BLOG LAMA HIDUP SEMULA


posted by Martinelli Hashim

1 comment

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 
Pertama kali saya menulis blog ini adalah pada 22 May 2008. Blog ini telah beberapa kali bertukar nama dari Laman Permai ke Ibu Nelli dan kini berubah lagi kepada Bila Embun Menitis.. Sebelum ini ia hanya sebuah blog yang sunyi kerana tiada pengunjung. .Dalam tempoh 3 tahun hanya 3 ratus lebih pengunjung yang singgah. Saya menyimpannya dengan tujuan sebagai backup simpanan artikel2 yang saya tulis dalam martinelli's blog  yang lebih aktif dikunjungi orang.

Namun ia bukanlah blog pertama saya. Pada tahun 1996 saya pernah mempunyai website sendiri bernama IBU DAN ANAK tetapi disebabkan ia berbentuk website bukan blog, pengurusannnya agak tidak userfriendly, maka ia terkubur begitu saja.

Menulis dan membaca adalah hobi saya sejak kecil. Saya mungkin terlalu teruja dengan cabaran yang mengatakan lemahnya orang Melayu dan Orang Islam adalah kerana mereka malas membaca apalagi menulis. Banyak ilmu warisan Melayu hilang begitu saja kerana ia diturunkan hanya melalui mulut tanpa catatan.

Kata-kata cikgu saya semasa saya darjah 6, "Kalau kamu beli nasi lemak jangan terus buang bungkusannya selepas makan.. Baca surat khabar pembungkus itu sekali." telah menyebabkan saya menjadi pembaca surat khabar yang anih pada pandangan teman-teman.  Saya membaca setiap pembalut apa saja yang saya jumpa selagi ia ada bahan bertulis dan hanya akan membuangnya selepas  habis membacanya.

Menulis dalam blog IIUM Weblog adalah secara kebetulan apabila membuka aplikasi2 yang ada dalam website UIA, tiba2 bertemu dengan ruang untuk membuat blog. Bermulalah diri saya sebagai blogger atas nama martinelli's blog dengan memberi tumpuan penulisan dalam bidang kekeluargaan dan daawah, dua bidang yang sangat lekat di hati saya. Menulis bukan kerana nama tapi kerana Allah semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Saya terus menulis dan menulis di martinelli's blog . Sayangnya 'space' yang diperuntukkan kepada setiap blogger UIA terlalu kecil. Adakalanya artikel saya perlu gambar untuk menyokong tetapi ia akan memakan banyak ruang sekiranya saya memasukkan gambar..

Maka terpaksalah saya menghidupkan semula blogspot yang begitu lama terpinggir ini. Dengan bantuan sdr Razali Sudin, blog lama yang agak begitu asing  ini mula berubah rupa dan nama. Terima kasih anakanda Razali.....jasamu tetap dikenang

1 comment

Leave a Reply

Pandangan anda amat dihargai