Terharu saya membaca beberapa tulisan dalam blog bekas2 pelajar UIA tentang kerinduan mereka terhadap universiti tercinta ini. Contohnya
blog ini dan ratusan blog lain.
Semasa berjalan di kota Istanbul, saya bertemu beberapa bekas pelajar UIA dari Turkey yang menyatakan kerinduan mereka juga kepada kampus ini.
Bagi sebahagian besar pelajar-pelajar kenangan kehidupan di kampus adalah amat bermakna membantu mencorakkan pemikiran mereka tentang tanggungjawab ummatik. Mereka menempuh jalan mujahid yang meletakkan kepentingan peribadi di belakang kepentingan ummah. Allah di depan segala yang lain.
Ada yang sanggup menolak jawatan yang lebih tinggi gajinya di luar sana demi untuk menginfakkan masa meneruskan perjuangan di gelanggang ini…mujahid yang sentiasa merindui jalan jihad demi agama tercinta.
Seorang mujahid tulin akan merasa resah apabila terhenti aktiviti da’wah. Walau di mana mereka berada, walau sesempit mana masa yang ada, walau sekosong mana saku dengan ringgit, walau sesusah mana kehidupan, bakti untuk membawa risalah Allah tidak akan dibiarkan terhenti. Berhenti berda’wah seolah-olah terhenti nadi mereka dari berdenyut. Jiwa mereka tidak tenang. Itulah mujahid tulin yang rindu mereka kepada perjuangan tidak memungkinkan mereka mencari alalsan utuk berdiam diri. Mereka tidak lena diulik kesenangan dunia.
Memang ramai yang berjiwa begitu. Ramai juga yang ingin meneruskan kegiatan seperti dulu tetapi tidak mampu melakukannya. Di antara cabarannya adalah seperti:
- Suasana kerja yang tidak memberi ruang waktu.
- Suasana hidup berkeluarga yang menuntut perhatian.
- Kehidupan sosial yang baru menuntut perubahan cara bergaul.
- Teman-teman perjuangan sudah jauh, tiada lagi usrah, tiada lagi tazkirah untuk mengingatkan
diri.
- Tuntutan kewangan yang tiada hentinya.
- Tidak mampu menguruskan masa dengan baik.
- Kemalasan yang tidak terubat.
Kesemua itu adalah cabaran dilalui oleh setiap graduan selepas melangkahkan kaki ke luar dari kampus. Selama 4 hingga 6 tahun melalui tarbiyyah penyucian minda agar mereka keluar membawa obor penerang ummah. Kalau obor yang dibawa tidak cukup terang buat menerangi alam, sekurang-kurangnya ia sudah cukup terang untuk menerangi perjalanan diri sendiri, perjalanan hidup luhur berpanjikan shari'at.
Berbekalkan semangat itu ramai yang masih meneruskan jejak da'wah. Mereka adalah mujahid tulin dari Taman Ilmu dan Budi. Sesekali mereka akan singgah buat mengisi kerinduan kepada tempat mereka pernah dididik membantu adik-adik yang masih di sini.
Bagi yang tidak punya masa berda'wah masih ada peluang membantu jalan da'wah melalui sumbangan lain terutama kewangan. Universiti bersusah payah mencari dana membiayai perbelanjaan buat menggerakkan operasinya menggilap minda dan jiwa pelajar.
Berapa ramai yang tahu sebenarnya yuran yang dibayar oleh pelajar hanya mampu membiayai 7% dari seluruh perbelajaan universiti setiap tahun Sebanyak 93% lagi perlu dicari agar operasi universiti tidak terhenti.
Berapa ramai yang tahu kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh pentadbiran universiti mencari dana yang semakin berkurangan kini. Peruntukan bajet dipotong sedangkan kos pengurusan semakin meningkat.
Semuanya dilakukan untuk meneruskan perjuangan mendidik bakal pemimpin ummah. Hanya sebahagian yang tahu tentang tanggungjawab ummatik ini kerana tidak semua manusia mampu menjiwai hidayah Allah. Tidak semua yang mensyukuri nikmat dididik di sini. Mereka yang mensyukurinya akan merasa rindu. Mereka yang sangat rindu akan meneruskan tekad tidak akan berhenti berjuang walau sekadar menyumbang idea atau seringgit dua ke dalam tabung masjid UIA. Mereka juga adalah mujahid tulin dari Taman Ilmu dan Budi.
Teringat kata-kata Datuk Seri Rektor, Prof Syed sewaktu membincangkan kesempitan kewangan universiti, “I wonder why our alumni do not have the feelings to contribute back to the University. I know they love the university...but they don't show it through contributions. There are thousands of them out there. What can we do to have alumni like those from Havard or other western universities. Their universities are well supported financially by their alumni.”
Memang benar, tidak mudah menjadi mujahid pembawa obor ummah....ia memerlukan pengorbanan. Dalam banyak-banyak pengorbanan, pengorbanan wang ringgitlah yang paling susah terutama di kalangan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu selalunya akan mempersoalkan secara sangat terperinci sebelum memberi sumbangan walau sumbangan itu tidak sebesar mana pun. Suatu yang berbeza dengan kaum lain. Akhirnya peluang mengumpulkan pahala bersedekah terlepas begitu saja.
Kalau setiap alumni menginfakkan 1% pendapatan mereka kepada UIA, kita tidak perlu lagi menagih dana dari pemerintah dan kita akan punya autonomi sendiri……… namun siapa yang sanggup melakukan jihad yang ini, jihad wang ringgit lebih berat dari jihad masa walaupun hanya RM10 sebulan i.e tidak sampai 50sen sehari.
What is mujahid and what is da'wah?
Do we rush on with these activities at the expense of building a solid foundation in life? What is solid foundation in life?
Can we do anything in life without MONEY. Is accumulating lots and lots of money an activity contrary to mujahid and da'wah?
I am sorry to be asking a lot of questions. I have my own idea and conviction. I believe in equipping oneself with all that is needed for oneself and one's family before rushing into making contribution, at the expense of making self foundation firm, solid and unshakable.
Many non Muslim children in Malaysia are being sent to universities all over the worlds with or without government's help. They are able to have their own schools, colleges and universities run by their own philanthropists. How many of us have that capabilities? How many Albukhari do we have against the large number of non Malay billionaires in Malaysia. They are now truly involved in mujahid and da’wah.
So, let us built our careers and families successfully, keeping in mind that we will want to get into mujahid and da’wah as our ultimate objectives, the way the non Malays have been doing.
That is my view for what it is worth. I do it my way – berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan. I was at UIA too, once upon the time. Ahsanun nas man yanfaun nas.
Pakcik Hassan: www.almanar-nuri.blogspot.com