Archive for January 2012

Lebih banyak bersungut dari berdoa?


posted by Martinelli Hashim

1 comment



Melihat sekeliling keadaan masyarakat Islam Malaysia semasa yang tidak putus dengan krisis...terasa sendu yang mendalam kerana diri terlalu kerdil untuk menyeleesaikannya. 


Krisis dalam mahkamah, krisis kepimpinan, krisis mahasiswa, krisis sosial, krisis murtad, krisis gaji perkhidmatan awam dan beratus-ratus lagi krisis yang menjadi perdebatan di kedai kopi, pejabat, rumah dan termasuk di masjid, rumah Allah swt.dm


Krisis yang berpunca dari manusia dilakukan oleh manusia juga ke atas manusia. Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan oleh muslim ke atas muslim yang lain tanpa rasa belas tanpa rasa simpati.


'Wall' facebook dan twitter menjadi medan pertempuran. Jejari bergeraak menaip mengikuti hati yang geram dan sakit, mengharapkan lawan akan tersungkur dengan kata-kata tajam yang dituliskan. Sindir-menyindir atau ayat-ayat yang tidak beradab  yang lebih membawa kepada kerosakan bukan penyelesaian sehingga mencalarkan rasa persaudaraan. Sering juga digunakan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Rasulullah saw secara sebarangan seolah-olah merekalah yang lebih Islamik dan orang lain tidak sedangkan mereka lupa arahan Allah untuk berlaku zuhud dan menyayangi saudara seagama.


Para mahasiswa yang berpelajaran tingg adakalanya  turut merendahkan wibawa menggunakan ayat-ayat tidak berakhlak melantunkan rasa marah terhadap pentadbiran universiti dalam isu apa saja. Malang sekali banyak isu yang disuarakan masih berstatus sangkaan bukan kebenaran. Mereka merasa puas menjadi hero dunia maya dan merasa hebat dapat menghina dan mengutuk orang lain termasuk para guru dan mereka yang pernah mendidik mereka.


Bersuara dengan berani tentang isu yang benar secara benar dan hikmah adalah ciri mahasiswa yang sudah bersedia menjadi pemimpin ummah.


Sikap'fikir dulu dan bantu'  kenapa ditukar dengan 'serang dulu dan cuci tangan'.


Perbalahan dalam media dan laman sosial oleh manusia kepada manusia. Manusia yang menjadi pemangsa dan manusia jugalah mangsanya.


Cubalah perhatikan, bukankah kita 


1. Lebih banyak bersungut dari  berzikir dan berdoa?
2. Lebih banyak menghina dari memuji?
3. Lebih banyak bercakap dari mendengar?
4. Lebih banyak bertengkar dari bermesyuwarah?
5. Lebih senang menghukum dari menyiasat?
6. Lebih meminta difahami dari cuba memahami?
7. Lebih banyak menyerang dari mengerti?
8. Lebih banyak meminta dari memberi?
9. Lebih banyak berlawan dari berkawan?
10. Lebih banyak membenci dari menyayangi?
11. Lebih menyusahkan dari memudahkan orang lain?


Kesemua ini membawa kepada tercalarnya ihsan dan pincangnya kehidupan lalu hilanglah nikmat iman. 


Ia berlaku apabila manusia gagal menjadi insan.


Perbalahan tentang hak mahasiswa.....saya kagum dengan mahasiswa yang menggunakan ruang yang masih ada  bertungkus lumus turun ke masyarakat menjalankan amanah daawah penuh jujur tanpa mengharapkan apa-apa dari sesiapa.


Perbicaraan tentang gaji SBPA, perbincangan hangat di mana-mana....Saya kagum melihat ramai pegawai bawahan yang terus-menerus setia berkhidmat tanpa sungutan.....betapa mereka redho dengan rezeki demi menjaga barakah dari Allah. Mereka merasa nikmat iman sepenuhnya kerana dalam diri mereka ada segunung ikhlas, selaut redho sehingga tiada lagi untuk ruang tamak dan haloba. 


Mereka adalah insan yang penuh nilai keinsanan bukan manusia yang suka melanggar batas kemanusiaan.

Tulisan jawi ke rumi merubah peribahasa


posted by Martinelli Hashim

2 comments



Salah siapa kalau selama ini kita menulis peribahasa Melayu yang terlalu jauh larinya dari peribahasa asal semata-mata disebabkan kesilapan  mengeja dalam  rumi peribahasa yang asalnya ditulis dalam jawi....sebuah artikel yang saya dapat dari emali kirim sdri. Nur Izura.

1. Harapkan 'pagar', 'pagar' makan padi dari harapkan 'pegar', 'pegar' makan padi 



Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri.


Mana mungkin pagar boleh makan padi.


Sebenarnya yang dimaksudkan adalah ayam atau burung 'pegar' sejenis haiwan yang dignakan untuk membunuh tikus dan haiwan perosak yang lain yang merosakkan tanaman di sawah padi. Di Mlaysia dipanggil ayam pegar, di Indonesia dipanggil burung pegar.


Pesawah mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, tetapi burung pegar ini pula yang makan  padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.


 2. Melepaskan 'batuk' ditanggad dari Melepaskan 'batok' di tangga 

 Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. apa signifikasinya kan? jadi sebeanrnya adalah Batok.

Apa batok tu? Batok  sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dari air tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan.


 “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tidak meletakkan kembali batok di tempat asal dengan sempurna. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.