Kunjungan seorang pelajar ke rumah saya beberapa hari lepas membuat saya terharu.
Hari itu merupakan hari yang amat meletihkan dengan tugas2 pejabat. Sampai di rumah hampir maghrib, saya bercadang untuk tidur awal merehatkan badan kerana besok satu lagi bengkel berat yang perlu dihadiri.
Selesai solat maghrib, anak saya dengan mata berkaca2 berkata, "Ibu ada kawan tengah kesusahan, boleh tak ibu tolong..........bla bla bla (menceritakan masalah kawannya itu)...... Boleh tak angah bawa dia datang jumpa ibu malam ni?"
Saya menerangkan padanya saya mungkin tak mampu menolong kawannya itu sebab ia berkaitan akademik. Saya merasa longlai apabila si anak berkata,"Ibu selama ini kan suka tolong orang. Kawan ini betul2 tengah bermasalah tak ada siapa nak tolong. Kalau tak boleh tak apalah. Angah cuma kasihan kat dia sebab dia orang susah."
Akhirnya saya setuju menerima kedatangan kawan yang dimaksudkan itu dengan harapan Allah menganugerahkan tenaga untuk duduk dan membantu kawannya itu.
Melihat wajah syahdu anak muda yang dilanda masalah kena buang dari universiti setelah dilanda masalah keluarga yang sangat berat namun masih gigih untuk menggenggam ijazah dari UIA kerana wasiat orang yang dikasihinya, membuat saya menyesal menolak permintaan anak saya tadi. Air mata jantannya menitis dan saya yakin dia tidak membawa cerita bohong. Dia menemui jalan buntu dalam rayuannya kerana masalah prosedur dan sikap pensyarah yang diharapkan untuk membantu menunjukkan jalan tetapi bertindak sebaliknya. Kata2 penghinaan 'budak sampah' oleh kakitangan apabila dia bertanya cukup memilukan. Kedatangannya cuma untuk mendapat sedikit nasihat apa yang sesuai untuk dilakukan. Siapalah saya untuk membiarkan makhluk Allah ini terkapai2 mencari nafas untuk meneruskan kehidupan. Dia kehilangan semua orang2 yang dikasihi dan mereka yang diharapkan semua menjauhkan diri.
Saya tidak memiliki apa2 kuasa dalam urusan akademik pelajar. Satunya2 yang saya mampu lakukan hanya menunjukkan jalan2 yang boleh dia pertimbangkan dan memberinya semangat.
Saya amat sedih dengan sikap mereka yang bergelar pendidik sanggup mengeluarkan kata2 yang menyakitkan pada orang lain apatah lagi pada orang yang memang sedang dilanda masalah2 berat.
Saya terfikir tidakkah meraka percaya pada hidup ini sentiasa berputar. Mereka yang kita bantu hari ini mungkin akan membantu anak cucu kita suatu ketika nanti. Mereka yang kita hina hari ini mungkin akan berjaya pada masa depan dan kita atau anak cucu kita memerlukan bantuannya.
Setelah memberikan beberapa cadangan, saya mengatakan padanya, "Dunia ini memang penuh dengan manusia, tetapi untuk bertemu dengan mereka yang berperikemanusiaan adalah sukar. Siapa pun kita temui, bagaimana cara pun mereka melayan kita, anggaplah itu adalah peluang untuk kita belajar erti kehidupan. Pengalaman pahit jangan dikesali kerana ia amat tinggi nilainya untuk menjadikan kita manusia sebenar. Maafkan pensyarah itu, buangkan rasa dendam dan kita akan lebih tenang berdepan dengan takdir Allah"
Di penghujung per
posted by Martinelli Hashim
Teringat sumpah seranah seorang pensyarah UIA (ustazah) lulusan PhD Al Quran yang menyamakan saya dengan 'anjing'...! Semata-mata kerana dia tersalah faham...
Assalamualaikum
Ada yg sudi bantu saya x?
Saya sedang melanjutkan pengajian sy di medan Indonesia dlam bidang syariah islamiyah di tahun akhir,sy tidak dapat mana2 biasiswa,tajaan mahupun pinjaman..jika ada yg sudi membantu saya,whatsapp saya di(0196135660)
Assalamualaikum
Ada yg sudi bantu saya x?
Saya sedang melanjutkan pengajian sy di medan Indonesia dlam bidang syariah islamiyah di tahun akhir,sy tidak dapat mana2 biasiswa,tajaan mahupun pinjaman..jika ada yg sudi membantu saya,whatsapp saya di(0196135660)