Towards A Heaven Class University...


posted by Martinelli Hashim

No comments

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Oleh Martinelli Hashim
(Pandangan peribadi penulis)


Mungkin kerana rasa kasih pada universiti ini, setiap kali disebut2 "IIUM towards world class university" hati kecil saya berkata dunia tidak layak mengi'tiraf UIA. Apa pun pentafsiran 'universiti bertaraf dunia' itu, kita cuma terbayang kayu ukur yang digunakan adalah bersandarkan lepada elemen duniawi semata2.


UIA perlu menuju kepada tahap lebih tinggi dari itu iaitu "heaven class university"atau university bertaraf "syurgawi". Bukankah falsafah kita bersandarkan kepada konsep ketuhanan .."knowledge shall be propagated in the spirit of Tawhid, leading towards the recognition of Allah as the Absolute Creator and Master of mankind."


Ada 3 unsur utama dalam menghidupkan UIA ini iaitu 'process', 'people' dan 'product'. Ketiga2 unsur tersebut perlu disaluti dengan unsur ke 4, iaitu syariat. Tanpanya sia2 lah apa yang kita rancang atau lakukan.


Selepas membaca buku IIUM Strategic Planning 2007-2015 dan meneliti satu persatu fokus yang diutarakan.... wah beratnya kerja yang hendak digalah. Tahniah kepada Planning Unit kerana berhempas-pulas menyiapkannya.


Tetapi semakin diteliti semakin banyak pula persoalan bermain di kepala.


Semasa duduk di masjid menunggu solat zohor, saya memerhati wajah pelajar2 yang ramai di situ. Wajah mulus yang seharusnya bakal memimpin ummah bila keluar nanti. Sudahkah UIA membekalkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya? Sudahkah mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai agen perubah masyarakat. Fungsi utama UIA "to improve the quality of life of the Muslims " amat besar ertinya. Adakah pelajar2 ini merasakan kualiti hidup mereka sudah meningkat sejak melalui proses pendidikan UIA dan bersedia pula meningkatkan hidup masyarakat yang bakal mereka pimpin nanti.


Kembali ke pejabat, sementara menunggu jam 2, sempat melayari internet. Buka Google, cari maklumat  tentang ‘university ranking'.  Dapatlah terjumpa beberapa website yang berkaitan. Berbagai badan dunia barat dan tidak ketinggalan negara China juga cuba menjadi organisasi pencipta kayu ukur dalam meletakkan 'ranking ' universiti dunia. Penarafan universiti yang digariskan oleh badan-badan tersebut kesemuanya berdasarkan hanya pada 3 unsur itu saja.


Tidak ada satupun lagi badan yang menjadi peneraju bagi meletakkan unsur agama sebagai salah satu unsur utama dalam penarafan universiti. Dunia Islam mungkin belum berpakat untuk menciptanya. Maka akhirnya universiti-universiti di negara Islam pun sama-sama berlumba mencapai status 'universiti bertaraf dunia' dan nilai agama dan kemanusiaan diletakkan dipenjuru kecil dalam perancangan strategik masing2.


Kalau kita buka laman web universiti-universiti di Malaysia, tidak ada satu pun universiti yang tidak meletakkan strategi untuk mencapai universiti bertaraf dunia sebagai target utamanya. Sehinggakan ada masjid pun tak mahu ketinggalan untuk menjadi masjid bertaraf dunia. Astaghfirullah....!!!


Bagi saya untuk 'process' dan 'people' mungkin kita boleh guna pakai ukuran ciptaan mereka tetapi hanya sekadar dalam menilai keberkesanan sistem dan kecekapan kakitangan sahaja. Tetapi itu tidak cukup untuk menentukan kualiti 'insani' yang menentukan bagus atau tidaknya 'product' kita.
Prof Naquib


UIA perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat dari u lain bagi mencapai status ‘heaven class university’. Biarlah UIA ini menjadi universiti terunggul di mana roh Islam dapat dirasai di setiap ruang kampus tercinta ini. Roh Islam ditanam disanubari setiap pelajar dan kakitangan dan cahayanya terpancar di wajah dan perlakuan mereka. Roh Islam juga menghiasi kurikulum setiap subjek yang diajar sehingga ilmu dimartabatkan pada kedudukannya yang sebenar.


Sudah lebih 30 tahun Prof. Syeb Naquib Al-attas menulis tentang Islamization of Knowldege dan ummat Islam seluruh dunia mengharapkan UIAM lah yang dapat melaksanakan tugas suci ini. Tetapi hingga kini sejauh manakah kita sudah berusaha mencapainya? Berapa banyakkah buku yang mampu menguraikan dan mengembangkan lagi falsafah Islamization of Knowledge itu selepas Prof Naquib yang sudah dihasilkan oleh UIA?


Heaven Class University meletakkan agama dan keinsanan di atas bukan di tepi atau di tengah apalagi di bawah. Masyarakat yang ada di universiti itu seharusnya adalah manusia luar biasa kerana yang dicari adalah keredhaan Allah bukan pangkat atau anugerah. Mereka menyayangi orang lain bukan memijak. Mereka menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang muda bukan berlagak menongkak langit. Kelulusan, jawatan dan kedudukan tinggi bukan lesen untuk menyakiti atau merendahkan orang lain.
Mereka menggalah amanah tanpa syarat dunia. Tidak merajuk, tidak berdendam kepada sesama warga. Tidak perlu dibelai dengan anugerah dan kedudukan untuk bertahan.


Apalah ertinya UIA kalau masyarakatnya tidak mendaulatkan syariat dan berbudi kepada insan lain. Apalah ertinya UIA kalau warganya lebih banyak bersungut dari bekerja. Apalah ertinya UIA kalau ahli akademik dan pengurusan masih saling tidak puas hati.


Apakah suatu hari nanti akan ada orang mempersoalkan UIA sebagaimana Prof. Harry R.Lewis seorang Dekan di Havard mempersoalkan Havard dalam bukunya Excellence Without A Soul ?
"America's great research universities are the envy of the world—and none more so than Harvard. Never before has the competition for excellence been fiercer. But while striving to be unsurpassed in the quality of its faculty and students, Universities have forgotten that the fundamental purpose of undergraduate education is to turn young people into adults who will take responsibility for society."
  Artikel berkaitan  Sayang UIA Sayang!!!!



Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai