posted by Martinelli Hashim
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Saya sering mengatakan kepada
anak-anak,
v Usah
menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut
oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita
tidak medapat maaf dari orang itu.
v Tahanlah
kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu
orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti
kekasih Allah itu buruk padahnya.
v Marah itu
membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar
dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu
selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu.
v Biarlah
orang lain dapat merasai nikmat kebaikan kita dan biarlah tiada sesiapa
yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali
diri kita sendiri.
v Usah
takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan
ganjaran yang sangat besar untuk itu.
v Usah
merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada
orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.
v Jadikanlah
diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa
seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang
ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa
mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga.
v Jangan
jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan
dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan."
Saya katakan kepada anak lelaki
yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,
"Hormati wanita sebaiknya2.
Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat
menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak
membantu meluruskan kehidupan seorang isteri.
Bersyukurlah dengan isteri yang
mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang
diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama
tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih.
Kalau ibubapanya selama ini
menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia
amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila
sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah
terlambat."
Hiduplah dengan sederhana kerana
sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.
Letakkan diri kita dalam
genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas
dari genggaman suci itu."
Lembutkan hati dengan
1. zikir alma'thurat
2. solat sunat
3. puasa sunat
4. sedekah
5. mengusap kepala anak yatim
6. Melihat orang yang kekurangan
Pandanglah dalam-dalam ke dalam
diri,
Layakkah kita berkasar sedangkan
kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.
Layakkah kita pemarah sedangkan
seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih
Layakkah kita tidak memberi
kepada yang memerlukan sedangkan hidup kita bergantung kepada Yang Maha
Pemurah.
Apakah yang membuat kita terus
melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.
SubhanaLLAH......pencerahan .....menerobos sela-sela jiwa:
Seperti sabda RasuluLLAH :
إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ
"Sungguh sikap lemah lembut itu tidaklah ada pada sesuatu melainkan pasti memperindahnya dan tidaklah sikap lemah lembut itu dicabut dari sesuatu melainkan pasti memperburuknya (HR.Muslim)