Saya katakan pada diri sendiri, "Perpindahan merupakan peringatan pada manusia bahawa suatu hari nanti kita tetap akan berpindah dari dunia fana ini."
Jumaat ..... penghulu segala hari. Perpisahan nyawa dari badan orang yang beriman dijanjikan keamanan dalam kubur.
Moga perpisahan saya dengan rakan2 dalam SDEV juga dikurniakan Allah dengan keamanan dan kebahagian.
Jumaat ..... hari yang mencemaskan manusia yang bertqwa kerana Jumaat adalah hari berlakunya hari kiamat.
Moga kecemasan ini membawa kepada peningkatan iman anda dan saya.
Jumaat hari yang baik untuk menambahkan amal ibadat dan menginsafi diri. Namun masih ramai sekali manusia mengabaikan keagungan Jumaat dengan melambatkan2 langkah ke masjid.
Sekadar berkongsi renungan dari Juliana Razid melalui sms yang saya baru terima malam ini.
Perhatikanlah banyaknya tarikh2 penting yang jatuh pada hari Jumaat.
- aidiladha 27.12.09
- tahun baru hijrah 18.12.09
- krismas 25.12.09
- tahun baru 1.1.10
- nuzul Quran 27.8.10
- hari raya aidil fitri 10.9.10
- deepavali 5.11.10
- gerhana 1.1.10 dan 15.1.10
Sudah pastinnya ini sebagai renungan dan peringatan kepada manusia yang beriman.