Tersentap hati saya sekejap melihat berita kematian Usamah bin Ladn yang ditembak dalam operasi 40 minit oleh tentera laut Amerika melalui risikan CIA di Abottabad, Pakistan. ....buka internet..... berita Yahoo penuh dengan cerita rakyat Amerika mera'ikannya penuh kegembiraan.
Temuramah para pemimipn disiarkan.
TV menyebut terorist perancang 9/11 sudah mati ...
Presiden Hamid Kazai menyebut Osama telah membunuh ribuan kanak-kanak Afghanistan....
Semua para pemimpin barat menyebut, "It's not the end of Al-Qaeda yet."
Rakyat mereka bersorak, melompat gembira dengan kematian Osama kerana kononnya selama ini mereka hidup terancam sedangkan jutaan yang diancam dan yang mati adalah orang Islam.
Namun hati kita meragui kesemua itu. Malah keraguan kita juga meliputi apakah benar Osama dan Al Qaeda yang digembar-gemburkan itu wujud? Kalau wujud dan memang ganas, kenapa begitu lama baru ditemui sedangkan kecanggihan peralatan yg ada mampu meneropong setiap inci tanah dunia ini. Apakah mereka yang tidak cukup cerdik ataukah kita yang tertipu? Atau juga kalau Osama itu memang wujud dan seorang mujahid tulin, tidak mustahil beliau dilindungi Allah selama ini disebalik kecanggihan peralatan musuh yang begitu hebat. Kalau ini benar, ummah telah kehilangan sebutir bintang.
Mungkin saja Osama dan perjuangannya memang wujud dan masih selamat tetapi cerita direka yang dia sudah terbunuh agar kumpulannya kucar-kacir dan ummat Islam melupakan dia, satu kemungkinan juga.
Wajah mayat Osama sendiri amat jelas ke'photshop'anya. Gambar yang sama dikatakan pernah diedarkan sejak 2009. CNN sendiri menyebut tentang kepalsuan gambar tsb.
Ribuan ummat Islam mati di Afghanistan dan Iraq atas alasan kononnya mencari seorang pengganas bernama Osama dan para pengikutnya dan senjata yang disembunyikan. Secara logiknya seorang yg tinggal di padang pasir jauh dari segala kemudahan, senjata apalah yang dia ada. Kalau ada senjatapun sudah tentu sekadar senapang yang sudah usang. Sesudah dihancurkan Iraq, ternyata senjata tidak wujud dan kita menonton lakonan mereka dengan hati terhiris.
Cerita2 yang disampaikan ke kotak fikiran kita menimbulkan banyak persoalan. Imej Islam tercalar dengan ciptaan Islamiphobia menggunakan cerita2 kepengganasan seorang insan bernama Osama. Ummat Islam diberikan wajah yang menakutkan. Setiap kali ada keganasan, imej Osama ditontonkan dalam video memberi pengakuan yang dia dan orangnya2 bertanggungjawab. Imej Islam dicalarkan dan umat Islam diancam lagi.
Semua orang tahu siapa sebenarnya pembunuh jutaan kanak-kanak di negara2 Islam. Anak-anak itu menjadi mangsa perancangan jahat kafir laknatullah. Juga sudah ada bukti bagaimana sebenarnya tragedi 9/11 berlaku yang jauh berbeza dari berita2 yang dipaparkan sebelum ini.
Mereka berlakon lagi...kita menonton lagi dan hati kita terhiris lagi. Pusingan ini masih tidak nampak tanda-tanda untuk berhenti,
'Storyline' yang dibentangkan amat licik, ciptaan kafir laknat untuk mengaburi dunia dan umat Islam. Apapun ceritanya, yang untung adalah mereka dan yang kucar-kacir adalah kita.
Kita berada dalam dunia tanpa sempadan tetapi penuh penipuan dan kepalsuan. Amat sukar untuk kita membezakan yang benar dan yang palsu dan amat sukar untuk menerima sesuatu berita tanpa rasa curiga. Kecurigaan ini adalah agenda mereka dan impaknya lebih dahsyat. Bayangkanlah sekiranya ummat sudah terlalu banyak dibentangkan dengan cerita2 yang mengelirukan, anak2 muda yang berjiwa panas disensasikan dengan berbagai bahan yang membakar semangat. Berbagai kemungkinan boleh berlaku.
Masyarakat mungkin akhirnya menolak segalanya2 termasuk kebenaran yang nyata. Kecurigaan melampau akan menyebabkan mereka akan mudah menuduh orang lain talibarut musuh sekalipun orang yang dituduh itu adalah pejuang tulin.
Kesan yang teruk dan menerima bencana adalah gerakan da'wah sendiri. Kumpulan gerakan Islam dan pendaawah akan saling curiga-mencurgai dan saling tuduh-menuduh yang kumpulan lain adalah talibarut yahudi atau musuh Islam. Elemen 'in-group' dan 'out-group' akan mendominasi keadaan. Ini sudah tentu menambahkan lagi perpecahan dalam ummah.
Ini sudahpun berlaku dalam masyarakat sekarang dan keadaan semakin parah. Setiap idea baru atau inovasi baru dalam kaedah daawah akan ada penentangnya dan dengan mudah dituduh haram. Pengikut yang taksub akan cuba melawan bermti-matian. Kalau sains boleh berkembang kenapa bukan kaedah da'wah?
Ulama' pula lebih ramai menjadi pencantas bukan pembimbing.
Orang muda mungkin juga menjadi terlalu 'obsessed' dan sibuk memikirkan perkara yang belum mampu mereka lakukan sehingga terlalai melakukan perkara yang lebih penting untuk ditangani.
Akhirnya kita penat dan agenda ummat terbengkalai. Musuh sudah tentu seronok melihat ummat Islam tuduh menuduh dan keletihan menangani krisis sesama sendiri.
Kita dibiarkan berteka-teki tentang cerita lagenda Osama. Mungkin inilah yang mereka rancangkan. Dalam kesibukan kita berteka-teki, kita terlupa tugas kita sebenar dalam mengangkat martabat ummah. Banyak tugas kita yang menanti.... ilmu perlu digali, ukhwah perlu dibina, iman ummah perlu diselamatkan......
Mereka mahu kita kucar-kacir. Mereka mahu kita terus diperbodohkan kerana mereka ingin agar warga dunia terus melebelkan kita sebagai dungu dan zalim. Bagi mereka Umat Islam perlu disibukkan dengan sesuatu agar mereka terus lalai dan tuduh-menuduh.
Masyarakat Islam suka cerita sensasi dan cepat melenting, maka banyaklah cerita sensasi direkacipta agar kita menghabiskan masa bercerita tentangnya.
Sifat kita yang reaktif membuat kita hilang budaya proaktif..akhirnya kita mudah bergaduh dan terus lemah dengan permainan kafir yang bijak.
Apapun permainan yahudi ini, kita ada Allah tempat bergantung. Teruskan membangunkan saudara kita yang masih lena. Teruskan perjuangan memartabatkan ummah. Namun semangat tanpa usaha apalah gunanya.
Ingatlah!!!!! Anak muda mereka menggunakan ilmu dan kemahiran sebagai senjata memerangi kita. Tidak mungkin kita melawan mereka dengan semangat semata2.
Ketahuilah!! Mereka menggunakan kematangan akal menangani kita, tidak mungkin kita mampu menghadapi mereka dengan emosi dan akal yang cetek.
9/11 bukan 9/12... apa pun sesuatu yang harus kita semua umat islam renung renung dan fikir fikir kan...wallahu'alam
Tma kasih atas pembetulan.