بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Pergantian pegawai2 secara ramai2 yang selalunya disebut ‘tsunami pegawai’ menjadi topik hangat di UIA ketika ini.
Sudah jadi lumrah( mungkin!!), kebanyakan staf tidak suka mendapat bos wanita. Walaupun tidak pernah bekerja di bawah bos perempuan, tetapi mendengar cerita orang, stigma yang sama juga sedikit sebanyak tertanam juga dalam fikiran saya. Berikut adalah apa yang sering diperkatakan.
Bos perempuan adalah :
- Cerewet- sibuk dengan perkara2 kecil
- Kedekut memberi penilaian
- Moody
- Garang tidak betempat
- Kurang bertimbangrasa
- Tidak boleh buat keputusan
- Menjatuhkan martabat lelaki bila lelaki diperintah oleh bos perempuan
- ’Bossy’
- Kelam-kabut
- Terlalu sensitif bila ditegur
- Terlalu risau dengan prestasi sendiri
- Takut dimalukan apabila ada kesilapan oleh orang atasan
- Hilang sifat penyayang untuk membuktikan dia setaraf dengan lelaki
- Hilang sifat keibuan dan menukarnya dengan sifat ibu tiri
- Berlagak hebat sebab takut orang tahu kelemahannya
Pada pandangan bos perempuan (TIDAK SEMUA):
- Staf memang tidak suka bos perempuan
- Kalau bos lelaki buat salah selalunya orang atas tak endah, tapi kalau perempuan buat kesilapan kecil pun akan ketara.
- Wujudnya ‘glass-ceiling effect’ i.e kerja keras macam mana pun perempuan tak boleh naik tinggi kerana jawatan atasan adalah untuk lelaki.
- Kalau tidak ’strict’ staf akan ambil kesempatan
Apabila ini berlaku maka deritalah kedua2 pihak, staf dan juga bos. Yang lebih parah keluarga akan menjadi mangsa kerana tension bos akan terbawa2 sehingga pulang ke rumah.
Betapa sukarnya seorang wanita menjadi bos berbanding dengan lelaki kerana rata2 orang akan rasa sangsi apabila wanita yang jadi bos dan kesangsian itu akan hilanga hanya setelah dia dapat membuktikan kemampuannya.
Sebaliknya lelaki pula akan diyakini jadi bos kecuali dia menunjukkan sebaliknya. Tambah menyedihkan, mereka yang tidak suka bos perempuan bukan saja staf lelaki tetapi juga perempuan.
Persepsi di atas ditambah dengan fizikal yang lebih lemah dan tanggungjawab yang besar di rumah, sudah tentulah seorang wanita akan bekerja 2 kali lebih berat sekiranya hendak menjadi ‘sehebat’ lelaki. Sekiranya ia berjaya , memanglah dia seorang superwoman.
Kejayaan dalam kerjaya seorang wanita kadangkala dibayar dengan kesihatan diri dan anak2 serta keluarga semata2 utuk mencapai pengi’tirafan “sehebat bos lelaki” atau untuk memuaskan hati pihak atasan....auzdubillah!!
Bayangkanlah sekiranya ini berlaku berapa ramai pihak yang akan terkorban pada penghujungnya?
i. Dibenci staf....staf tension, bos pun tension
ii. Dibenci anak2...anak2 dendam,sang ibu tambah geram
iii. Dibenci rakan2...rakan2 mengelak, kehidupan bertambah sunyi
iv. Dibenci oleh diri sendiri kerana kesihatan yang tidak terjaga
Perlukan itu berlaku?
Kata orang seorang ibu yang penyayang akan menjadi bos yang penyayang dan bertimbangrasa kepada pekerjanya. Sekiranya semua orang faham bahawa seorang wanita ada had2 tertentu dari segi fizikal dan multi-tasking yang terpaksa dilaksankannya di rumah dan di pejabat, pekerja dan orang atasannya akan memberi sokongan sepenuhnya
Bos atau bukan bos, yang penting kita hanya hamba Allah yang memegang amanah yang akan dipersoalkan nanti. Amanah yang tidak dilaksanakan di dunia ini tidak akan dapat digantikan walaupun dengan pahala syahid sekalipun di akhirat nanti.
Apakah yang akan jadi kepada organisasi terutama jabatan kerajaan termasuk UIA, 10 tahun dari sekarang kerana dalam pengambilan pegawai baru, ramai yang layak adalah perempuan.
Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang !!!!!!