Post ini lari sedikit dari post2 sebelum ini.
"Kak! Pokok epal kakak dah keluarkan buah.....!!!" Jeritan Ati, pembantu rumah kami mengejutkan saya pagi ini.
Mungkin anda hairan sedikit. Tetapi hari ini saya merasa cukup gembira kerana pokok saya berbuah.....Alhamdulillah.
Sebenarnya sudah 3 hari saya merasa sedih kerana 3 ekor ikan koi kesayangan saya yang sudah 4 tahun kami bela, dari sepanjang jari sehinggalah sepanjang lengan tiba-tiba mati dalam kolam.
Setahun yang lepas saya membeli sebatang pokok yang dikatakan oleh penjualnya sebagai pokok epal mini. Sebagai penggemar pokok, terutama pokok yg agak pelik saya terus membeli dan menanamnya di depan rumah. Sudah hampir setahun menanti, buahnya tetapi masih tidak muncul walaupun sudah melebihi 10 kaki tinggi.
Sebelum ini saya menanam poko anggur, pokok yang sangat subur, tetapi sampai ke sudah tidak berbuah, maka terpaksa ditebas.
Buah2 epal mini yang bergantungan |
Tetapi si pokol epal ini masih malas berbuah. Sebulan yang lepas saya bercadang untuk memotongnya sebab seolah2 merasa tertipu dengan penjual pokok. Saya bercakap sambil mengusap daun dan batangnya, "Kenapa ni pokok? Berbuahlah. Kalau tidak terpaksalah kena potong jugak."
MasyaAllah.....seminggu lepas itu kelihatan bunga2 keluar dari pokok. Namun saya masih tidak yakin ia akan mengeluarkan buah kerana sebelum ini pun pernah berbunga tetapi habis berguguran.
Kerana kesibukan, si pokok epal tidak sempat didekati.........subhanaLlah rupanya bunga2 itu sudah bertukar menjadi buah yang boleh tahan lebatnya malah sudah ada yang masak.
Walaupun bukanlah seperti epal yang biasa kita lihat, epal ini bersaiz mini, namun kehadirannya membawa kegembiraan yang amat sangat. Alhamdulillah.
Kerana terlalu gembira sampai tidak sanggup untuk memetiknya ....biarlah dia di situ untuk dipandang. Keindahan ciptaan Allah.......Allahuakbar tiada nikmat yang mampu kita nafikan.
Halia wangi ditepi kolam |
Mungkin benarlah pokok2 makhluk Allah yang suci ini ada perasaan juga. Tasbih mereka terhadap Pencipta tidak pernah putus walaupun rezeki dan nikmat yang mereka terima tidak sebanyak yang diterima oleh manusia.
Tinggal di Kg Ulu Gombak, di teratak impian ..... di belakang sungai , di depan bukit-bakau sudah cukup membahagiakan jiwa kampung saya yang suka bercucuk tanam.
pokok anggur tu akak kena pruning baru dia kuar bunga...bunga blom ni gugur sbb akak tak rentik debunga dia...cuba buat research pasal bunga biseks..mcm blajar sains muda2 dulu
tma kasih....tengah mencari masa utk search mcm mana kaedah pruning tu......akak punya thesis di um dulu pasal cross pollination.
Salam kak martinelli, nak tanya, macam mana cara untuk menjaga pokok epal tu ye, suhu pun memainkan peranan jgk ke? Saya suka sangat Epal!
Salam kak boleh x saya nak keratan batang pokok epal
As salam..kak, boleh tau kat mana akak beli pokok epal tu? Teringin la nak beli jugak...
Ini buah ceri barbados. Bukan epal hehe
sedap lagu
Akak, saya Jonathan 28 dari Selangor, sy nak minta tunjuk ajar akak, macam nak jaga pokok apple, saya pun Sudah cuba Dan pokok apple pun Sudah tumbuh tapi pokok apple tu tak tahan lama.. Saya pun tak tahu Kenapa, daripada 8 pokok sekarang tinggal 3 je itu pun tengah on the way nak mati.. Saya da jaga pokok itu dengan baik, boleh akak tunjuk ajar bagaimana cara nak jaga pokok apple ? Kalau akak sudi untuk tunjuk ajar akak boleh contact saya atau watsup saya ( 0142483866) ini nombor saya.. akak boleh watsup saya.. Terima kasih akka
Saya pun ada sepohon pokok epal...belum lg berbuah..tapi hidup subur
Assalamualaikum puan. Bolehtak saya dapatkan benih pokok halia wangi yang puan tanam tu.
boleh tut spokok sya nak beli..
kena buang semua daun yg ada jangan bagi stu pun yg tingal..dan pangkas batang yg brwarna hijau..