Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu,berjalan kaki selama 2 minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju Dabaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur 2 tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur 4 tahun dipimpin berjalan.
Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan saja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air masing-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.
Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa ditingggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata Warda berserah kepada Allah untuk apa saja yang akan ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana.
Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda beurusia 29 tahun membawa bayinya dan 4 orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai di Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis.
Sebagaimana Wardo, Faduma terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendokong bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.
Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan 3 orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan dengan meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya.
Hatinya hanya mampu berbisik,"Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi..."
Sii ibu meneruskan langkah dengan deraian air mata demi menyelamatkan nyawa anak-anak yang lain mennuju khemah perlindungan dengan harapan menggunung agar semua ini akan segera berakhir.
Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka.
Artikel yang ditulis dalam blog ini adalah hasil tulisan saya sendiri kecuali yang dinyatakan sumbernya. Semoga anda mendapat manfaat darinya.......
Martinelli Hashim
Kuala Lumpur
Kasih sayang itu menenangkan dunia
DASHBOARD
Sila tekan butang berhenti sekiranya tidak mahu bunyi
Followers
Petikan bicara dari blog Bila Embun Menitis
Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi
Martinelli Hashim
"Cantik anakgadis itu pada budi bahasanya. Segak anak bujang juga pada budi bahasanya. Berbicaralah dengan bahasa yang indah dari hati yang bersih kerana ia adalah gambaran budi pekerti yang luhur dan maruah diri yangtinggi"
Martinelli Hashim
Carilah ilmu agar kita tidak mudah ditipu dunia. Ilmu didatangi, ia tidak mendatangi. Batasnya langit yang luas, syaratnya usaha yang keras. Dengannya tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki, tiada laut yang terlalu dalam untuk diselami.
Martinelli Hashim
Apabila bergaul sesama insan..
Bukalah hati untuk menyantuni mereka , insyaAllah, ianya akan tertutup dari tamak haloba. Tutuplah hati dari menagih dunia, insyaAllah ia akan terbuka untuk diisi dengan rahmatNya.
Martinelli Hashim
""Kita sering lupa alam yang luas ini hanyalah sebutir zarah yang kecil di alam cakrawala. Pada zarah yang kecil inilah ramai yang mencari syurga dunia yang tidak mungkin kita temui. Semakin kita membina syurga di dunia semakin jauhlah syurga sebenar dari kita."
Martinelli Hashim
"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"
Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalahpembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita. Martinelli Hashim
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah.
Assalamualaikum,
Satu cerita sedih yang kemungkinan orang kita di Malaysia ni tak pernah merasainya.
Semoga Allah kurnia mereka di Somalia ni keberkatanNYA untuk meneruskan kehidupan.
salam.. saya mohon share cerita ini di blog saya ya... =)
salam Mdm..saya mohon share cerita ini di blog saya ye Mdm utk knowledge sharing..terima kasih..
Salam ibu..Pengkisahan yang sungguh meruntun jiwa dan sarat dengan pengajaran..=)..Mohon share di blog Warkahsiber,ibu..=)..Be GREAT Ibu..=)..