Dimanakah silapnya?
Amerika dan Afrika dua buah benua yang jauh berbeza.
1. Ilmu yang dimiliki orang barat membawa mereka ke jalan yang benar dan kekurangan pendidikan di Afrika membawa mereka kepada kesesatan.
.
2.Kemiskinan membawa kekafiran
3. Perpecahan sesama Islam membuat kita lemah dalam ekonomi, politik, pendidikan dll yag akhirnya orang lain mengambil kesempatan mengusai kita. Kita sudah hilang kuasa ekonomi dan kuasa politik sekarang saudara seagama kita hilang iman dalam keperitan hidup.
4. Saudara kita di Afrika menggadaikan iman mereka apabila melihat bagaimana orang bukan seagama mereka datang memberi bantuan pada saat perut mereka kelaparan dan anak-anak mengerang kesakitan. Sesuap gandum dan sebuah injil sudah cukup buat mereka menyerahkan iman setelah penantian begitu lama agar ada saudara se Islam datang membawa sesuap gandum dan sebuah Qur'an tidak kunjung tiba.
Mereka juga dulu rindu pada kaabah tetapi sekarang rindu mereka bertukar kepada rindu kepada Vatican City.
Orang barat maju dan mereka kaya. Mereka maju kerana berilmu, mereka kaya kerana berilmu dan mereka kurang bergaduh juga kerana mereka berilmu. Dengan ilmu mereka menguasai dunia. Dengan ilmu yang benar mereka menerima hidayah.
Kekayaan dunia membunuh rasa prihatin kita. Keserakahan berebut kuasa melupakan kita kepada mengutamakan ilmu. Akhirnya ilmu bukan untuk membangunkan ummah tetapi untuk mengejar kekayaan, kemegahan dan kuasa politik sehingga tidak ada lagi beza antara seorang profesor dan seorang penoreh getah yang tidak sekolah tinggi.
Madam,
Kasihan mereka yang tersungkur.
Kasihan lagi di M'sia bila rata2 kita lebih membesarkan dan menjaga hati org bukan Islam. Rasanya laungan 'walau karihal kaafiruun' tidak sampai ke sanubari diri kita semua. Ungkapan ini besar maknanya iaitu 'hendaklah kita mengerjakan perintah Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan laranganNya secara keseluruhan WALAUPUN DIBENCI ORANG KAFIR'.
Pun begitu tidak bermakna pendekatan kita perlu radikal; keyword = bertegas pada yang WAJIB dan berhikmah pada yang BOLEH.
Satu lagi, umat Islam perlu sebenarnya MENGUASAI DUNIA (dan bukan mengejar dunia - ada beza besar di sini), kerana dgn itu barulah kita dapat MEMPERMUDAHKAN segala urusan akhirat di dunia ini. Contohnya, jika org Islam yang saling berurusan di pejabat cekap dan cepat dalam tugas masing2, kedua2nya boleh mengatur tugasan sehingga tidak melalaikan waktu solat.
Kadang2 org kita terlupa yang kita akan disoal juga bagaimana kita mentadbir dunia ini selain amalan khusus ukhrawi. Elok kita bekerja seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal seolah2 akan mati esok hari.
Setuju dg pendapat iqbal....kita perlu menguasai dunia bukan mengejar dunia.
Betapa benar, Madam.
Betapa kita yang sedang ditimang dengan kemewahan di tanah air sendiri, kadang-kadang terlupa akan saudara di sebelah sana yang membuang agama demi menyambung nyawa...