.

“Saya nak belajar, ibu. Tak nak lah jumpa wartawan lagi,” Za meluahkan perasaan gelisahnya apabila diburu wartawan pada awal2 pembelajarannya di UIA.

“Kalau ada orang nak interview Za, suruh dia hubungi ibu dulu.” Saya cuba melindunginya.

Dari seorang gadis kampung yang pemalu dan sangat menjaga perasaan orang, sekarang Za sudah bergelar siswazah undang2 dan baru memulakan pengajian undang2 shariah di AIKOL. Keyakinan dirinya kini sangat tinggi.

Sepanjang di UIA pernah dia jatuh dan kakinya patah meyebabkan pengajiannya tertangguh.

Setiap kali hendak periksa Za akan menghantar sms, “Ibu, Za nak periksa, tolong doakan, ye”

Saya membawa Za untuk membuat ukuran baju konvo. Saiznya yang istimewa perlu ditempah khas. Betapa gembiranya Za dan keluarga tersayang di hari konvokesyen nanti.
Betapa beruntung insan yang bernama Ermiza ini kerana di sebalik kekurangannya, kehidupannya yang ringkas penuh keredhaan ....... dia bahagia tanpa banyak dosa macam orang lain yang sempurna.

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai